"Assalamualaikum, ma..dah lama ke tunggu" sapa Zarith Sofea sambil menepuk perlahan bahu Puan Aleeya.
"Waalaikumusalam, eh tak ada lah ni pun baru sampai..meh la duduk" balas Puan Aleeya dan menyuruh Zarith Sofea duduk.
"Mama nak air apa?" soal Zarith Sofea.
"Latte macchiato" jawab Puan Aleeya.
"Sekejap tau, Fea nak pergi kaunter alang-alang nak bayar terus" ujar Zarith Sofea dan berlalu pergi ke kaunter.
"Akak Nadya ada?" soal Zarith Sofea.
"Ada, kejap tau saya panggilkan dia" jawab salah seorang staf disitu.
"Ye kenapa? Eh-eh Sofea, Argh rindunya!" ujar Nadya Qaisara.
"Hai kak! Ni Fea nak order Latte Macchiato satu dengan Iced Latte" ujar Zarith Sofea.
"Datang dengan siapa?" soal Nadya Qaisara.
"Datang dengan mama lah.. your mom. Taknak join kitaorang ke?" ujar Zarith Sofea.
"Rajin betul ya mama datang tak apa lah nanti ada masa akak join..bye akak sambung kerja dulu" ujar Nadya Qaisara. Zarith Sofea berlalu pergi ke meja nya semula.
"Okey, apa plan kita?" soal Zarith Sofea.
"Mama rasa mama nak Harith ni layan dia lepas tu mama nak si Harith ni bawa dia ke rumah mama tapi mama nak kamu ada sekali ha lepas tu mama buatlah ujian menantu gitu" terang Puan Aleeya.
"Oh, lepas tu baru Fea ni datang menyelit dekat mama gitu kan" teka Zarith Sofea.
"Ye, macam tu lah. Fea kena datang sehari sebelum si Harith nak bawa dia ke rumah. Biarkan aje si perempuan tu nak tackle si Harith. Dia ingat kita ni tak kisah ke? Padahal kita lah yang pura-pura tak tahu" ujar Puan Aleeya.
Sedang rancak berborak, air yang mereka pesan pun tiba dan mereka minum minuman tersebut. Manakala Hayyan Harith pula rimas dengan Iris Elisa.
"Kau nak apa?" soal Hayyan Harith. Wajahnya langsung tidak berpaling kearah Iris Elisa. Dingin.
"You ni kenapa nak marah-marah? Sebelum ni you okey je" ujar Iris Elisa.
"Dulu perangai kau tak macam ni, Iris" ujar Hayyan Harith. Kotak fikiran Hayyan Harith teringat akan rancangan isterinya itu.
"Abang layan dia tau, buat macam abang betul-betul cintakan dia..sayang percayakan abang"
Hayyan Harith memandang wajah Iris Elisa dan dia teringat akan perkenalan mereka sewaktu belajar di universiti dulu.
"Kau kenapa nangis ni? Nah tisu" ujar Hayyan Harith dan memberikannya sekotak tisu.
"I baru lepas break dengan boyfriend I" jawab Iris Elisa dan mengambil kotak tisu tersebut.
"Dah lah tak payah nangis ambil coklat ni untuk tenangkan hati kau tu" ujar Hayyan Harith dan memberikannya coklat itu. Iris Elisa hanya diam dan mengambil coklat itu.
"Apa nama kau?" soal Hayyan Harith.
"Iris Elisa" jawabnya sepatah.
"Nama aku pula Hayyan Harith. Tak apa lah aku minta diri dulu aku ada class ni" ujar Hayyan Harith ingin mengundurkan diri. Langkahnya mati apabila namanya dipanggil. Dia toleh ke belakang rupanya gadis itu yang memanggil namanya.
"Boleh kita jadi kawan, Hayyan?" soal Iris Elisa. Hayyan Harith hanya mengangguk dan terus berlalu pergi ke kelas.
Beberapa bulan kemudian, hubungan persahabatan mereka sangat akrab sehingga menyebabkan salah seorang mempunyai perasaan cinta iaitu Iris Elisa. Dia hanya memendamkan perasaan tersebut namun hatinya hancur apabila lelaki yang dia cintai itu telah bernikah dengan wanita lain. Dia cuba untuk melupakan Hayyan Harith dengan cara mencari pengganti baru tetapi hatinya tetap menyebut namanya. Itulah penyebab Iris Elisa putus tunang dan tidak jadi bernikah.
Matanya dipejam dan memandang wajah Iris Elisa semula.
"Aku minta maaf, Iris" ucap Hayyan Harith.
"Kenapa pula? Sebab you menyesal pilih dia ke?" ujar Iris Elisa dengan penuh keyakinan dan duduk diatas meja kerja milik Hayyan Harith.
"Sebab menyesal pernah kenal kau..aku sikit pun tak pernah ada perasaan dekat kau"
"You sebenarnya cintakan I kan tapi you tu ego"
"Cinta tak pernah wujud dalam hidup aku sebelum aku kenal isteri aku iaitu Zarith Sofea binti Mohd Fayyadh"
"Eleh jauh dalam sudut hati you tu tetap ada I, Harith" ujar Iris Elisa sambil bermain dengan hujung rambutnya. Hayyan Harith malas layan dan terus bangun dari tempat duduknya.
"Baik kau balik, semak kau tahu hadap muka kau ni!" ujar Hayyan Harith tegas. Kesabarannya kian menipis.
"Okey, fine! I akan kejar you sampai you jatuh cinta dengan I" tekad Iris Elisa dan berlalu keluar.
Hawa Zulaikha bertembung pula dengan Iris Elisa. Iris Elisa menjeling, Hawa Zulaikha pula sempat menyindir.
"Tepung tak dapat attention lah tu" sindir Hawa Zulaikha.
"Apa masalah you ni? I tak kacau hidup you kan" marah Iris Elisa.
"Lah mengaku diri tu tepung. Kiranya betul lah ni tepung..pakai tepung apa? Tepung jagung? Tepung beras? Ke tepung gandum?" sindir Hawa Zulaikha lagi.
"Ish, diamlah! I suruh Harith pecat you nanti" ujar Iris Elisa. Perasaan marahnya kian membuak-buak.
"Nanti, bukan sekarang kan" sindir Hawa Zulaikha. Sekarang giliran Hawa Zulaikha pula menjeling dan berlalu pergi.
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
