- PROLOG -

634 7 0
                                    

Nama watak dalam cerita ini adalah tidak benar. Ini hanyalah rekaan semata-mata.

Muhammad Fahd & Nur Cahaya Adira pasangan suami isteri.

Siti Nur Akma - kakak kandung kepada Muhammad Fahd.

Puteri Nur Haziqah - watak utama dalam cerita ini dan dipanggil sebagai Zie. Akan menjadi bakal isteri kepada Mohammad Aqil Faiq.

Mohammad Aqil Faiq - akan menjadi bakal suami kepada Puteri Nur Haziqah.

Encik Fakhir dan Puan Malihah - ibubapa kepada Puteri Nur Haziqah.

Nurin Aqilah Jazlina - adik perempuan kepada Muhammad Akid Firdaus.

Muhammad Akid Firdaus - watak sampingan dan bekas teman lelaki kepada Puteri Nur Haziqah.

Tengku Hafiz, Irwan Zakwan, Muhammad Firdaus Iskandar dan Wan Muhammad Nu'man - kawan sejati laman media kepada Puteri Nur Haziqah.


Cerita ini diadaptasikan kisah sebenar tentang seorang perempuan yang bernama Puteri Nur Haziqah. Cantik betul nama macam tuan nya. Dia seorang yang kuat menjalani pelbagai rintangan dalam hidupnya yang sudah ditakdirkan dan sudah disusun cantik oleh Allah SWT.

Dalam kehidupannya, pelbagai dugaan dan cabaran yang menimpa dirinya sejak pemergian arwah adik lelakinya yang telah meninggal dunia sejak 2 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya dengan motorsikal.

Pada waktu itu, arwah adiknya berusia 19 tahun. Masih muda lagi. Dia berharap agar adiknya tenang di alam sana dan semoga ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman. Arwah kemalangan ketika dia sedang bekerja menghantar pesanan makanan dari beberapa orang pelanggan.

Doktor mengesahkan adikny cedera pada bahagian di mana otaknya retak. giginya pula terabur di tengah jalan 1 atau 2 ketul. Kemungkinan kepalanya terhentak kuat pada sisi kereta yang melanggar arwah itu. Polis pula mengatakan ada kesan brek di atas jalan raya itu kerana arwah tidak sempat untuk tekan brek. Selain daripada itu, cuma ada luka sedikit sahaja.

Kini keluarganya menunggu keputusan mahkamah hampir 3 tahun berturut-turut disebabkan ada seseorang yang tidak ikhlas mahupun mengkhianati keluarga mereka untuk selesaikan kes ini.

Kini keluarganya memutuskan untuk mencari peguam baharu. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mereka. Aminnn!

Selepas kehilangan adiknya, Zie pernah mengalami kehilangan lelaki yang dia sayangi dan kawan baik yang dia sayangitetapi kawan baiknya itu menikam belakang Zie disebabkan lelaki. Sebenarnya Zie tidak tahu menahu pun tentang hal ini. Dia baru sahaja tahu ketika dia sedang dilamun cinta dengan bekas teman lelakinya itu.

Mereka mempunyai aib masing-masing sehinggakan Zie tidak sangka kawan baiknya diluaran sahaja nampak baik bertudung labuh tapi sanggup gadai maruah demi seorang lelaki. Kata kawan baiknya itu, jika mereka tidak berpisah dia akan malukan lelaki itu di depan orang ramai dan ingin menyebarkan aib apa yang lelaki itu sudah lakukan.

Sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan pun. Sangat lah psychopath! Zie pula memaksa diri dan perasaannya supaya melupakan dan memaafkan perbuatan mereka kerana dia berfikir tentang maruah mak bekas teman lelakinya itu sakit dan memakai kerusi roda sehingga kini. Zie terpaksa mengorban kebahagiaan orang lain kerana ketika mereka bersama dia cukup terseksa sebenarnya. 

Orang nak bahagia pun tak senang. Ada pula perempuan tak guna itu kacau hubungan orang' haih.  Cinta tak semestinya memiliki kan?

Selepas kehilangan kawan baik dan bekas teman lelakinya, dia mengalami hinaan atau lebih sebagai ' body shaming ' dari orang yang dia tidak kenali dilaman tiktok akaun miliknya.

Sungguh dia tidak ada sedikit pun keyakinan pada diri dia untuk muncul mana mana mahupun diluar rumah. Dia merasakan diri dia terlalu banyak kekurangan.

Dia juga mengalami kesedihan yang melampau selama 4 bulan berturut-turut. Jadi dia hanya menganggap ini sebagai ujian yang Allah SWT berikan dalam hidupnya.

Jujur dia tidak mampu menanggung diluar kemampuannya. Lebih lebih lagi dia memerlukan orang yang sudah pindah alam ini. Jujur dia rindu sangat pada arwah adik lelakinya. Sakit tanggung rindu orang berbeza alam.

Dia tiada semangar untuk teruskan hidupnya. Masuk sahaja tahun baru, Zie mengenali dengan seseorang lelaki yang dia pun tidak menyangka dia akan jatuh cinta. Fitrah manusia mudah jatuh cinta berlainan jantina. Allah SWT tidak pernah memaksa hati dan perasaan hamba-Nya kerana Dia lah yang menentukan perasaan tersebut. Dia lah Maha Mengetahui.

6 bulan sahaja mereka bercinta. Mereka berpisah kerana lelaki itu menipunya dirinya banyak kali sedangkan bukti terlalu banyak dan terlalu kukuh. Lelaki itu memberi alasan perempuan itu hanyalah kawan baik nya sahaja sedangkan mereka bercinta sudahpun 3 tahun. Sungguh sakit sekali!

Ketika mereka dalam hubungan, Zie mengalami anxiety attack pada setiap hari dan dia takut untuk tidur malam mengharapkan lelaki yang dia sayangi itu berkata jujur supaya dia rasa tenang dan lena.

Namun, lelaki itu tetap tidak jujur walaupun Zie dapat merasakan perasaan itu selama ini melalui naluri hati wanita. 6 bulan kena tipu, dijadikan second choice, dan sayang hanya disebabkan nafsu siapa je tak sakit!

Jangan pernah bermain-main dengan naluri hati wanita ya! Mereka lebih percayakan naluri hati dari kata kata manis lelaki!

Lelaki itu pernah sedikit pun ambil kisah akan kesihatan Zie malah dia memarahi Zie kerana terlalu memaksa. Dia terlalu menderita. Tapi disebabkan sayang dia sanggup berkorban.

Selepas sejurus mereka berpisah, Zie membuat keputusan untuk mendekatkan diri dan mengejar cinta Allah SWT. Supaya dia dapat ketenangan dan berharap sakit mentalnya sembuh walaupun ambil masa yang lama. Zie hanyalah manusia biasa dan bukan Nabi SAW yang mampu memaafkan semua orang.

Dia tidak mampu memaafkan segala perbuatan lelaki itu. Dia terlalu benci! Nama pun dia rasa jijik untuk mendengarnya. Zie terlalu kecewa dengan sikap dan kata-kata lelaki itu. Sejak dari itu, dia membuat keputusan untuk tidak percayakan mana-mana lagi lelaki. 

Dia takut jika dia sayang dan cintakan seseorang melibatkan perempuan lagi. Dia takut dia kenal lelaki itu tidak jujur padanya. Biasalah perempuan, kalau dah sayang sanggup jadi bodoh buat apa sahaja demi orang tersayang.

Selama 5 bulan dia tutupkan hati untuk lelaki. Dia mengambil masa berbulan itu untuk menyembuhkan luka pisau yang ditusuk dengan tajam. Ranai sebenarnya yang cuba dekati dan mengenali Zie tetapi dia hanya tolak mentah-mentah sahaja kerana dia terlalu takut untuk buka hati lagi.

Dia berasa dirinya terlalu matang supaya tidak terlalu cepat sayang lelaki. Dia mula sedar yang kita sebagai manusia tidak perlu berharap kepada manusia kerana itu adalah penyakit. Jadi, berharap lah kepada Allah SWT kerana itulah ubat.

Lagipun dia sudah mati rasa pada lelaki. Pada suatu hari, Zie mengenali seorang lelaki dan dia hanya menganggap lelaki itu sebagai kawan biasa sahaja. Dia tidak sangka lelaki itu akan meluahkan perasaan pada Zie dan mengajaknya untuk berkahwin.

Pelik tapi benar, tapi inilah kenyataan!


Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now