CHAPTER 3•CEMBURU•

51 1 0
                                        

"Sayang,hari ni kita keluar nak?" Soal Hayyan Harith.

"Boleh,qalbi. Alang-alang keluar boleh beli barang dapur" Ujar Zarith Sofea.

"Kalau macam tu pergi mydin beli barang dengan-"  Belum sempat Hayyan Harith menghabiskan ayatnya telah di potong oleh Zarith Sofea.

"Lepastu kita pergi makan!" Ujar Zarith Sofea sambil menepuk tangannya. Gembira agaknya pergi keluar dah macam binatang dalam zoo tak pernah keluar.

"Pergilah siap dulu" Suruh Hayyan Harith sambil membelai rambut Zarith Sofea. Zarith Sofea menganggukkan kepalanya.

*Mydin*

"Nak masak spaghetti carbonara with kasih" Ujar Zarith Sofea.

"Ada yang nak abang tolong?" Soal Hayyan Harith.

"Cari meatball,daging kisar dengan cendawan tin" Balas Zarith Sofea.

"Okey,abang pergi jap sayang tunggu sini. Jangan lari" Pesan Hayyan Harith sambil mencari barang tersebut.

Sementara Zarith Sofea mencari spaghetti dan macaroni. Zarith Sofea ternampak suaminya sedang bersembang dengan seorang perempuan.

"Ouh,dia sembang dengan perempuan lain takpe tunggu kau! memang aku bagi silent treatment dekat kau! Masak,makan sendiri tapi dia pandai masak argh biarlah kisah apa aku!" Ujar Zarith Sofea perlahan tapi nadanya seperti menahan sabar dan sungguh geram. Jiwa kecilnya meronta.

*Pov:Hayyan Harith*

"Hai! Buat apa dekat sini?" Soal Iris Elisa. Hayyan Harith yang fokus memilih cendawan tin tiba-tiba menoleh ke arah perempuan itu yang merupakan kawan baiknya sewaktu di Universiti.

"Hai too! Tak ada buat apa-apa just cari barang untuk masak" Balas Hayyan Harith.

"Oh, rajinnya you untung siapa jadi bini you" Ujar Iris Elisa. Perbualan mereka tiba-tiba di potong oleh Zarith Sofea.

"Haah, mestilah untung dah I wife dia..kan, qalbi" Ujar Zarith Sofea selamba sambil merangkul tangan suaminya itu. Hayyan Harith merangkul erat pinggang Zarith Sofea.

"Yes, she is my wife, Zarith Sofea" Ujar Hayyan Harith sambil memperkenalkan isterinya.

"Hi, nice to meet you,Sofea" Ujar Iris Elisa sambil sua tangannya untuk salam.

"Hi, nice to meet you too" Ujar Zarith Sofea sambil menyambut salamnya.

"Nama dia Iris Elisa boleh panggil Iris" Ujar Hayyan Harith.

"Nak panggil penyondol beria dengan laki orang, boleh? Soal Zarith Sofea nada perlahan dan berbisik namun dapat didengari oleh telinga Hayyan Harith.

"Okey, bye I nak sambung shopping dekat tempat lain" Ujar Iris Elisa sambil senyum lalu beredar dari situ. Zarith Sofea tidak membalas senyum tersebut tetapi senyuman tersebut dibalas oleh Hayyan Harith. Zarith Sofea mencengkam rahang pipi Hayyan Harith.

"Eii, dah ada aku nak juga pandang dia tau lah dia seksi! Dah lah nak merajuk taknak cakap tidur dekat sofa malam ni lepas tu masak sendiri!" Ujar Zarith Sofea geram.

Zarith Sofea meninggalkan suaminya dan pergi ke parking lot dan bergerak pulang ke rumah naik grab. Siapa aje tak geram kalau suami sendiri senyum dekat perempuan lain manis pula tu.

*Setelah di rumah*

"Bidadari oh bidadari..jangan lah kunci pintu bilik ni sorry la dah dia tegur so abang balas lah balik" terang Hayyan Harith. Zarith Sofea hanya diam dan mengurungkan diri di bilik.

"Zarith Sofea, saya minta maaf ya, saya tak sengaja maafkan atas kekhilafan saya sepatutnya saya tidak patut berkelakuan sedemikian" pujuk Hayyan Harith lembut sambil mengetuk pintu. Zarith Sofea tersenyum kerana mendengar ayat Bahasa Melayu Hayyan Harith yang menggunakan bahasa baku.

MAHLIGAI BAHAGIA (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang