"Assalamualaikum, bidadari abang" ucap Hayyan Harith dan masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumusalam, qalbi" balas Zarith Sofea.
"Maaf sayang abang balik lewat tak sempat nak bagitahu tadi" ujar Hayyan Harith.
"Tak apalah sayang tak kisah pun..abang dah makan?" ujar Zarith Sofea.
"Abang dah makan tadi" jawab Hayyan Harith.
"Oh, tak apalah kalau macam tu..dah abang pergi naik atas lepas tu mandi nanti kita boleh solat isyak sama-sama" arah Zarith Sofea.
"Ye, sayang abang" ujar Hayyan Harith dan berlalu naik ke atas.
Usai solat isyak bersama, Zarith Sofea terus melipat sejadah dan telekungnya setelah itu dia baring di katil. Tiba-tiba terdapat satu bunyi notifikasi dari telefon pintar suaminya. Dia terus membaca mesej tersebut.
Terima kasih sudi maafkan I. Terima kasih juga sebab sudi keluar dengan I tadi. Save tau nombor baru I. Iris Elisa.
-UnknownDia terkelu, adakah kerana itu Hayyan Harith pulang lewat dan tidak memberitahunya? Adakah itu dia tidak mahu makan bersama tadi? Banyak persoalan yang terlintas difikirannya. Perasaannya sudah tentu sakit dan kecewa apabila tahu lelaki yang dicintai nya bersama wanita lain.
"Sayang tengok apa dekat phone abang?" soal Hayyan Harith.
"Abang keluar dengan dia ke tadi?" soal Zarith Sofea. Tegas.
"Keluar dengan siapa?" soal Hayyan Harith. Tidak faham apa yang di maksudkan oleh isterinya.
"Jangan pura-pura bodoh, Hayyan! Sofea tanya ni jawab lah! Abang keluar dengan dia ke?" Marah Zarith Sofea. Nadanya dinaikkan.
"Ya Allah, abang tak keluar dengan sesiapa pun. Abang sibuk dengan kerja abang aje" terang Hayyan Harith nadanya sedikit pun tidak dinaikkan.
"Jangan tipu, Sofea. Sofea benci orang yang tipu, Sofea! Kalau betul tak keluar habis ni apa benda, Hayyan!" nadanya dinaikkan satu oktaf. Telefon pintar suaminya di tunjukkan ke arah Hayyan Harith lalu dia menghempas telefon pintar tersebut.
"Ya Allah abang tak tipu sayang. Abang tak pernah curang dengan sayang" terang Hayyan Harith. Perasaan juga hancur ketika dituduh begitu.
"Abang tak tahu apa-apa, abang tak pernah keluar dengan dia lepas abang kahwin dengan sayang" terang Hayyan Harith lagi.
"Tch, kau dah tipu aku, curang dengan aku lepas tu kau nak acah-acah tak tahu pula" Zarith Sofea mendengus kasar dan nadanya direndahkan sedikit.
"Aku benci tengok muka kau, Hayyan! Aku menyesal pernah kenal kau dan anggap kau suami aku!" Tempik Zarith Sofea. Dadanya turun naik.
"Kau lebih teruk daripada adik kau, Hayyan Harith! Aku benci kau! Lepaskan aku!" Tempik Zarith Sofea lagi.
Cukup, Zarith Sofea! Abang pun ada perasaan!" nadanya dinaikkan. Tegas.
"Oh, kau fikir perasaan kau habis tu perasaan aku macam mana, Hayyan!" Tempik Zarith Sofea satu oktaf. Zarith Sofea merentap kasar cincin dijarinya dan dicampakkan tepat ke muka Hayyan Harith.
"Abang kata cukup, Zarith Sofea!" Tegas Hayyan Harith dan berlalu keluar dari biliknya. Pintu dihempas.
"Argh, aku benci! Aku tak nak tengok muka kau!" jerit Zarith Sofea dan membaling semua barang yang berdekatan dengannya. Dia jatuh terduduk. Tangisannya makin kuat.
"Ke-kenapa kau ti-tipu aku, Hay-Hayyan" ujarnya teresak-esak.
"A-Aku sa-sayang kau ta-tapi kenapa kau bu-buat macam ni" ujarnya lagi dalam tangisan itu.
Manakala Hayyan Harith pula, runsing memikirkan hal tadi.
"Argh, bodoh! Kau bodoh, Hayyan! Aku tak khianat kau, Sofea! Maafkan abang!" Tempik Hayyan Harith dan meraup rambutnya ke belakang.
"Aku sayang kau, Sofea! Aku tak pernah terdetik nak khianat kau! Maafkan abang, Sofea!" Tempik Hayyan Harith lagi tangannya naik menghempuk stereng kereta berkali-kali.
"Abang tak khianat cinta, sayang! Allahuakbar!" Kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok.
Jantung Zarith Sofea berdegup kencang kerana terasa seperti ada sesuatu yang menimpa kepada suaminya.
"Ya Allah lindungilah suamiku. Ya Allah selamatkanlah suamiku, Ya Allah. Permudahkan setiap urusannya Ya Allah. Ya Allah hambaMu ini titipkan dia dalam jagaanMu, Ya Allah. Lindungilah suamiku, Ya Allah. Janganlah ada sesuatu yang buruk menimpanya, Ya Allah..Aamiin" doa Zarith Sofea bersungguh-sungguh.
Hatinya berasa tidak tenang dan asyik memikirkan suaminya. Dimanakah dia sekarang? Adakah dia baik-baik sahaja?

YOU ARE READING
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...