CHAPTER 24•BALIK RUMAH•

11 0 0
                                    

"Assalamualaikum abang..doktor kata abang dah boleh balik tapi itulah sayang kena temankan abang sampai ingatan abang tu betul-betul okey" ujar Zarith Sofea. Hayyan Harith hanya diam tetapi matanya tidak lepas daripada memandang wajah jelita wanita ini.

"Abang kenapa pandang sayang macam tu? Nampak muka sayang pelik ke? Sayang pakai sunscreen dengan lipserum aje, lipserum sayang ni terang sangat ke?" soal Zarith Sofea banyak persoalan yang terlintas di kotak fikiran.

"Tak" jawabnya sepatah dan menggelengkan kepalanya. Dia bukan mahu acah-acah dingin tapi otaknya masih susah nak tangkap apa yang dikatakan oleh seseorang.

"Belagak ya abang jawab pun sepatah" ujar Zarith Sofea.

"Awak siapa?" soal Hayyan Harith. Dia memberanikan dirinya untuk bertanya soalan.

"Hamba Allah, kekasih hati awak" jawab Zarith Sofea selamba.

"Kenapa saya dekat sini?" soal Hayyan Harith polos.

"Sebab awak gila..awak terlalu gilakan saya" jawab Zarith Sofea. Saja ingin mengusik. Hayyan Harith hanya diam.

"Tak adalah, awak accident masa tu disebabkan kita gaduh fasal Iris Elisa tu chat awak..kereta awak saya dah hantar bengkel untuk baiki hari ni dah siap jadi awak ikut saya tau jangan risau saya dah bayarkan sebab saya nak tebus kesalahan saya" terang Zarith Sofea panjang lebar. Hayyan Harith hanya mengangguk.

"Siapa pula Iris?" soal Hayyan Harith lagi.

"Bekas kawan awak, orang ketiga dalam hubungan kita dan awak tak suka dia walaupun dia ada perasaan dekat awak sebelum kita kahwin" jawab Zarith Sofea lagi.

"Ada lagi soalan? Kalau tak ada jom kita balik nanti kita sambung lagi" ujar Zarith Sofea.




"Assalamualaikum, abang jom masuk" ajak Zarith Sofea. Hayyan Harith masih teragak-agak ingin masuk ke rumah.

"Alahai, kenapa tercegat lagi dekat situ nak sayang gendong ke? Marilah masuk" ujar Zarith Sofea lagi. Selamba.

"Tak apa, saya boleh jalan sendiri" tolak Hayyan Harith dan masuk ke dalam rumah.

"Nanti awak boleh cerita fasal kita lagi?" soal Hayyan Harith.

"Saya masih tak fahamlah" ujar Hayyan Harith lagi. Zarith Sofea hanya mengangguk.

"Abang sikit pun tak ingat fasal sayang?" soal Zarith Sofea. Sedih juga tapi tak apa dia faham keadaan suaminya. Alhamdulillah, Iris Elisa juga tiada sepanjang dia jaga suaminya.

"Tak..kenapa awak gelarkan diri saya abang?" soal Hayyan Harith ingin tahu.

"Sebab abang gelarkan diri abang macam tu abang selalu panggil sayang bidadari abang kita mula panggil abang sayang waktu kita honeymoon dekat Sabah" jawab Zarith Sofea.

"Oh, jadi saya kena panggil awak sayang?" soal Hayyan Harith lagi. Fikirannya benar-benar kosong, arghh aku mahu kenal dia dengan lebih dalam!

"Panggillah sayang bidadari abang..sayang rindu" ujar Zarith Sofea. Gatal.

"Bidadari abanggg" leretnya panjang.

"Aish, janganlah sayang blushing lah macam ni" ujar Zarith Sofea. Jantungnya berdegup kencang. Pipi bertukar merah. Argh, rindunya panggilan itu!

"Bidadari abang kenapa pula ni? Hmm?" soal Hayyan Harith pelik.

"Na-nanti ki-kita ambil kereta a-abang sama-sama tau" ujar Zarith Sofea gugup. Tidak tahu mengapa dia terlalu gugup begini. Mungkin terlalu malu.

Zarith Sofea terus lari masuk ke bilik. Bantalnya ditumbuk-tumbuk.

"Aduh, kenapa dengan aku ni? Ya Allah malu!" ujar Zarith Sofea.

"Bidadari abanggg..hmm.. Ya Allah tak kuat" ujar Zarith Sofea mengajuk percakapan suaminya.

Tiba-tiba Hayyan Harith masuk ke dalam bilik. Zarith Sofea terus bertingkah seperti biasa. Zarith Sofea menepuk-nepuk bantalnya.

"Haish banyaknya debu..macam mana nak tidur ni. Patutlah hidung aku gatal" ujar Zarith Sofea. Matanya masih melihat keberadaan suaminya menggunakan ekor matanya.

"Aw- eh sayang..sayang dah kenapa ni? Ada habuk nak abang tukar sarung bantal?" soal Hayyan Harith.

"Tak payahlah..ni habuk sikit aje saya boleh guna lint roller ni" ujar Zarith Sofea sambil menunjukkan roller itu. Entah dari mana datangnya roller itu, dia pun tidak tahu.

"Tak apa lah kalau macam tu..sa- abang nak mandi dulu" ujar Hayyan Harith. Hampir saja kalau tak mesti kena bebel lagi.




"Terima kasih sebab sudi bayarkan padahal ni kereta abang patut abang yang kena bayar" ujar Hayyan Harith.

"Tak ada apa lah, sikit aje pun takkan nak berkira" ujar Zarith Sofea.

"Jangan lupa cerita dekat abang ya..sayang dah janji, abang nak kenal sayang dengan lebih dalam..abang nak tahu dan ingat kisah kita" ujar Hayyan Harith.

"Kenal lebih dalam? Maksudnya abang nak anak ke? Sempena tahun baru? Sekarang kan dah bulan 12, bulan depan masuk tahun baru pula" ujar Zarith Sofea. Dia tidak mengerti maksud lebih dalam itu.

"Eh, bukan macam tu..tapi kalau nak boleh aje rezeki takkan nak tolak" ujar Hayyan Harith. Gatal.

"Amboi laju aje kan..gatal" ujar Zarith Sofea mencuit hidung suaminya.

"Dah, jom balik" ajak Hayyan Harith.




Nnti manatauu adee junior harith or junior sofea👀

MAHLIGAI BAHAGIA (C)Where stories live. Discover now