"Sayang dah siap? Nak abang hantar tak?" soal Hayyan Harith sambil membutang baju kemejanya.
"Dah, jom" ajak Zarith Sofea sambil mengambil beg tangannya.
"Abang kalau najis( Iris Elisa) tu kacau abang macam mana?" soal Zarith Sofea.
"Siapa najis?" soal Hayyan Harith.
"Iris Elisa abang tu lah" ujar Zarith Sofea dengan nada sindir.
"But the way, najis tu bukan abang punya dan abang bukan dia punya sebab i'm yours" ujar Hayyan Harith tegas.
"Ish, gurau pun tak boleh..ye sayang tahu lah abang sayang punya. Dia kalau ada kacau abang bagitahu sayang tau" ujar Zarith Sofea terselit pesanan.
"Ye, bidadari abang yang ku sayang" ujar Hayyan Harith untuk menyakinkan isterinya.
Usai hantar isterinya di tempat kerjanya iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Selangor. Hayyan Harith terus ke tempat kerjanya.
Semasa Hayyan Harith sedang sibuk membuat kerjanya di laptop tiba-tiba isterinya menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp.
*4 photo*
-My lovely wife 🤍Masya-Allah cantiknyaaa isteri abang!
-YouMana ada biasa-biasa aje..abang nanti sayang balik lewat sikit ya sebab ada mesyuarat
-My lovely wife 🤍Okey, hati-hati kerja tu jangan pening-pening biasalah ajar budak-budak kan
-YouIsterinya hanya melihat mesej tersebut dan sambung mengajar di kelas 1 Bestari pula.
Manakala Hayyan Harith pula menyambung kerjanya di laptop."Harith ada? I nak jumpa dengan dia" ujar Iris Elisa. Sombong.
"Maaf cik, buat masa sekarang Encik Harith tengah sibuk dia minta untuk tidak di ganggu" ujar pembantu peribadinya.
"Nampak muka I kisah? Sekarang ni I nak jumpa Harith!" tempik Iris Elisa.
"Cik faham bahasa ke tidak ni? Saya cakap tak boleh tu tak boleh la!" giliran pembantu peribadinya pula membalas iaitu Hawa Zulaikha.
"Ish, I nak jumpa dia juga!" tempik Iris Elisa lagi.
"Lebih baik cik balik sebelum saya tampar muka cik" bidas Hawa Zulaikha sambil mengangkat tangan untuk sedia menampar muka perempuan itu. Entah dari mana tiba-tiba Hayyan Harith muncul.
"Apa kecoh-kecoh ni?" soal Hayyan Harith serius.
"Entah dia ni menggedik nak jumpa tuan tak ada hal penting pun masalahnya" jawab Hawa Zulaikha.
"Kau nak apa? Baik kau balik! Sekarang!" halau Hayyan Harith, jari telunjuknya tuju tepat ke arah Iris Elisa.
"Tapi you-" ujar Iris Elisa dengan nada penuh gedik dan ingin cuba memegang tangan Hayyan Harith mujur Hayyan Harith sempat menarik tangannya.
"Aku cakap balik!" tegas Hayyan Harith suaranya kuat sehinggakan satu bangunan itu mampu dengar suara garaunya itu.
"Ish, yelah-yelah" cebik Iris Elisa sambil menghentak-hentak kakinya dan melulu keluar tidak berpuas hati.
"You tunggu Hayyan Harith bin Hayyan Eshaal..I akan rampas you dari perempuan bodoh tu!" tekad Iris Elisa dalam hatinya. Geram Hayyan Harith memperlakukannya seperti itu. Kereta Honda Civic miliknya meluncur laju ke rumah Tuan Hayyan Eshaal.
"Aunty oh aunty" panggilnya sambil menekan loceng rumah itu.
"Oh, Iris..jemputlah masuk" jemput Puan Aleeya.
"Aunty, Iris nak cakap something ni tadi Iris pergi ofis Harith tiba-tiba kena halau" ngadu Iris Elisa. Kening Puan Aleeya berkerut seketika.
"Hal tu aunty rasa mesti dia nak jaga hati wife dia sebab yelah dia kan dah ada wife" ujar Puan Aleeya tenang.
"Halah aunty ni, tak ada reaksi ke? Aunty suka ke dia jadi menantu aunty ?" soal Iris Elisa.
"Mestilah, Sofea tu rajin orangnya. Tak suka bab-bab nak kikis duit ni lepas tu tak ada nak make up tebal 8 inci macam kamu ni ha. Mengaji pun pandai, cikgu pula tu belajar sampai PHD gelaran doktor pula tu kamu apa tahu kita ni patut panggil dia Doktor Zarith Sofea tau" puji Puan Aleeya panjang lebar. Makin sakit hati lah si Iris Elisa tu.
"Malaslah nak cakap dengan aunty ni makin sakit hati adalah bukannya nak tenangkan hati kita ni" ujar Iris Elisa sambil melibas rambutnya dan berlalu pergi.
"Alahai dah kenapa dengan dia tu? Nak jadi menantu aku lah tu..aku akan pastikan dia nak sentuh anak menantu aku pun tak dapat" ujar Puan Aleeya. Geram dan menyampah itulah yang dirasakan oleh Puan Aleeya.
Mak Harith pun annoy, awak annoy tak?

YOU ARE READING
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...