"Sayang, abang pergi dulu tau" ujar Hayyan Harith. Zarith Sofea hanya menggangguk dan melambai tangannya ke arah suaminya. Hayyan Harith membalas lambaian tersebut dan berlalu pergi. Kelibatnya kian menghilang.
"Hawa, saya nak pesan kalau selama ni Iris tu ada datang ofis bagitahu saya dulu ye" pesan Hayyan Harith.
"Baik tuan, tuan kalau saya nak minta cuti boleh minggu depan?" ujar Hawa Zulaikha.
"Boleh, saya benarkan" ujar Hayyan Harith.
Tidak sampai beberapa minit dia berada di bilik pejabatnya tiba-tiba pintunya diketuk.
"Tuan, Iris nak jumpa dengan tuan" ujar Hawa Zulaikha yang sedang berdiri dihadapan meja Hayyan Harith.
"Benarkan dia masuk, Hawa" ujar Hayyan Harith. Hawa Zulaikha pula mengangguk dan berlalu keluar.
"Nak jumpa sangat kan pergilah" ujar Hawa Zulaikha sambil menjelingnya. Iris Elisa tidak berkata apa-apa dan terus masuk ke bilik pejabat Hayyan Harith.
"Kau nak apalagi?" soal Hayyan Harith.
"I nak minta maaf sebab I tahu I sepatutnya tak patut cuba hancurkan hubungan you dengan isteri you. I minta maaf lagi sekali" pinta Iris Elisa sebersalah.
"Baguslah kalau kau dah sedar dengan sikap bodoh kau tu! Jangan ganggu hidup aku lagi, faham!" tegas Hayyan Harith. Iris Elisa tersentak seketika.
"Te-terima kasih su-sudi terima maaf I" ucap Iris Elisa.
"Tunggu apa lagi? Berambus!" ujar Hayyan Harith nadanya dinaikkan satu oktaf. Dadanya naik turun menahan amarahnya. Sudah lama dia bertahan dengan sikap Iris Elisa yang sering mengganggu hidupnya. Matanya merenung tajam ke arah Iris Elisa.
Iris Elisa tanpa berkata apa-apa terus keluar dari bilik pejabat Hayyan Harith itu. Matanya dipejam dan kembali duduk dikerusinya kepalanya disandarkan dan menghela nafas panjang.
Setelah selesai solat asar, Zarith Sofea terus memasak makanan kegemaran suaminya dan dihidangkan di atas meja setelah itu ditutupkan dengan tudung saji.
"Assalamualaikum, sayang abang" ucap Hayyan Harith.
"Waalaikumusalam, qalbi" balas Zarith Sofea dan menyalami tangan suaminya.
"Abang naik atas dulu tau nanti abang makan sebab abang nak rehat" ujar Hayyan Harith.
Selepas mandi, Hayyan Harith menyandarkan kepalanya di kepala katil. Isterinya mengetuk pintu dan memulas tombol pintu tersebut.
"Abang nak makan?" soal Zarith Sofea.
"Nanti abang makan sendiri ya..abang penat" tolak Hayyan Harith lembut.
"Abang ada masalah ke? Abang tak nak cerita dengan sayang?" soal Zarith Sofea lagi.
"Tengoklah macam mana nanti mood abang dah elok abang cerita dengan sayang" ujar Hayyan Harith. Zarith Sofea mengangguk dan menutup pintu itu semula.
"Suami aku dah kenapa? Tak apa Sofea jangan fikir bukan-bukan, jangan gelisah sangat" ujar Zarith Sofea memujuk dirinya sendiri.
Zarith Sofea pergi ke dapur dan mencuci pinggan yang digunakan tadi. Telinganya terdengar satu suara dari belakang dan dia menoleh ke belakang.
"Sayang, abang minta maaf kalau sayang ada terasa dengan abang tadi" ucap Hayyan Harith sambil mengusap lembut kepala isterinya.
"Tak apa lah, sayang okey aje. Abang nak makan tak ni?" ujar Zarith Sofea.
"Boleh juga, abang pun tengah lapar" ujar Hayyan Harith sambil memeluk pinggang isterinya.
"Abang minta maaf fasal tadi sebab abang terlalu stress, abang serabut lagi-lagi perempuan tu abang ingat dia tak datang dah rupa-rupanya dia datang dengan alasan minta maaf lah bagai tak tahu lah apalagi helah dia. Itu yang abang penat sangat" terang Hayyan Harith sambil mengusap tangan kanan isterinya.
"Tak apa, sayang faham. Sayang tak ada terasa apa-apa pun dengan abang cuma pelik dengan gelisah ajelah tadi" luah Zarith Sofea.
"Jangan fikir bukan-bukan, tak elok untuk kesihatan dengan hubungan" ujar Hayyan Harith. Zarith Sofea hanya mengangguk.
Manja betul si Sofea ni sejak ii dh kawinn hehehehehe
YOU ARE READING
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...