- Bab 29 -

40 0 0
                                    

" Tentang pakaian baju kurung tu salah sendiri. Aku taknak ambil tahu. Asalkan tugas aku dah selesai. Dan yang paling penting sekali, aku dah tampal target sales korang dekat dinding dalam bilik ni. Pandai-pandai lah korang baca dan fikir macam mana nak bekerja "

" Ingat pesan aku. Sekarang aku nak keluar. Selamat tinggal cik adik manis! " Ujar lelaki berbadan sasa itu dengan melambaikan tangan tanda ucap selamat tinggal kepada kedua kembar itu

Satu persatu lelaki berbadan sasa itu menjelaskan apa yang mereka berdua perlu lakukan

Setelah selesai mendengar penjelasan daripada lelaki itu, Ilysa Irdina dan Ilysa Imani pun mengeluh berat dan menarik nafas dalam-dalam

Mereka pun menuju masuk ke dalam bilik itu. Ilysa Irdina terus duduk di atas katil manakala Ilysa Imani pula masih berdiri tegak melihat keadaan di sekeliling dalam bilik itu

" Macam seram je bilik ni, Dina Macam mana kita nak tidur dengan bilik panas macam ni "

Adik-beradik mereka hanyalah dua kembar itu sahaja dan sememang nya mereka dimanjakan dan diberikan kasih sayang yang secukupnya oleh ibu bapa mereka

" Pasal tidur tu nanti-nanti kita fikirkan. Yang kita perlu fikir sekarang ni, mana papa? Kenapa papa bagi kita bilik dan kerja macam ni? Papa dah tak sayang kita ke? Mama? Mama macam mana? Dia tahu ke kita dekat sini? " Bertalu-talu soalan yang diberikan oleh Ilysa Imani

" Tapi kan Imani, papa kerja macam ni boleh dapat income banyak ke? Patutlah papa selalu balik sini. Ada udang disebalik batu rupanya " Ibu jari dan jari telunjuk nya diletakkan di bawah dagu

Hatinya gelisah macam ada yang tidak kena. Akan tetapi dia masih cuba berfikiran positif. Semoga semuanya yang baik-baik saja pada mereka

Lalu Ilysa Irdina pun bangun dari katil itu dan terus keluar dari melihat suasana bangunan dari tingkat bawah sampai lah tingkat atas.

Tiada apa-apa yang menarik hati dan matanya pun disetiap tingkat bangunan itu. Dia pun menuruni anak tangga satu persatu dengan perlahan-lahan

Semasa dia menuruni anak tangga itu, dia teringat akan kata-kata pekerja-pekerja di sekitar situ

' Itu ke anak boss kita Encik Izzat tu? Dia cantik. Sayang nya, bapa kandung sendiri buat dia macam tu '

' Kesian nya kan hidup dia, bapa kandung sendiri jadikan anak sebagai pelacur '

Dia sakit akan kata-kata ' pelacur ' itu umpama dia tiada maruah untuk berbuat demikian

" Dah lah abaikan Dina! Ini semua dusta je! Ingat, ini semua hasutan syaitan je! " Sambil dia mengomel sambil itu dia memukul kepala nya sendiri agar bisikan-bisikan itu hilang dari fikirannya

Ketika dia hendak memasuki bilik itu, dia mendengar lagi perkataan yang sama ' pelacur ' dari mulut-mulut rakan sebiliknya

Dia menghempas pintu itu sekuat-kuat nya agar mereka tahu dia dalam keadaan emosi yang sangat marah

" Kau kenapa Dina? Tiba-tiba je hempas pintu macam tu. Nanti papa marah kita macam mana? Kita kena halau nanti, nak duduk mana? Kita dah lah sebatang kara je. Duit pun tak ada " Bebel Ilysa Imani

Selang beberapa minggu kemudian, hampir dua bulan Ilysa Imani dan Ilysa Irdina bekerja di lorong tempat terkutuk itu. Benar, mereka bekerja sebagai ' pelacur '

Pada mulanya, kembar dua itu tidak tahu pun kerja cara ini. Tapi mereka terdengar perkataan ' pelacur ' itu dari mulut pekerja-pekerja lain

Setiap kalu masuk waktu malam sahaja mereka berdua perlu mencari pelanggan supaya mereka dapat mengejar target jualan setiap hari

Terdetik di hati Ilysa Irdina ingin memakai baju kurung dan menutup aurat dengan sempurna. Dia sudah penat leka dengan dosa nya terlalu banyak dan dosa yang dia lakukan selama ini

Sungguh dia merasa malu pada yang Maha Esa. Masuk waktu malam, sedang semua lena ketiduran Ilysa Imani keluar dari bangunan itu secara senyap-senyap membawa beg bagasi besar yang berwarna hitam

Matanya melilau-lilau ke setiap sekeliling arah supaya tidak terserempak dengan pekerja-pekerja lain. Dia mahu melarikan diri secepat mungkin

" Huh...Huh...Huh... " Laju nafas jantung berdegup kencang akibat lari dengan kelajuan sederhana agar dia melepasi pagar kawasan itu. Tetapi malang, dia tidak sempat melepasi kawasan itu

" Alamak! Roda ni tercabut pula. Masa-masa macam ni lah kau nak buat hal. Aduh! " Dia menundukkan badannya untuk membetulkan roda tersebut

" Woi! Buat apa tu? Kau nak lari ke apa! " Muncul pula dua orang lelaki botak berbadan sasa lari mendekati ke arah Ilysa Imani

" Aduh! Kantoi pula! Kau lah ni roda. Buat hal lagi! Kan dah kantoi! Kau ni menyusahkan aku jelah! " Ujar Ilysa Imani sambil kakinya menyepak beg bagasi itu

Salah seorang lelaki berbadan sasa dalam kalangan dua orang itu tangannya terus memegang kedua belah lengan tangan Ilysa Imani dengan erat

Dan seorang lagi membawa beg bagasi bersama

Ilysa Imani meronta-ronta meminta dilepaskan dari lelaki tersebut

" Kau diam! Siapa suruh kau khianat bapak sendiri. Kau punya pasal lah dapat nasib malang nanti. Aku taknak tolong dah "

Lelaki itu menampar pipi Ilysa Imani sekuat-kuatnya

Tiba di suatu tempat dimana bapa Ilysa Imani, Encik Izzat membuat sesuatu kerja mahupun berehat pabila semua kerja-kerjanya diselesaikan

Sedang beliau berehat secara santai, ada pula satu masalah yang datang dalam hidupnya

" Kenapa engkau orang bawa anak aku ke sini? Dengan beg besar macam ni "

" Anak boss ni nak lari lah boss sebab tu dia bawa beg ni. Nasib baik kami sempat tangkap dia. Kalau tidak, kita yang rugi nanti " Jawab seorang lelaki berbadan sasa yang berpakaian serba hitam

" Mana kembar dia? "

" Saya pun tak tahu boss. Kami jumpa dia seorang je " Jawab lagi seorang lelaki berbadan sasa yang berkepala botak

" Kurung dia dalam bilik biasa "

Dua orang lelaki tersebut menarik tangan Ilysa Imani secara kuat ke suatu bilik rahsia yang tersorok di kawasan itu

" Papa! Apa ni! Jangan lah tarik aku, sakit lah! " Meronta-ronta kaki Ilysa Imani meminta pertolongan dari bapanya, Encik Izzat

Pintu besi tersebut telah pun dibuka dan Ilysa Imani dicampak begitu saja bersama dengan beg bagasi nya

Lelaki itu menutup pintu besi sekuatnya dan mengunci dari luar supaya Ilysa Imani tidak keluar melarikan diri lagi

Ilysa Imani hanya mampu menangis dalam hati saja, mahu lari tempat itu sudah pun tertutup rapi seperti dipenjara pula

" Macam mana aku nak solat dekat sini kalau air pun tak ada. Nak tayamum pun satu tanah pun tak ada. Argh! Pandai-pandai lah aku jerit nanti "

" Hah! Aku terlupa ada phone aku dalam beg. Nasib lah aku tergerak hati nak simpan phone dalam beg tadi "

Dia mendapat idea dimana dia perlu meminta pertolongan dari seseorang menggunakan telefon bimbit sahaja

Dia membuka skrin telefon itu lalu dia membuat silent mode supaya tidak terkantoi dari sesiapa

" Hah sudah! Line pula tak ada dalam ni. Macam mana ni? "

# maaf lambat sebab kesihatan tak mengizinkan. Hari ni pula demam. Lagi satu, kalau ada nampak satu nama bab sebelum ni, yang bukan berkaitan dengan kembar tu abaikan ya. Saya takut awak semua tak faham jalan cerita

Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now