Zie membuat keputusan untuk memutuskan hubungan antara mereka. Dia pun ada harga diri. Dia reti penat beria dekat orang yang tak hargai. Dia penat telan ayah sendiri dihina seperti tiada maruah.
Kak Akma membuat panggilan untuk memberitahu Zie tentang Akid. Dia perlu selamatkan Zie sebelum mereka berkahwin nanti.
" Hello, akak nak bagitahu sesuatu ni "
" Bagitahu apa tu kak? ". Zie pelik kenapa tak berdebar pun bila orang akan cakap macam ni.
" Akid tu sebenarnya penagih dadah. Dia jual sekali "
" Dadah tu jenis syabu ". sampuk Fahd. Adira terdiam kerana dia tidak mahu masuk campur tentang hal ini. Sedangkan dia dah tahu lama dah. Itu pun suami nya yang bagitahu dia sendiri.
" Mana akak tahu?"
" Sebab ayah dia pernah minta duit dekat kitaorang, nak jamin anak dia sebanyak 6 ribu "
" Banyak kali ke dia masuk penjara? "
" Banyak kali je. Ayah dia tu macam ada simpan apa apa je sampai sanggup buat apa je untuk anak. Dia pula kena dengar cakap anak "
" Muka terkejut je " sampuk Adira.
" Memang. Tak sangka pula dia macam tu. Ingatkan dia maki perempuan je "
" Kitaorang bagitahu ni sebab nak selamatkan kau. Macam ni kau nak buat suami? " nasihat Kak Akma.
" Kenapa tak bagitahu awal awal. Nasib dah putus oii "
" Lah dah putus ke? "
" Haaa sebab penat lah tengok ayah sendiri kena hina macam tu sekali. Rasa sedih "
" Majlis bersanding Fahd dan Adira semakin dekat. Zie nervous kerana dia tidak pernah menjadi pengapit dan tidak pernah menghiasi dirinya dengan bersolek. Tiba di kawasan perkampungan keluarga mereka tersebut, Zie terus menolong mereka apa yang patut.
Selepas itu, Adira, Kak Akma, Zie dan Nurin bersiap-siap untuk memakai inai dijari. Mereka juga mempercantikkan diri dengan bersolek kerana ingin mengambil gambar. Mana lah tahu kan boleh buat kenangan.
Siapa yang kahwin sebenarnya ni? Semua cantik cantik!
Setelah selesai memakai inai, Kak Akma mengajak Akid untuk masuk tidur kerana hari sudah lewat. Esok mereka perlu bangun awal pagi. Tetapi Akid menolak tawaran Kak Akma itu.
Tiba tiba sahaja nak mengamuk tak tentu pasal. Bayangkanlah pukul 1 pagi orang lain penat nak rehat.Zie pula malas mahu melayan. Dia hanya fikir untuk tidur dan bantal sahaja. Dia penat. Badan dia keletihan seharian dia tidak berehat. Dia tak cukup tidur.
Buat apa lah dia nak fikir pasal lelaki tak guna tu. Umur saja 24 tahun, tapi perangai macam 2 tahun. Mengamuk hanya disebabkan Zie tidak menegur dan tidak mengambil hatinya semula.
' Kenapa pula aku nak tegur dia? Aku dengan kau dah tak ada apa-apa! Aku datang sini nak jadi pengapit, bukan nak menggatal dengan jantan. Tak ada masa aku nak tegur kau. Lagi nak ambil hati kau balik?! '
Keesokan harinya, hari kebahagiaan Fahd dan Adira telah tiba! Mereka berdua memakai baju pengantin bertemakan konsep biru tua Thailand. Ish cantik pula baju ni! Bila lah aku nak kahwin!
Mereka berarak tidak lah jauh mana, hanya dalam 10 meter sahaja. Zie pula takut tergelincir dengan kasut tumit tinggi nya itu kerana dia tidak biasa memakai barang perhiasan wanita. Mereka berarak untuk pergi ke pelamin dan mengambil gambar beramai-ramai.
Rasa lapar pula tengok pengantin hari ini. Dah lah cuaca panas. Haus pula tu! Mereka pun menjamu selera. Banyak betul lauk Rasa nak makan semua je! Tapi tu lah tengah ngantuk ni hm! Tak best makan banyak banyak tapi mata ngantuk
Seusai saja mereka bersanding, Fahd dan Adira pergi ke para tetamu yang turut hadir di majlis itu dan menyalami mereka tanda berterima kasih kerana telah hadir serta mereka berborak sakan supaya tidak lah di kata sombong.
Zie pula duduk berehat ditemani oleh emak Fahd sambil menyambut tetamu. Dah lah datang bulan, tak cukup tidur pula tu! Tak yakin lah pakai makeup ni. Zie ternampak ada sekumpulan jejaka-jejaka yang baru tiba di majlis itu.
Jejaka-jejaka itu terus mengambil makanan masing-masing dan duduk sambil menikmati makanan di kenduri itu. Dalam sekumpulan lelaki itu, ada saja seorang jejaka kacak memerhati Zie sambil makan dari jauh.
" Comel pula dia ni ". Bisik hati Aqil.
Dia ingin meminta nombor wanita pilihan hatinya itu tetapi dia terlalu malu. Dia takut kena reject. Dah lah ramai orang ni. Eleh malu malu kucing pula dia ni!
Sekumpulan jejaka-jejaka tadi pun siap makan. Mereka pergi ke suatu tempat lepak seperti biasa. Biasa lah lelaki bujang kan lepak jelah manjang. Aqil tertidur di atas sofa di tempat mereka lepak.
Aqil termimpikan sesuatu tentang wanita tadi.
' Awak taknak ambil nombor saya ke? Rugi tau! Kita boleh kenal kenal hehehe '. Mesra betul suara Zie. Tapi wajahnya pula sedih. Takut lelaki itu menolak cinta sejati dia.
Aqil tersedar dari mimpinya yang begitu indah. Dia merasakan mimpi itu benar benar nyata. Dia menceritakan tentang mimpi tadi kepada kawan-kawannya.
" Weh aku mimpi dia tadi weh "
" Tulah kau tadi masa ada depan mata taknak minta. Ni dah tak ada baru nak minta "
" Bukan taknak, malu gila. Takut kena reject depan orang ramai. Tak pasal pasal malu dapat, sakit pun dapat "
" Suka hati kau lah Aqil. Asal kau bahagia " malas mahu melayan Aqil. Kan dah menyesal!
Terus saja Aqil meminta nombor Zie pada abang ipar Kak Akma kerana dia tahu jika dia minta pada Kak Akma, memang takkan dapat.
Zie terpaksa bermalam di rumah itu untuk satu hari lagi kerana ada pelbagai kekangan yang terjadi di dalam rumah itu. Jadi dia fikir dia taknak menyusahkan dan menambahkan serabut. Mula-mula tiada air, jadi mereka susah untuk bermandi-manda.
Selepas itu, duit simpanan emak Fahd pula yang berharga 1 ribu lenyap macam tu je. Mereka menyesyaki bahawa orang yang terdekat sama ada Nurin ataupun ayahnya. Kalau tak ada duit buat cara tak ada duit. Banyak betul masalah harini. Tapi mereka harus sabar ini ujian dari Allah SWT.
Zie membuka telefon bimbit Iphone miliknya kerana dia dapat pesanan dari Aqil. Dia tidak kenal nombor itu milik siapa. Tetapi dia tahu siapa yang memberi nombor nya pada lelaki itu.
" Assalammualaikum, boleh berkenalan? Nama saya Mohammad Aqil Faiq. Boleh panggil Aqil je "
" Waalaikummusalam, Aqil yang mana ye? "
" Ada tadi pakai topi "
" Oh tak perasan "
Habis mereka berborak di telefon, Zie pun makan dan masuk untuk tidur. Esok dia perlu balik, kerana Puan Maliha dan Encik Fakhir terlalu risau akan keselamatannya.
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.