"Sayang abang rasa tenang kan?" soal Hayyan Harith.
"Tenang sangat..sedar tak sedar banyak dah dugaan kita lalui bersama" ujar Zarith Sofea.
"Betullah tu, tahu-tahu kita dah dikurniakan seorang cahaya mata" ujar Hayyan Harith sambil menatap wajah anaknya itu.
"Sayang cintakan abang sangat-sangat, sayang tak nak kehilangan abang tapi andai kata sayang ditakdirkan bertemu dengan ilahi, abang jaga anak ni elok-elok didik dia macam mana abang jaga, kasih dan didik sayang. Bila abang rindu sayang, abang tatap muka Harith Saqeef. Dia sebijik muka macam sayang" ujar Zarith Sofea.
"Sayang jangan cakap macam tu, sayang tahukan satu percakapan ialah satu doa..abang pun tak nak kehilangan sayang, kita doakan yang baik-baik untuk hubungan kita ya" ujar Hayyan Harith. Dia memandang isterinya dengan mata redup.
"Abang jom makan aiskrim" ajak Zarith Sofea.
"Okey jom"
Ya Allah sesungguhnya aku sangat mencintai wanita hebat ini iaitu Zarith Sofea binti Mohd Fayyadh. Kau berikanlah aku kesempatan untuk menjaga dan melindunginya pada masa akan datang
"Kita cinta bermula dengan perjumpaan yang singkat di kafe dan diuji dengan orang ketiga iaitu Iris Elisa. Kemudian, abang pula koma tak ingat isteri abang. Setelah itu, sayang pula disahkan hamil cahaya pertama kita berdua dan abang teman sayang sampai sayang alhamdulillah selamat bersalin. Saling mencintai dan menghargai penguat cinta kita" ujar mereka bersama. Hayyan Harith mencium dahi isterinya. Zarith Sofea pula membalasnya. Mereka juga mencium anaknya.
"I love you, qalbi" ucap Zarith Sofea.
"I love you more, bidadari abang" balas Hayyan Harith.
Zarith Sofea merupakan seorang wanita yang aku cintai. Dia mengajarkan aku apa itu erti cinta yang sebenar. Aku sangat bersyukur kerana beristerikan dia! Terima kasih, ya Allah kerana pertemukan aku dengan dia!
Hayyan Harith merupakan seorang lelaki yang aku sayang. Dia mengajarkan aku erti kasih sayang dan setia. Aku beruntung bersuamikan dia! Aturan Allah memang yang terbaik kerana kerana telah pertemukan aku dengan lelaki yang hebat seperti dia!
Anakku, Harith Saqeef bin Hayyan Harith kau membesarlah dengan sihat, jadilah anak yang soleh, taat kepada perintah Allah dan taat kepada babah dan ummi. Jadilah seorang anak yang bertanggungjawab dan boleh menjadi seorang pemimpin. Harith Saqeef, engkau ialah pengarang jantung babah dan ummi. Engkau merupakan anugerah dan amanah dari Allah SWT. Syurgamu dibawah telapak kaki ummimu. Belajarlah menghormati, menyayangi dan melindungi orang lain. Harith Saqeef, pengarang jantung babah dan ummi.
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
