CHAPTER 2 •HARI PERTAMA BERGELAR ISTERI•

18 1 0
                                    

"Good morning, Zarith Sofea" ujar Hayyan Harith sambil membuka tirai langsir itu kemudian mengikatnya menggunakan riben.

"Good morning, Encik Hayyan" ujar Zarith Sofea sambil melipat selimut yang membaluti tubuhnya.

"Tak perlu encik-encik sangatlah I'm your husband, Sofea" ujar Hayyan Harith.

"Hurm, awak dah sarapan ke?" soal Zarith Sofea.

"Belum, sebab tunggu kau lah nanti apa pula kata ibu dengan ayah biar kita turun sama-sama at least cuci lah muka tu dulu jangan nampak sangat macam baru bangun tidur..muka kau nampak sememeh" ujar Hayyan Harith panjang lebar.

"Hurm, yelah-yelah" ujar Zarith Sofea sambil menuju ke bilik air.

"Tudung tu buka dulu jangan lupa pula malam tadi kau tidur pakai tudung" ujar Hayyan Harith.

*Zarith Sofea*

"Macam mana mamat tu boleh bangun awal sedangkan semalam tidur lewat kes bertekak nak tidur punya fasal?" Soal Zarith Sofea terpinga-pinga seorang diri. Zarith Sofea terus mencuci muka dan menggosok gigi kemudian mengikatnya rambutnya yang lurus itu.

"Semalam kemain pakai tudung bagai ini dah kenapa tak pakai tudung pula?" Soal Hayyan Harith sindir.

"Suka hati lah lagipun dah halalkan so nak segan apa nya, cuba terangkan?" Soal Zarith Sofea. "Ceh dia ingat aku takut sangat ke?" Soal Zarith Sofea di dalam hatinya.

Hayyan Harith hanya memerhatikan Zarith Sofea lalu hatinya mula berkata sambil tersengih sendiri "pakai tudung nampak manis,buka tudung nampak lawa".

"Awak kenapa tengok saya macam tu ada benda tak kena ke dengan saya?" Soal Zarith Sofea kebingungan.

"Eh, ta-tak ada la saya cuma..cuma..tak ada apa apa lah" Ujar Hayyan Harith tergagap-gagap.

"Cuma apa? Terpesona ke tengok rambut saya yang lawa ni" Ujar Zarith Sofea selamba.

"Bukan rambutnya yang lawa, tuan badannya yang lawa sebenarnya" Ujar Hayyan Harith gatal.

"Hek eleh, macam-macam ek perangai" Ujar Zarith Sofea.

"Nak makan tak, qalbi?" Soal Zarith Sofea sambil menyarung tudung sarung berwarna biru lembut.

"Panggil apa tadi? Cuba ulang macam sedap je dengar perkataan tu" Ujar Hayyan Harith mengada-ngada.

"Qalbi, saya sebut qalbi" ujar Zarith Sofea.

"Cuba ulang ayat tadi" Ujar Hayyan Harith sambil menjongketkan keningnya.

"Nak makan tak,qalbi?" Soal Zarith Sofea lembut.

"Aww, manisnya perkataan tu tambah-tambah pula disebut oleh seorang bidadari" Ujar Hayyan Harith. Zarith Sofea hanya menggeleng kepalanya kerana pasrah melayan karenah suaminya itu.

"Dah, jom turun" Ujar Hayyan Harith.

Hayyan Harith dan Zarith Sofea turun ke bawah bersama dan menuju ke ruang dapur untuk makan bersama. Zarith Sofea menolong mak mertuanya menghidangkan makanan.

"Selamat pagi, ma" Sapa Zarith Sofea.

"Selamat pagi juga, Fea" Balas Puan Aleeya.

"Fea dengan Rith okey?" Soal Puan Aleeya.

"Okey je tapi tula masalah dia..dia gatal" Ujar Zarith Sofea.

"Hahahaha, dia memang macam tu" Ujar Puan Aleeya. Zarith Sofea dan Puan Aleeya gelak tawa bersama sambil menatang dulang jag air dan beberapa gelas.

*Meja makan*

"Jom, makan!" Ujar Hayyan Haffaz selamba sambil menciduk nasi dan diletakkan ke atas pinggan nya. Hayyan Haffaz memasang video YouTube cocomelon untuk dijadikan hiburannya sewaktu makan.

"The wheels on the bus go round and round,
Round and round,
Round and round, Nyanyi Hayyan Haffaz       sumbang.

The wheels on the go round and round,
All through the town" Nyanyi Hayyan Haffaz sungguh gembira.

Semua ahli keluarga hanya memerhatikan sahaja kerenah Hayyan Haffaz dan ketawa. Nak kata bangang keluarga sendiri.

"Dah-dah jom makan" Ajak Puan Aleeya.

Selesai makan Zarith Sofea mengemas ruang makan dan dapur. Setelah itu membasuh pinggan, mangkuk dan gelas yang digunakan.

Usai sarapan pagi, Hayyan Harith dan Zarith Sofea terus menuju ke rumah mereka berdua. Rumah itu adalah rumah Hayyan Harith sendiri namun dia sudah menukar nama rumah itu keatas nama isterinya dan rumah itu sepenuhnya menjadi milik Zarith Sofea.



MAHLIGAI BAHAGIA (C)Where stories live. Discover now