CHAPTER 22•HOSPITAL•

11 0 1
                                    

Telefon pintar Zarith Sofea berdering dan Zarith Sofea mengesat kasar air matanya dan mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, ni siapa ye?"

"Waalaikumusalam, saya dari pihak Hospital Kuala Lumpur nak tanya suami puan bernama Hayyan Harith ke?" soal doktor tersebut di dalam talian.

"Haah ye saya, kenapa dengan suami saya ya?" soal Zarith Sofea.

"Maaf puan kami lambat bagitahu puan..puan harap bersabar ya suami puan kemalangan dan sekarang masih tak dapat sedarkan diri. Dia masih berada di wad kecemasan" terang doktor itu lagi.

"Allahuakbar, terima kasih doktor" telefonnya terlepas dari tangannya. Tangannya menggigil dan air matanya yang ditahan lalu mengalir juga di pipinya.

"Sama-sama, saya undur diri dulu ya.. assalamualaikum" panggilan dimatikan.

"Ya Allah, lindungilah suamiku. HambaMu ini hanya berserah kepadaMu. Hanya Allah yang maha kuasa, selamatkanlah dia. HambaMu ini titipkan dia dalam jagaanMu. HambaMu ini tak sanggup kehilangannya Ya Allah..Aamiin" doa Zarith Sofea bersungguh-sungguh. Air matanya bergelinang.

Zarith Sofea menelefon ibu nya dan ibu mertuanya. Air matanya dikesat.

"Assalamualaikum ibu, Fea nak bagitahu yang Hayyan ada dekat hospital sebab kemalangan" perlahan dia menutur kata tapi terdengar jelas suaranya yang serak kerana menahan tangis.

"Waalaikumusalam, Fea. Allahuakbar bawa banyak-banyak bersabar dan istighfar. Ibu tahu Fea kuat Fea pergi hospital dulu nanti ibu pergi..kita jumpa dekat sana ye sayang..ingat pesan ibu, Fea jangan nangis-nangis, Fea anak yang hebat" pesan Puan Safiyyah. Namun air matanya yang ditahan juga mengalir.

Ter-terima kasih ibu, Fe-Fea tunggu i-ibu ya" ujar Zarith Sofea. Air matanya jatuh bergelinang lagi. Tak mampu untuk menahan lagi. Panggilan dimatikan.

Zarith Sofea menelefon ibu mertuanya pula.

"Mama, Hay-Hayyan ke-kemalangan" ujar Zarith Sofea teresak-esak.

"Ya Allah, anak aku..sabar ya Fea kita pergi hospital sama-sama tunggu mama datang" ujar Puan Aleeya. Luluh juga hati seorang ibu apabila tahu anaknya kemalangan.


Beberapa minit kemudian, Puan Aleeya dan Tuan Hayyan Eshaal tiba dirumah. Puan Aleeya menekan loceng rumah. Zarith Sofea mengesat air matanya dan membuka pintu.

"Mama!" ujar Zarith Sofea sambil nangis dan memeluk erat ibu mertuanya.

"Tsk, tsk Fe-Fea tak ku-kuat. Fe-Fea tak n-nak ke-kehi-kehilangan, Hay-Hayyan..tsk, tsk Fea sa-sayang di-dia" luah Zarith Sofea sambil teresak-esak.

"Sabar ya sayang mama tahu Fea kuat..mama pun tak nak kehilangan, Hayyan" pujuk Puan Aleeya dan mengusap kepala menantunya.

"Kita pergi hospital sama-sama ya" ajak Puan Aleeya air matanya juga turut mengalir. Zarith Sofea menganggukkan kepalanya dan terus memakai tudung sarung.

"Aleeya, Fea jom kita" ajak Tuan Hayyan Eshaal lembut. Mereka mengangguk dan kenderaan itu meluncur laju ke Hospital Kuala Lumpur.


Zarith Sofea dan ibu mertuanya melangkah masuk ke dalam hospital itu dan pergi ke kaunter.

"Assalamualaikum puan, ada apa yang saya boleh bantu?" soal misi disitu.

"Waalaikumusalam, saya nak tanya wad suami saya, Hayyan Harith dekat mana ye?" soal Zarith Sofea.

"Suami pun sekarang tengah berada di wad zon merah(kritikal)" jawab misi itu.

"Terima kasih saya minta diri dulu ya" ucap Zarith Sofea sambil senyum.

"Sama-sama, saya harap puan sentiasa tabah ya" pesan misi itu. Zarith Sofea hanya senyum dan berlalu pergi.

Setelah setengah jam, Puan Safiyyah dan suaminya pun tiba di hospital. Zarith Sofea menyalami tangan ibu bapanya. Mereka juga saling salam menyalami.

"Lama dah sampai?" soal Puan Safiyyah.

"Baru je setengah jam kak" jawab Puan Aleeya.

"Kesian saya tengok Fea tu kak" ujar Puan Aleeya.

"Itulah tapi nak buat macam mana kita tak boleh nak ubah takdir mungkin itu ujian rumah tangga dia" ujar Puan Safiyyah pula. Suami mereka hanya diam tidak mahu campur tangan.

Zarith Sofea berasa gelisah dan khuatir akan keadaan suaminya. Begitu juga, Puan Aleeya dan suaminya juga risau akan anak lelaki sulungnya. Setelah beberapa jam menunggu hadirnya seorang doktor yang baru sahaja keluar dari dewan pembedahan.

"Maaf. Puan waris kepada Hayyan Harith ke?" soal Doktor Hisyam.

"Ye, saya isteri dia" jawab Zarith Sofea.

"Hmm beginilah, Encik Hayyan mengalami hentakan yang kuat dan menyebabkan berlakunya pendarahan otak. Ia juga mungkin hilang ingatan. Sekarang, pesakit sedang dalam keadaan koma dan masih tidak sedarkan diri dari tadi. Saya harap puan dan keluarga sentiasa tabah dan banyakkan berdoa" terang Doktor Hisyam.

"Terima kasih, doktor. Boleh saya melawat dia?" ujar Zarith Sofea.

"Sekarang bukan waktu untuk melawat tapi disebabkan puan waris kepada pesakit puan dibenarkan namun tidak lebih daripada 15 minit. Saya minta diri dulu ya" ujar Doktor Hisyam sambil senyum dan berlalu pergi.

"Doktor kata apa?" soal Tuan Mohd Fayyadh.

"Doktor kata Harith koma dan mungkin hilang ingatan disebabkan kesan pendarahan otak kerana berlaku hentakan yang kuat di kepala" ujar Zarith Sofea.

"Doktor kata sekarang bukan masa melawat tapi disebabkan waris kita di benarkan tapi tak lebih dari 15 minit" ujar Zarith Sofea lagi.

"Tak apa lah, Sofea melawat lah dulu kami berempat esok-esok boleh melawat lagi kami utamakan perasaan Sofea dulu" ujar Puan Aleeya.

"Terima kasih, mama, ibu, ayah dan tak lupa juga abah sebab memahami Sofea" ujar Zarith Sofea. Sebak dan terharu kerana di layan sangat baik.


Zarith Sofea masuk ke dalam bilik tersebut dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang bersebelahan dengan katil suaminya.

"Abang, Sayang nak minta maaf sebab Sayang tuduh abang yang bukan-bukan. Sayang tak patut tuduh abang macam tu, maafkan sayang abang. Sayang tak sengaja, sayang terlampau ikutkan perasaan sendiri. Kalau sayang tak marah dan naikkan suara dekat abang mesti abang tak jadi macam ni kan" luah Zarith Sofea. Suaranya perlahan. Air matanya ditahan supaya tidak jatuh.

"Abang jangan tinggalkan sayang tau. Sayang sentiasa ada untuk temankan abang. Abang jangan lupakan sayang" ujar Zarith Sofea lagi sambil mengelus lembut tangan suaminya.

Tiba-tiba Puan Safiyyah memanggilnya dan menyentuh bahunya dari belakang.

"Sofea, jom balik esok kita datang melawat lagi bagi Harith rehat ya" ajak Puan Safiyyah lembut. Zarith Sofea mengangguk.

"Sayang balik dulu, kita jumpa esok abang" ujar Zarith Sofea dan bangun dari kerusi tersebut.





MAHLIGAI BAHAGIA (C)Where stories live. Discover now