CHAPTER 27•BERSALIN•

19 0 0
                                    

Beberapa minggu seterusnya...

Bilik bersalin itu bingit dengan jeritan wanita yang sangat nyaring. Wanita itu berusaha untuk mengeluarkan anak pertamanya dari dalam rahimnya. Peluh merecik-recik membasahi seluruh wajahnya. Suaminya sentiasa berada di sisi isterinya, risau melihat keadaan isterinya. Dia memandang wajah pucat isterinya itu.

"Arghhh!!!" jerit wanita itu kesakitan. Nafasnya tercungap-cungap. Ya Allah, sakit yang terlalu sakit untukku!  Suaminya menggengam erat tangan isterinya.

"Push, push! Go, Sofea! Sikit lagi kepala dia dah nampak!" jerit doktor itu memberikannya semangat.

"Abang yakin sayang boleh! Teruskan demi anak kita! Abang tahu sayang kuat! Jangan mengalah, sikit lagi!" Hayyan Harith turut memberikannya semangat.

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan ku, kau berikanlah aku kekuatan!" jerit Zarith Sofea. Air matanya mengalir laju. Hayyan Harith terus mengusap pipi isterinya.

"Sayang boleh!" ujar Hayyan Harith. Dia juga rasa mahu menangis kerana melihat perjuangan isterinya untuk melahirkan anak mereka.

Zarith Sofea mengangguk perlahan dan menyedut nafasnya dalam-dalam. Zarith Sofea mengenggam tangan suaminya kuat.

"Arghhhhhh!!!" teriak Zarith Sofea kuat. Badannya terangkat kerana ingin mengeluarkan anaknya itu. Terdengar satu tangisan bayi. Zarith Sofea menghela nafas lega. Dia tidak berdaya lagi.

"Alhamdulillah, Puan Sofea selamat melahirkan bayi lelaki!" jerit doktor itu teruja.

Dia bersyukur kerana selamat melahirkan anak lelaki. Dia juga sangat bersyukur kerana suaminya setia menemaninya sehingga akhir. Dia memandang wajah anaknya itu. Tanpa sedar airmatanya menitis. Hayyan Harith mencium dahi isterinya.

"Terima kasih sebab sudi lahirkan anak kita. Pengorbanan sayang besar sangat, terlalu besar. Kita jaga dan kita didik anak kita sama-sama ya, sayang" ujar Hayyan Harith sambil tersenyum manis.

"Sama-sama, abang. Terima kasih sebab sudi teman sayang" ujar Zarith Sofea dan membalas senyuman itu.

"Tuan Harith, bolehlah azankan anak itu ya" ujar doktor itu dan memberikan bayi itu kepada Hayyan Harith. Hayyan Harith menggendong bayi itu. Hayyan Harith tak mampu berkata apa-apa perasaannya bercampur baur. Teruja, terharu dan sebagainya.

"Assalamualaikum anak babah, babah azan ya" ujar Hayyan Harith. Dia mengusap pipi bayi itu. Wajahnya persis seperti isterinya. Manis. Itulah yang dapat digambarkan.

Bayi itu diangkat ke paras mulut. Bibir Hayyan Harith didekatkan ke telinga kanan bayi dan dia azankan bayi lelaki itu.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.

ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.

ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH,
ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.

HAIYA ‘ALAL-SALAH, HAIYA ‘ALAL-SALAH.

HAIYA ‘ALAL-FALAH, HAIYA ‘ALAL-FALAH.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
LA-ILAHA ILLALLAH….

Usai azan, Hayyan Harith meletakkan bayi itu ditempatnya semula.

"Selamat datang ke dunia, sayang babah. Babah dan ummi namakan kamu adalah Harith Saqeef yang bermaksud kuat berusaha dan terlatih" Hayyan Harith mencium anaknya dan mencium pipi Zarith Sofea pula.

"Abang sentiasa ada dengan sayang" ujar Hayyan Harith.

"Sayang selalu ada untuk abang" ujar Zarith Sofea.

MAHLIGAI BAHAGIA (C)Where stories live. Discover now