Selepas dengar cerita Puan Malihah itu tadi, Aqil turut bersimpati atas kejadian itu. Dia mengenang nasib keluarga mereka. Apa yang mereka hadapi.
" Mesti sedih kan mak ayah sendiri terlibat dalam kemalangan? ". Bisik hati Aqil sambil termenung. Dia menahan sebak waktu itu.
Dia mengesat air mata nya cepat cepat agar Puan Malihah tidak perasan dengan tangisannya.
" Lepas tu mama, apa jadi? ". Soal Aqil ingin tahu cerita seterusnya.
" Sekarang kitaorang lawan. Tunggu surat dari mahkamah. Motor ayah pun dah siap betulkan. Motor tu ambil masa hanya 2 bulan sahaja "
" Bicara arwah pun tak lama lagi. Tahun ni dah masuk tahun ke 3 tak settle kan lagi ".
" Mama jatuh tergolek. Kawan mama cakap, kitaorang jatuh melambung. Mungkin hentakan kuat. Ayah pula jatuh dekat parit ".
Aqil tak boleh menahan sebak. Air mata nya hampir hampir jatuh. Lagi lagi fikirkan mak ayah sendiri jatuh begitu.
" Nasib lah kepala ayah tak kena bucu longkang tu. Mama sedar terus cari ayah. Dengan helmet tak buka nya "
" Ayah jatuh terus meniarap. Dekat situ pula ada air bertakung. Nasib air tu tak banjir sangat. Masa tu ayah nak bangun tak boleh "
" Ayah cuma sebut Allahuakbar 3 kali baru ayah boleh bangun. Lepas bangun tu, ayah terus panggil mama. Sweet tak? ". Menyempat lagi Puan Malihah ni.
" Lepas tu ayah merangkak pergi dekat mama. Masa tu kaki tak rasa sakit lagi. Ayah dengan kawan lain tolong buka kan helmet mama "
" Mama dengan kawan mama naik ambulans. Ayah pula naik motor pergi balai polis nak buat report. Padahal motor ayah dah hancur belah depan "
" Mama pergi hospital, doktor cakap kaki belah kanan mama tak ada apa pun yang patah. Cuma tisu dalam koyak. Luaran akan nampak bengkak "
" Ayah pula, doktor cakap buku lali ayah dah retak. Ayah tak boleh berjalan sangat. Cuma ayah je, ulang alik naik motor pergi balai. Pergi hospital. Sampai hospital doktor cakap macam tu, baru terasa sakit "
" Pastu mama dengan ayah dah okay ke? ". Soal Aqil yang dari terdiam sepi.
" Alhamdulillah dah boleh jalan dah. Kalau tak, nak solat duduk pun tak boleh. Kalau tak, pakai tongkat jelah kitaorang ni. Tak pun pakai kerusi roda "
" Doktor cakap tak boleh gerak sangat "
" Ayah mesti tak boleh duduk diam kan? ". Dia bertanyakan soalan begitu kerana dia tahu sifat ayah nya juga begitu.
" Memang pun. Kalau boleh, ayah pergi masjid bawa tongkat sekali. Ada kenduri belakang rumah pun dia tetap pergi. Event motor pun dia pergi masa tu pakai kerusi roda je ".
Aqil tergelak mendengar gelagat bapa mertuanya itu. Biasa lah orang tua rajin buat kerja. Jenis tak boleh duduk diam.
Sambil Aqil mendengar cerita itu, dia menggaul bubur tadi supaya tidak hangus. Siap saja masak bubur itu, dia menghidangkan makanan itu di atas meja.
Zie tersedar dari tidurnya. Lama betul dia tidur, dari pagi hingga lah tengah hari. Dia melihat bantal sebelah nya Aqil tiada disisinya.
Dia mula memanggil suaminya itu. Suaminya pula tidak menyahut panggilan itu. Mungkin panggilan itu terlalu perlahan.
Zie terus keluar dari bilik itu dan mencari Aqil di ruang tamu. Ruang tamu hanya ada adik kecil nya sahaja yang sedang menonton cerita kartun kegemarannya.
Aqil terdengar panggilan isterinya itu dan terus menyorok di tempat di tepi mesin basuh baju. Aqil tergelak terbahak bahak sambil menutup mulut nya agar tidak terdengar suaranya.
" Awak ".
" Aqil "
" Aqil Faiq ". Dia menggunakan nama Aqil tersebut supaya Aqil muncul di depan wajah nya. Tetapi kelibat nya pun tidak ada.
" Mana awak ni ". Kepalanya memusing kiri ke kanan mencari Aqil.
" Mama, nampak Aqil tak? "
" Mana mama tahu. Mama masak dari tadi ". Tipu Puan Malihah, sedangkan dia baru sahaja habis berborak dengan Aqil tadi.
Zie terus pergi ke tempat mesin basuh, dis mencari di situ mana tahu Aqil menyorok dekat situ.
" Ha! Jumpa pun! Ish main nyorok nyorok pula. Kena tangkap hantu baru tahu. Awak dah lah penakut! ". Dia menjeling mata ke arah Aqil.
" Hehe jangan lah cakap kuat kuat sayang. Nanti mama dengar, malu saya. Jatuh maruah lelaki tau! ". Dia terus keluar dari tempat itu dan membuat muka tak puas hati.
" Awak buat apa menyorok dekat sini? Cuba nyorok dekat 7e ke. Mana tahu orang boleh minta tolong dekat awak belikan air kotak coklat Spiderman orang? ". Dia mengetap gigi nya.
" Dah kenapa pula nak menyorok dekat situ? Nanti orang kata saya buang tebiat "
" Dahtu menyorok dekat sini tak buang tebiat ke? Dah lah jom lah orang nak makan. Orang lapar ". Dia membuat jari telunjuk nya dengan muka comel.
" Pergi lah makan. Ada bubur dekat atas meja tu "
" Ala taknak suapkan ke? Taknak tak apa lah, taknak makan ubat! "
" Ish main ugut pula sayang ni. Okay lah saya suap! Mengada nya lah isteri Aqil ni "
Aqil menarik kerusi dari meja makan itu untuk beri isterinya duduk di situ.
" Biar lah. Bukan awak suka ke orang manja? "
" Comel je mengada dengan saya "
" Eh biasa. Ini Puan Sri Haziqah "
Aqil tersedak secara tiba tiba mendengar perkataan ' Puan Sri ' itu.
" Puan Sri konon. Tapi comel. Panggil Puan Sri lah boleh? "
" Kukmung lah baby ". Dia malas mahu melayan. Sambung je karang sampai bila dia tak akan makan.
Aqil menyedok bubur itu dan letak kan dalam mangkuk. Dia menyuap bubur itu masuk ke mulut Zie.
" Aip jangan lupa baca doa makan "
Zie menadah tangan untuk membaca doa makan.
" Lepas habis makan ni terus mandi. Nanti badan panas sangat lagi teruk demam tu ". Dia sambung menyuap bubur itu lagi.
" Makan ubat tak payah lah kan? ". Dia membuat reaksi wajah yang comel.
" Ish makan jelah. Babap kang ". Ha sudah mula dah bebel dia ni.
Selesai saja yang dia lakukan semua itu tadi, dia menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
Dia menonton cerita k-drama kegemarannya yang bertajuk " Strong Girl Nam-Soon ".
Zie ini wanita yang ceria. Banyak benda dia suka dan banyak benda dia boleh buat. Cerita Anime? Cerita itu pun dia suka tengok.
Cerita kartun Boboiboy pun dia suka tengok. Comel je perangai macam budak budak. Tapi tu lah, orang sekeliling selalu panggil dia " tak matang ".
Perkataan itu menyakitkan bagi dia. Hanya diri dia sendiri yang kenal sikap nya macam mana. Matang bukan sekadar umur atau perangai.
Tapi matang itu bermaksudkan cara permikiran kita. Jika kita fikir ke depan, kita fikir apa yang betul. Itu lah maksud kematangan.
Serupa juga seperti pergaduhan. Jika kita terlebih dahulu meminta maaf kepada orang lain walaupun itu bukan salah kita. Ia di panggil matang secara berfikiran.
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.