"Qalbi ikut tak plan sayang?" soal Zarith Sofea sambil meratakan losyen di tangannya.
"Tak sebab abang tak boleh nak buat macam tu. Abang tak sanggup nak duakan sayang sedangkan abang sendiri pun tak sanggup diduakan tak kisahlah sama ada plan ataupun tidak tetap terasa ya sakit tu" jawab Hayyan Harith.
"Faham. Sayang kena tukar plan lah ni" ujar Zarith Sofea. Hayyan Harith pula mengangguk tanda setuju.
"Jom balik rumah mama" ajak Zarith Sofea.
"Bila?" soal Hayyan Harith. Dah kenapa pula dia ni.
"Hari ni, boleh?..hehehe" ujar Zarith Sofea sambil sengih dan mengedip-kedipkan matanya.
"Jom lah, abang okey je boleh solat Maghrib berjemaah dekat rumah mama" ujar Hayyan Harith.
"Okey kejap tau, orang nak siap" ujar Zarith Sofea sambil berlari ke biliknya untuk mengemas barang.
"Hati-hati jangan lari nanti jatuh sayang dah lah tengah naik tangga" pesan Hayyan Harith. Macam mak-mak dah Hayyan Harith ni pesan.
"Ye, qalbi. Sayang tengah teruja ni tau, jangan kacau bagi lah peluang seronok sekejap" ujar Zarith Sofea.
"Haih, macam-macam lah bini aku ni tapi comel lah effort dia nak pertahankan hubungan.. Alhamdullilah beruntungnya aku" ujar Hayyan Harith sambil meraup mukanya yang mula merah itu.
Sampai di rumah Tuan Hayyan Eshaal dan Puan Aleeya, Zarith Sofea terus memberi salam.
"Assalamualaikum mama" ujar Zarith Sofea dan menekan loceng.
"Waalaikumusalam..marilah masuk" jawab Puan Aleeya. Pagar tersebut automatik terbuka. Hayyan Harith pula meletakkan kenderaan di sebelah kereta milik Tuan Hayyan Eshaal. Mereka pun masuk ke dalam rumah dan bersembang di ruang tamu.
"Hi sister! Miss you " ujar Hayyan Haffaz teruja. Zarith Sofea baru ingin toleh ke belakang tiba-tiba ada satu lagi suara garau menyampuk.
"Tak payah miss you sangat lah tu bini aku gila!" ujar Hayyan Harith nadanya sedikit tinggi.
"Eleh aku tegur je bukan aku caras pun" ujar Hayyan Haffaz.
"Memanglah along kau tu cepat cemburu" sindir Tuan Hayyan Eshaal. Entah dari mana tiba-tiba sahaja muncul. Zarith Sofea hanya sengih. Zarith Sofea bangun dari tempat duduknya dan menyalami tangan bapa mertuanya. Kemudian kembali ke tempat duduknya.
"Sembang apa je tadi? Nampak rancak aje berborak" soal Tuan Hayyan Eshaal.
"Alah borak kosong je..tanya kerja macam mana? Ada plan nak tukar sekolah lain ke? Macam tulah ajelah abah" jawab Zarith Sofea.
"Oh kalau macam tu abah boleh join ke?" soal Tuan Hayyan Eshaal.
"Ha kalau yang tu kena tanya mama" jawab Zarith Sofea.
"Eh mama okey je..ha sambung balik fasal tadi" ujar Puan Aleeya. Puan Aleeya ni kalau dah buka cerita sah-sah meletup kebabom cerita dia.
"Mama cadang mama nak ajak si perempuan tu datang rumah lah sebab mama tetap nak buat ujian menantu dekat dia. Mama tahu dia bukan pandai masak, memang kita boleh belajar tapi dia tu nampak sangat tak ada usaha nak belajar" terang Puan Aleeya.
"Iris ke? Dia tu awal-awal abah tak suka waktu abah berurusan dengan Tuan Elias dulu dia yang sibuk nak tolong bapa dia tu hujung-hujung tergendala macam tu aje rupanya masa tu sebab ada Harith aje tu yang beria nak urus" terang Tuan Hayyan Eshaal.
"Lah baru tahu ingatkan memang dia tu bijak sangat" ujar Zarith Sofea makin membara-bara jiwanya ingin menampar muka perempuan itu.
"Itulah yang mama tak berkenan dulu dia pernah pinjam duit si Harith tu biasalah kawan kan hujung-hujung tak ganti lepas tu si Harith ni ikhlaskan ajelah" ujar Puan Aleeya. Makin dekat merapat dan menunduk, makin banyak cerita.
"Berapa banyak dia pinjam tu ma?" soal Zarith Sofea ingin tahu.
"Entah lah tak tahu dia sebab mama pun dah lupa masa Harith minta izin nak bagi duit dekat si Iris tu" jawab Puan Aleeya.
"Eh tak cerita dekat abang pun" ujar Tuan Hayyan Eshaal.
"Dah awak tak ada dekat rumah masa tu jadi Leya tak ceritalah" ujar Puan Aleeya pula.
"Memang sembang bertiga je ke?" bisik Hayyan Harith di telinga Hayyan Haffaz.
"Ye kot, jom sembang dekat luar angin dekat luar sejuk" ajak Hayyan Haffaz. Hayyan Harith hanya menggangguk
"Jom, makan mi segera" ajak Hayyan Harith pula. Mereka berdua terus ke dapur untuk masak mi segera dan makan mereka makan diluar sambil bersembang. Manakala mereka bertiga masih rancak bersembang.
"Awak ada plan lain lagi ke?" soal Tuan Hayyan Eshaal.
"Eh mestilah, saya ni kalau tak suka banyak aje plan" jawab Puan Aleeya.
"Faham, menantu ku macam mana?" soal Tuan Hayyan Eshaal.
"Fea okey je tak ada bantahan" jawab Zarith Sofea pula. Tiba-tiba azan berkumandang tanda masuk waktu Maghrib. Mereka akhiri perbualan mereka dengan berkata "kita plan aje untuk bagi dia sedar bukan kita mengumpat fasal dia"
Zarith Sofea mencari suaminya kerana dia tidak nampak langsung kelibat suaminya dia mencari semua kawasan di dalam rumah dan kawasan yang terakhir adalah diluar rumah.
"Qalbi!" panggil Zarith Sofea.
"Ye, bidadari abang" sahut Hayyan Harith.
"Aku masuk dulu bini panggil. Kau..kau masuk lah tunggu apalagi dah azan kan" ujar Hayyan Harith.
Usai solat berjemaah mereka makan malam bersama.
"Tadi gosip fasal apa? Nampak rancak semacam aje" soal Hayyan Harith.
"Tengah cakap fasal kawan baik Harith, ceh baik lah sangat" sindir Puan Aleeya.
"Oh" balas Hayyan Harith singkat. Tidak tahu mahu kata bagaimana apabila bercakap tentang Iris Elisa. Dia juga rimas dengan Iris Elisa itu.
"Nanti jemput dia datang rumah tau" pesan Tuan Hayyan Eshaal.
"Baik, abah" jawabnya ringkas.
Usai makan, Zarith Sofea membasuh segala pinggan mangkuk yang telah digunakan sambil mendengar lagu Shimmy oleh Andi Bernadee.
"Mengapa kau bersendiri?
Tanpa siapa yang di sisi
Siapalah yang sampai hati?
Biar aku jadi teman kamu malam ini"
"Shimmy, shimmy yea, shimmy yea, shimmy ya
Shimmy, shimmy yea, shimmy yea, shimmy ya
Siapalah yang sampai hati?
Biar aku jadi teman kamu malam ini"
"Aku tak perlu kesetiaanmu
Aku tak perlu menjadi milikmu
Mungkin ini hanya pilihan aku
Ikut nada kamu" nyanyi Zarith Sofea dengan penuh perasaan.
"Bolehkah kalau aku ingin menemanimu?
Bolehkah jika aku ingin cuba?
Aku sudah yakin dengan kemahuanku
Mungkin fikir ini perkara mudah" sambung Hayyan Harith sambil memeluk isterinya dari belakang. Zarith Sofea terkejut namun dia abaikan sahaja dan masih sambung menyanyi.
"Janganlah kau yang salah faham
Selamanya itu 'ku tak mampu
Janganlah kau yang salah faham
Aku hanya penyelesaian sementaramu" nyanyi mereka bersama.
"Baru nak ambil air tak apalah tak jadi" sindir Hayyan Haffaz dan berlalu pergi dari dapur. Hayyan Harith meleraikan pelukan itu.
"Sayang malu tahu tak? Nasib Haffaz kalau mama dengan abah macam mana?" ujar Zarith Sofea.
"Halah itu aje pun..tak payah malu sangat" ujar Hayyan Harith.
"Dah jom solat isyak" ajak Zarith Sofea.
Usai solat, Zarith Sofea menyalami tangan suaminya itu.
"Abang jangan menggatal dengan dia tau. Abang gatal dengan dia dua-dua saya tetak lepas tu jual organ" pesan Zarith Sofea. Lain macam amaran dia.
Semoga kita semua dapat mertua yang baik, aamiin 🤲💐
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
