"Sayang abang, dah siap?" soal Hayyan Harith.
"Dah abang, kenapa abang nak bawa keluar candle light dinner lagi ni?" soal Zarith Sofea.
"Abang bawa sayang keluar candle light dinner lagi sekali sebab abang nak rasa balik moment kita berdua waktu candle light dinner dulu" ujar Hayyan Harith.
"Eleh, ada-ada aje kan" ujar Zarith Sofea mencubit lengan suaminya.
"Sayang abang nampak cantik sangat hari ni" puji Hayyan Harith.
"Abang pun nama handsome hari ni" puji Zarith Sofea.
"Sayang, dipersilakan duduk" ujar Hayyan Harith sambil menarik kerusi tersebut.
"Terima kasih, abang" ucap Zarith Sofea. Hayyan Harith hanya senyum.
"Tempat ni cantik sangat, hiasan dia masih kelihatan cantik seperti dulu" ujar Zarith Sofea. Hayyan Harith hanya tersenyum.
"Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang, abang minta maaf jika sepanjang kita bergelar suami isteri ada buat sayang terasa hati" luah Hayyan Harith.
"Sama-sama, abang. Sayang pun nak cakap terima kasih jadi suami sayang dan bimbing sayang. Maafkan sayang sebab sayang banyak buat abang terasa hati" luah Zarith Sofea pula.
"Dah, kita makan dulu" ujar Hayyan Harith.
Mereka makan bersama dan mereka menyanyi bersama sudah semestinya lagu Rizky Febian menjadi pilihan hati mereka kerana lagu dari Rizky Febian merupakan lagu kegemaran Zarith Sofea.
"Semenjak pertama ku jumpa dengannya,
Ada rasa yang berbeda. Nyanyi Hayyan Harith dan menatap wajah isterinya.
"Kutatap wajahmu tanpa ragu-ragu,
Kumulai tersipu. Sambung Zarith Sofea dan mereka saling bertatapan.
"Oh inilah cinta pertama bagi diri ini oh,
Takkan ada yang bisa mengganti,
Semua rasa ini padamu. Nyanyi mereka bersama.
"Kumulai merasakan rasa cinta,
Cinta yang tumbuh di setiap saat,
Kulukis sebuah kisah yang nyata,
Agar semua tak berakhir.
"Kini kita bersama dan mulai semuanya,
Dan yakinkan hati kita berdua.
"Semua kisah terlukis indah,
Kau dan aku akan selalu menyatu,
Dan yakinkan hati kita berdua,
Semua kisah terlukis indah,
Kau dan aku akan selalu menyatu,
Dan yakinkan hati kita berdua. Nyanyi mereka bersama sehingga lagu itu tamat.
"Pandailah abang nyanyi" puji Zarith Sofea.
"Eleh, sayang pun apa kurangnya" balas Hayyan Harith.
"Sayang ambil hadiah ni lepas tu sayang buka lah" ujar Hayyan Harith sambil memberikan bag kertas itu.
"Terima kasih, abang" ucap Zarith Sofea.
"Ya Allah, cantiknya! Abang gelang ni mesti mahal kan?" ujar Zarith Sofea. Terharu bercampur seronok dapat gelang itu.
"Mahal tak mahal tolak belakang asalkan abang ikhlas bagi dekat sayang. Hadiah ni kita tak pandang dari harga tapi kita pandang cara setiap orang tu hargai pemberian kita. Hadiah ni juga tergantung atas kemampuan dan keikhlasan seseorang. Abang sayangkan sayang jadi apa salahnya kalau abang bagi gelang ni untuk sayang pakai juga" ujar Hayyan Harith panjang lebar.
"Terima kasih sangat-sangat sebab abang bagi gelang ni" ujar Zarith Sofea.
"Nah giliran sayang pula bagi dekat abang" ujar Zarith Sofea dan memberikannya satu kotak yang berisi kan jam tangan.
"Ya Allah, terima kasih sayang. Abang dah lama nak jam ni cuma tak sempat nak beli" ujar Hayyan Harith. Matanya tidak lepas memandang jam itu.
"Comelnya abang hargai hadiah yang sayang bagi" ujar Zarith Sofea.
"Mana ada, sayang lagi comel. Terima kasih tau, bidadari abang" ujar Hayyan Harith. Terharu sehingga tak terkata.
"Sayang ada lagi satu hadiah, hadiah ni special sangat" ujar Zarith Sofea dan memberikan kotak itu.
"Terima kasih, sayang. Lebih-lebih pula sayang bagi" ujar Hayyan Harith dan mengambil kotak hadiah tersebut.
"Ya Allah, sayang! Sayang biar betul! Alhamdulillah abang nak jadi seorang ayah dah!" Hayyan Harith terjerit kecil. Kegembiraan yang sangat bermakna untuknya.
"Sayang kena jaga pemakanan sayang dan kesihatan sayang. Sayang tak boleh buat kerja berat-berat tau" ujar Hayyan Harith.
"Abang seronok tak?" soal Zarith Sofea.
"Mestilah, suami mana aje yang tak seronok sayang" ujar Hayyan Harith.
"Sayang nak minta maaf tau sebab sayang sorokkan dari abang. Semua orang dah tahu tapi abang aje orang yang terakhir tahu" ujar Zarith Sofea.
"Abang tak kisahlah abang orang terakhir ke apa asalkan abang tak lama lagi jadi ayah.. terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah Allah tiupkan malaikat kecil dalam rahim sayang" ujar Hayyan Harith. Bersyukur.
"Jom balik, sayang bosan duduk sini lama-lama lenguh kaki" ujar Zarith Sofea. Hayyan Harith hanya mengangguk. Dia terus mencempung tubuh isterinya dan dimasukkan ke dalam kereta.
"Terima kasih, abang" ucap Zarith Sofea.
"Sama-sama kasih, sayang" balas Hayyan Harith.
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
