Hari ini Harraz Rifqi memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaan cintanya terhadap Iris Elisa.
"Urm, awak dah lama sampai?" soal Harraz Rifqi.
"Baru aje" jawabnya malas nak layan lebih-lebih.
"Urm, saya nak cakap sesuatu boleh?" soal Harraz Rifqi. Gugup ditambah pula berdebar ingin meluahkan perasaan itu.
"Cakap ajelah" ujar Iris Elisa.
"S-saya se-sebenarnya nak ha-halalkan awak, awak sudi?" luah Harraz Rifqi.
"Jumpa mak ayah saya, diaorang restu kita kahwin" Iris Elisa memberikan jawapan malas mahu bermain tarik tali.
"Betul ke ni?" soal Harraz Rifqi tak percaya.
"Betul, saya nampak usaha awak kejar saya waktu kita masih belajar lagi-lagi waktu kita buat assignment" jawab Iris Elisa.
Harraz Rifqi diam tidak berkata apa-apa. Dia malu apabila teringat balik akan kejadian itu.
"Awak, tunggulah saya" ujar Harraz Rifqi dari jauh. Penat tahu tak kejar dia.
"Ish, awak tu yang lambat...saya jalan biasa aje" ujar Iris Elisa. Makin lama dia makin rimas dengan lelaki itu. Macam mana boleh jadi kawan?
"Awak assignment kita tu penting tau jadi janganlah buat sorang-sorang tanpa saya" ujar Harraz Rifqi menukar topik. Iris Elisa hanya diam.
Harraz Rifqi memulakan sesi perbualan untuk memecahkan suasana yang sunyi sepi antara mereka berdua.
"Awak kenapa ni?" soal Harraz Rifqi.
"Kenapa apa?" soalan dibalas soalan.
"Kenapa cantik sangat ni? Jantung saya berdegup laju tau bila saya tatap wajah awak" ujar Harraz Rifqi. Ayat nak pikat perempuan dah lapuk.
"Tak payahlah tatap nanti jantung awak tu terhentilah" ujar Iris Elisa. Ada maksud tersirat di sebaliknya.
"Kalau terhenti saya mati, kalau awak jauh saya mendekati sehingga awak terjatuh hati. Hehehehe" ujar Harraz Rifqi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
Matanya dipejam rapat dan kembali mencelik memandang wajah Iris Elisa ini.
"Saya tak sempurna, saya dulu pernah jadi pemusnah rumah tangga orang sebab tu saya tak suka bila awak cakap saya cantik, sempurna dan sebagainya. Saya teruk, Harraz" luah Iris Elisa.
"Saya dulu pakai tudung, jaga aurat disebabkan kerana dia. Sekarang alhamdulillah saya betul-betul ikhlas pakai tudung dan jaga aurat kerana Allah" ujar Iris Elisa lagi.
"Tak ada manusia yang sempurna, Iris. Saya tak pandang semua keburukan awak, semua manusia pernah buat kesalahan. Saya nak awak jadi peneman hidup saya sehingga akhir hayat saya" ujar Harraz Rifqi. Ya, dia menerima segala kekurangan Iris Elisa.
"Sekali lagi saya tanya, awak sudi jadi isteri saya?" soal Harraz Rifqi. Dia mahukan jawapan yang jujur dari Iris Elisa.
"Ya, saya sudi. Awak bimbing dan jadi pendamping hidup saya buat selamanya, boleh Harraz Rifqi?" ujar Iris Elisa.
"Sudah tentu jawapan saya boleh. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak" ujar Harraz Rifqi.
"Abang, tolong tengokkan Saqeef sayang nak masak ni" ujar Zarith Sofea.
"Ya, isteri abang" ujar Hayyan Harith dan menggendong anak itu.
"Sayang anak babah seorang ni. Alololo, comelnya dia, handsome macam babah" ujar Hayyan Harith dan mencium wajah anaknya itu.
"Jom, babah mandikan Saqeef" ujar Hayyan Harith dan membawanya ke bilik air.
Hayyan Harith memandikan anaknya dengan penuh berhati-hati. Setiap kali dia mencurahkan air ke tubuh kecil anaknya pasti dia akan berselawat dan memberikan senyuman yang manis.
"Wanginya, anak babah" puji Hayyan Harith.
"Jom tengok ummi, dia buat apalah agaknya?" ujar Hayyan Harith.
"Ummi buat apa tu?" soal Hayyan Harith.
"Tengah masak ayam masak lemak cili api" ujar Zarith Sofea. Dia tersenyum manis.
"Dah, jangan kacau sayang..sayang tengah sibuk ni" ujar Zarith Sofea.
"Marah pun comel" ujar Hayyan Harith. Harith Saqeef juga ikut senyum.
"Eh, eh anak babah blushing.. tengok ni ummi anak pun blushing takkan sayang tak blushing" ujar Hayyan Harith. Ada saja idea dia nak usik isterinya.
"Abang ni kan, suka sangat kacau sayang" ujar Zarith Sofea sambil mencubit lengan suaminya.
"Auch, sakitlah sayang!" ujar Hayyan Harith. Dia terjerit kecil.
"Tahu pun, sekarang jangan kacau sayang baik abang duduk dekat depan tengok tv tu sebelum sayang jadi singa" ujar Zarith Sofea.
"Okey, okey abang pergi. Alamak ummi marah jom lari!" ujar Hayyan Harith. Harith Saqeef tertawa kecil. Zarith Sofea pun ikut tertawa dan kembali memasak.
"Sayang abang, sayang Saqeef..keluarga kecil yang sangat terindah untukku. Pertemuan yang singkat tapi jalan ceritanya tidak mudah" ujar Zarith Sofea sendiri. Nadanya direndahkan hanya dia dan Allah saja tahu apa yang dia katakan.
-Tamat-

ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...