"Jom balik sayang" ajak Hayyan Harith.
"Jom" ujar Zarith Sofea sepatah.
Telah tiba dirumah tetiba Zarith Sofea terasa sakit belakang, bahu dan urat belikat. Lalu dia meminta tolong suaminya untuk urut.
"Qalbi, sayang rasa sakit belakang lah, urat belikat pun sakit..awak boleh tolong urutkan?" ujar Zarith Sofea.
"Boleh aje, tulah buat kerja berat-berat lagi mana tak sakit belakang lah, urat belikat lah bagai. Lain kali, jangan buat kerja berat-berat tak boleh buat minta tolong abang" bebel Hayyan Harith.
"Ish,qalbi ni asyik bebel aje tak penat ke?" ujar Zarith Sofea.
"Suka hati lah nak bebel ke tak nak" jawab Hayyan Harith.
"Qalbi ni kan kalau tak menjawab tak sah kan" ujar Zarith Sofea. Geram.
"Okey tak? Masih sakit lagi?" soal Hayyan Harith.
"Terima kasih, qalbi..dah okey sikit" jawab Zarith Sofea.
"Aduh, kenapa aku rasa sakit lagi ni?" soal Zarith Sofea sendiri.
"Aku rasa baru je Harith urut tadi" ujarnya lagi.
"Tak ada apa-apa kut dah lah baik aku rehat" ujar Zarith Sofea sambil menepuk bantalnya lalu dia meletakkan kepalanya dan tertidur.
Zarith Sofea yang sedang tertidur lalu terjaga kerana mimpi yang sama dan menyebabkan dia sesak nafas. Hayyan Harith yang baru sahaja ingin melelapkan matanya namun terjaga kerana melihat keadaan isterinya itu yang sedang sesak nafas.
"Sayang dengar cakap abang ni, sayang tarik nafas pelan-pelan hembuskan nafas guna mulut" ujar Hayyan Harith.
"Okey tarik, hembus pelan-pelan..relax" ujar Hayyan Harith lagi.
"Tenang...tarik lagi sekali hembuskan nafas tu" ujar Hayyan Harith.
"Okey, nah minum air ni pelan-pelan" ujar Hayyan Harith sambil mengambil botol air mineral yang berada di atas meja itu. Zarith Sofea mengambil air tersebut dan meminum nya.
"Okey tak? Sayang fikir apa?" soal Hayyan Harith. Risau.
"Say-sayang ta-tadi mimpi benda sama yang abang akan tinggalkan sayang" ujar Zarith Sofea. Keadaannya kini lebih tenang dari sebelumnya.
"Jangan fikir bukan-bukan abang takkan tinggalkan sayang selagi maut yang dapat memisahkan kita, sayang. Abang cinta dan sayangkan bidadari abang ni. Abang akan ada dengan sayang hingga akhir hayat abang. Abang akan jaga sayang itu janji abang. Allah pertemukan kita untuk saling jaga dan mencintai..sekarang sayang kena rehat banyak sangat sayang fikir ni" ujar Hayyan Harith sambil senyum manis dan mencium dahi isterinya.
"Goodnight, abang" ucap Zarith Sofea.
"Goodnight juga, bidadari abang" balas Hayyan Harith.
"Kenapa mimpi tu sama yang Harith akan tinggalkan aku?" soal Zarith Sofea sendiri.
"Ya Allah sesungguhnya aku sangat mencintainya namun cintaku padanya tidak melebihi cintaku padaMu. Ya Allah lindungilah hubungan kami, berkatilah hubungan kami" doa Zarith Sofea dan tertidur.
"Good morning sayang" ucap Hayyan Harith.
"Good morning too" balas Zarith Sofea.
"Sayang kenapa badmood ni macam tak ada semangat aje?" soal Hayyan Harith.
"Entahlah sayang masih rasa sakit lagi lah dia sekejap ada sekejap tak ada" jawab Zarith Sofea.
"Nak abang urut tak?" soal Hayyan Harith.
"Boleh lah" jawab Zarith Sofea.
"Sayang cuba cerita dengan abang apa yang sayang mimpi sebenarnya?" ujar Hayyan Harith sambil mengurut bahu isterinya itu.
"Sayang mimpi yang kita ni gaduh tapi tak tahu sebab apa lepas tu masing-masing ego tak nak bercakap.." kata-katanya terhenti seketika. Terasa sebak didada bila difikirkan kembali.
"Sayang okey tak ni? Kalau tak boleh sambung cerita jangan paksa diri" ujar Hayyan Harith lembut.
"Sayang nak sambung juga...lepas tu sayang mula tanya dengan abang sebab apa abang diam dengan sayang? Abang masa tu diam cakap pun tak. Sayang paksa abang sampai abang bagitahu sayang and then abang cakap sebab abang banyak terasa dengan sayang sebab sayang ni suka tuduh abang bukan-bukan, marah abang padahal abang tak buat apa-apa pun" luah Zarith Sofea lagi. Kini perasaannya lebih tenang.
"Jadi sebab tu sayang nangis setiap malam?" soal Hayyan Harith.
"Mana ada sayang baru nangis dua kali" nafi Zarith Sofea.
"Jangan nak tipu..abang tahu aje cuma setiap kali sayang nangis mesti sayang akan tekup muka dengan bantal sebab tak nak bagi abang dengar lepas tu sayang bangun dari katil pergi tandas sebab nak basuh muka. Sayang ingat abang tak tahu ke?" ujar Hayyan Harith panjang lebar.
"Ye betullah tu, sayang suka cover tak nangis bagai tapi hakikat dia memang nangis pun" ujar Zarith Sofea.
"Abang cuma nak pesan jangan letak harapan terlalu tinggi pada abang sebab cinta manusia tak selalunya kekal. Andai kata kita berpisah, jangan salahkan takdir. Kita kena terima, faham?" ujar Hayyan Harith.
"Faham, qalbi" ujarnya sambil senyum.
"Good girl, sayang abang" ujar Hayyan Harith dan membalas senyuman tersebut.
"Rasa sakit lagi tak?" soal Hayyan Harith. Zarith Sofea hanya menggelengkan kepalanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
