Zarith Sofea bangun untuk solat subuh. Usai solat subuh dia berdoa.
"Ya Allah ampunilah dosa-dosa ku, keluarga dan saudara yang seislam denganku. Ya Allah lindungilah suamiku, berikanlah dia kesihatan, sembuhkan lah dia Ya Allah. HambaMu ini memohon kekuatan dari Mu sesungguhnya hanya diriMu tempat untuk hambaMu ini mengadu dan bergantung harapan. Jagakan dia untukku Ya Allah. Dia adalah lelaki yang aku cintai selepas diriMu, nabi dan rasul serta keluargaku. Teguhkanlah hubungan kami, Ya Allah. Kekalkanlah perasaan cintanya kepada ku walaupun HambaMu ini tahu perasaan pencipta adalah yang kekal selamanya. Berkatilah hubungan kami Ya Allah. Aamiin" doa Zarith Sofea tanpa sedar airmatanya menitis.
"Sofea rindu abang.. abang, maafkan sofea. Sofea tak sengaja. Sayang rindu setiap senyuman abang dan belaian abang" luahnya dan terbaring di sejadah. Airmatanya deras mengalir.
"Maafkan Sofea..sayang jaga abang sampai abang sedar dan balik ke rumah kita ya" ujarnya lagi dan mengesat airmatanya.
Zarith Sofea terus ke hospital untuk melawat suaminya itu.
"Abang sayang datang ni..abang rindukan sayang? Sayang rindukan abang tiap malam sayang asyik fikirkan abang aje..abang tak nak bangun ke? Sian sayang tak ada kawan nak berbual. Abang merajuk dengan sayang ya..abang bangunlah baru sayang boleh pujuk abang" ujar Zarith Sofea tapi perasaan sebak masih terasa.
"Abang masih marahkan sayang? Sayang minta maaf. Sayang rindukan abang, sayang rindu bila abang panggil sayang bidadari. Sayang teman abang sampai abang bangun tau supaya orang pertama yang abang nampak adalah isteri abang yang paling abang cinta. Abang rehat dulu okey nanti sayang datang balik" ujar Zarith Sofea bersungguh-sungguh. Dia yakin suaminya dengar apa yang dikatakan olehnya.
"Sofea dah lama sampai?" soal Puan Aleeya.
"Lama dah, sejam Sofea ada dekat sini" ujar Zarith Sofea.
"Sofea dah makan?" soal Puan Aleeya.
"Belum, mama. Fea tak ada selera" jawab Zarith Sofea.
"Ambil roti ni makan lapik perut tu. Mama masuk dalam dulu ya" ujar Puan Aleeya. Zarith Sofea hanya mengangguk dan mengambil roti tersebut.
"Sofea minta diri dulu ya.. Sofea nak beli air dekat bawah. Mama tengok-tengok kan Hayyan ya" ujar Zarith Sofea. Puan Aleeya hanya mengangguk.
"Ya Allah kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segala dugaan ini" ujar Zarith Sofea perlahan. Dia terus mengambil air terus dan bayar di kaunter.
Zarith Sofea melabuhkan punggung di kerusi itu tiba-tiba dia disapa oleh seorang makcik yang anggaran umurnya dalam lingkungan 50 ke 60 tahun.
"Assalamualaikum, makcik nak tanya kamu tunggu siapa dekat sini?" soal makcik itu.
"Waalaikumussalam, saya tengah tunggu suami saya dia kemalangan semalam" jawab Zarith Sofea.
"Kereta yang terbabas semalam ke?" soal makcik itu.
"Haah, betul lah tu" jawab Zarith Sofea.
"Oh, patutlah ni bini Harith kan? Sebab semalam hawa PA harith tu yang telefon ambulan semalam" ujar makcik itu.
"Ya Allah terima kasih banyak-banyak" ucap Zarith Sofea tersenyum manis.
"Tapi macam mana dia ada?" soal Zarith Sofea ingin tahu.
"Semalam dia memang balik lewat bukan dia aje ramai lagi lepas tu dia memang nak balik rumah alang-alang nak balik rumah tu dia saje nak pergi tempat lain lepas tu dia ternampak kereta Harith dah terbabas langgar pokok semalam" terang makcik itu.
Perasaan serba salah terjentik dihati Zarith Sofea kerana telah salah faham dengan suaminya.
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
Любовные романыMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
