Zarith Sofea bangun dan melihat suaminya yang masih tertidur lalu dia membiarkan sahaja suaminya tertidur. Dia mencapai telefon pintarnya itu dan skrin telefonnya muncul satu notifikasi iaitu 'SELAMAT HARI LAHIR, ZARITH SOFEA' . Zarith Sofea tersenyum dan mengucapkan selamat hari lahir pada dirinya sendiri.
Hayyan Harith bangun dari lenanya tiba-tiba ternampak wajah isterinya yang gembira dan senyum manis.
"Awak dah kenapa senyum pagi-pagi ni kena sapa dengan artis pujaan hati ke?" soal Hayyan Harith. Pelik.
"Ish, bukan lah. Awak cuba tengok hari ni hari apa? Tarikh berapa?" suruh Zarith Sofea.
"Urm, tarikh hari ni 28 hari bulan 11 ..hari khamis" ujar Hayyan Harith. "Dia ingat aku tak tahu ke birthday dia hari ni aku saje pura-pura tak tahu" ujar Hayyan Harith di dalam hatinya.
"Ish, memanglah dah tu awak tak tahu ke?" soal Zarith Sofea geram.
"Memanglah saya tak tahu ni baru hari yang kedua bergelar suami awak tau" ujar Hayyan Harith pula.
"Haah kan betul juga tapi tetap saya tak nak cerita dekat awak kenapa dengan hari ni?" ujar Zarith Sofea.
"Ikut awak lah, saya nak pergi kerja ni" ujar Hayyan Harith malas nak bertekak dengan Zarith Sofea pagi-pagi ni.
"Bukan sepatutnya cuti lagi ke?" soal Zarith Sofea.
"Ye tapi saya ada kerja sikit" jawab Hayyan Harith. Zarith Sofea hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
Usai mandi, Harith terus siap-siap untuk pergi kerja. Si isteri pula sibuk menyediakan bekal untuk sang suami.
"Hai, bidadari abang buat apa tu?" sapa Hayyan Harith.
"Tak ada buat apa-apa pun just buat bekal untuk awak aje, qalbi. Nah, ambil lah" ujar Zarith Sofea sambil menghulurkan bekal itu kepada Harith.
"Thank you so much, bidadari. Sorry sebab dah menyusahkan awak" ujar Hayyan Harith sambil mengambil bekal tersebut.
"Qalbi, salam" ujar Zarith Sofea sambil menyuakan tangannya untuk salam. Harith hanya menganggukkan kepalanya dan menyuakan tangannya. Sofea menyambut salamnya dan berkata "Pergi kerja hati-hati, jangan lupa saya dekat rumah". Harith hanya senyum.
"Dah lah saya pergi dulu. Assalamualaikum" ujar Hayyan Harith sambil melambai tangannya.
"Waalaikumusalam" ujar Zarith Sofea.
ZARITH SOFEA~
"Ish, dia tak tahu ke birthday aku hari ni tapi memang lah tak tahu bukannya kitaorang bercinta pun sebelum ni" ujar Zarith Sofea geram.
"Lantak lah baik aku siapkan kerja aku menanda buku kerja anak murid aku ni lagi bagus. Argh, malasnya!" ujar Zarith Sofea sambil membalingkan bantalnya. Sungguh geram.
Usai menanda buku, Zarith Sofea mengemas rumahnya lalu beristirehat kerana kepenatan.
HAYYAN HARITH~
"Haish, dia ingat aku tak tahu ke birthday dia hari ni aku tahu je sebab phone dia tu ade noti 'Selamat Hari Lahir, Zarith Sofea'. Aku saje je" ujar Hayyan Harith.
"Aku nak buat apa eh?" soal Hayyan Harith bingung.
"Dah bagi aku siap kerja ni dulu nanti baru fikir balik" ujar Hayyan Harith pada dirinya sendiri sambil menyiapkan kerjanya di laptop.
Setelah 5 minit, tiba-tiba Hayyan Farish mengetuk pintu dan masuk ke ruang bilik kerja Hayyan Harith.
"Bukan sepatutnya cuti lagi ke?, Hayyan Harith" soal Hayyan Farish.
YOU ARE READING
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomansMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...