"Mama hari ni si najis tu nak datang" ujar Zarith Sofea.
"Ye ke? Pukul berapa?" soal Puan Aleeya.
"Pukul 9 malam ma" jawab Zarith Sofea.
"Jadi sekarang ni mama kena fikir nak bagi dia masak apa sebab baru lah mama boleh buat ujian menantu ke hantu" ujar Puan Aleeya.
"Yelah mama, Fea ikutkan aje" ujar Zarith Sofea pula.
"Mama rasa nak makan ayam masak cili api lah" ujar Puan Aleeya teringin.
"Okey, mama pergi rehat dulu nanti dah siap Fea panggil mama tau" ujar Zarith Sofea tersenyum manis.
"Terima kasih, Fea" ucap Puan Aleeya.
Zarith Sofea tengah sibuk memotong bahan-bahan masakan tiba-tiba hatinya berkata "Mimpi aku tu akan jadi kenyataan ke?" "Ish tak eloklah fikir macam tu" Zarith Sofea kembali memotong bahan masakan tersebut.
Setelah beberapa minit kemudian, ayam masak lemak cili api siap dihidangkan.
"Mama jom makan" ajak Zarith Sofea.
"Jom" ujar Puan Aleeya sepatah. Puan Aleeya bangun dari tempat duduknya dan pergi ke dapur bersama menantunya untuk makan bersama.
"Qalbi dia datang ke?" soal Zarith Sofea. Dia hanya ingin kepastian.
"Ye sayang" jawab Hayyan Harith.
"Nanti pintu qalbi yang buka tau" pesan Zarith Sofea.
"Beres sayangku. Dah lah abang nak mandi, sayang nak ikut tak?" ujar Hayyan Harith senyum nakal.
"Taknaklah segan" ujar Zarith Sofea.
"Nak segan apanya dah sebulan kita bernikah" ujar Hayyan Harith tangannya silang didada.
"Ish, qalbi cuba jadi perempuan nanti abang fahamlah kenapa sayang malu" ujar Zarith Sofea.
"Eleh, malu konon..usya abang masa abang tengah pakai baju tak malu pula" sindir Hayyan Harith. Alamak mana Hayyan Harith tahu pula ni..malunya!
"Itukan abang yang show off jadi sayang ambil lah kesempatan" ujar Zarith Sofea sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Apa-apa ajelah, bidadari. Abang nak mandi dulu jangan rindu tau" ujar Hayyan Harith dan mengernyitkan matanya.
"Ish, tak ada nak rindu-rindunya" ujar Zarith Sofea. Pipinya sudah memerah, luluh jantung dapat kenyitan mata dari sang suami.
"Assalamualaikum aunty" ujar Iris Elisa dan menekan loceng rumah tersebut.
"Ha Harith pergi buka pintu tu mama yakin tu si Iris" suruh Puan Aleeya. Tanpa banyak cakap Hayyan Harith terus membuka pintu tersebut.
"Hi you, hari ni I nampak ayu tak?" soal Iris Elisa yang memakai baju kurung serta tudung bawal.
"Ikut kau lah, rimas aku" ujar Hayyan Harith.
"Aunty tak rindu I ke?" soal Iris Elisa.
"Tak sebab aunty sekarang dah ada peneman kan, Sofea" jawab Puan Aleeya.
"Hai, I bakal jadi isteri Hayyan tau mungkin dia akan ceraikan you tak lama lagi" ujar Iris Elisa bangga.
"Hayyan mana? Hayyan Fawwaz? Hayyan Haffaz? Hayyan Farish? Hayyan Harith? Ke abah I Hayyan Eshaal? Mana satu" ujar Hayyan Haffaz sambil menjelingnya.
"Sorry, Hayyan kau tu dah jadi milik aku" ujar Zarith Sofea.
"Tak apa lah, jangan gaduh..sekarang ni Sofea dengan Iris ikut aunty sebab aunty nak buat ujian menantu" ajak Puan Aleeya.
ANDA SEDANG MEMBACA
MAHLIGAI BAHAGIA (C)
RomanceMAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith Sofea merupakan kekasih kepada adik Hayyan Harith iaitu Hayyan Fawwaz. Hayyan Harith mengantikan tempa...
