" Baby! " Monyok saja muka Zie
" Haaaa dah kalah! "
" Ish orang rindu ni boleh pula gelak. Baby tak rindu ke? "
" Rindu lah sayang. Tapi kita kena keras taknak lah tegur dulu hehehehe "
Pada keesokan pagi nya, Aqil bersiap-siap untuk pergi ke kenduri adik ipar Kak Akma pula dengan kawan-kawan nya
Zie tidak mengikuti Aqil kerana ada sebab tertentu antara dia dan keluarga Kak Akma
" Saya nak siap-siap ni nak pergi kenduri. Lepas tu nak pergi rumah Fizi sekejap tunggu semua dulu baru gerak sama-sama "
Zie hanya mengangguk kepala sahaja. Aqil dengan kawan-kawan nya pun sudah sampai di tempat kejadian
" Mana bini kau? Tak ikut sekali ke? "
" Tak. Dia malas keluar " Balas Aqil dengan nada yang malas
Mereka sekumpulan pun masuk ke dalam dewan mengambil makanan dan mencari tempat duduk
Ramai pula tetamu pada hari ini yang hadir di majlis ini. Aqil dan kawan-kawan nya pun selamat menjamu selera
Aqil risau ada pula perempuan di meja ini. Takut jika isteri nya overthinking lalu dia mengambil dan membuat video memberitahu bahawa dia duduk berjauhan dari sekumpulan perempuan itu
Aqil terlalu menjaga hati dan perasaan isteri nya. Untung betul dapat suami yang baik macam ni
Habis saja menjamu selera, mereka terus bergerak ke Port Dickson pula untuk bersantai-santai di sana
Zie hanya duduk di rumah pun terlalu risau akan keselamatan suami nya. Tidak tenang di buat nya
Jari Aqil tersepit sampai berdarah pun dia ingin menangis inikan pula benda lain yang akan terjadi
Lagi menangis lah dia nanti. Zie berasa janggal pula duduk di rumah keluarga mertua ini. Sudah lah dia seorang yang introvert.
Jika tidak berborak apa-apa, nanti dikata apa pula dengan keluarga mertua. Kalau lah ada Aqil pada waktu begini, sudah pasti meriah suasan dalam rumah ini
Suara dia saja kedengaran. Rindu pula rasa nya pada Aqil. Nasib lah pada hari ini mereka berdua memang cuti bekerja
Disebabkan Zie terlalu bosan duduk di rumah, dia mendapat idea membuat sesuatu yang boleh hilangkan kebosanan nya
Dia pergi ke kedai untuk membeli buku warna seorang diri dengan berjalan kaki. Tidak jauh pun dari rumah. Mengambil masa tiga minit sahaja
Selepas dia pulang dari kedai, dia terus mewarna dalam buku tersebut. Dia mula rasa ingin jadi seperti kanak-kanak semula
Tetapi selalu nya Aqil bersama nya setiap kali dia rasa begitu. Dah alang-alang tu dia nak bermanja juga. Aqil pula tak ada, jadi dia harus buat seorang diri
Pada waktu tengah malam, Aqil pun pulang ke rumah. Badan dia kepenatan jadi dia terus masuk untuk membersihkan diri
Dia terlihat isterinya nyenyak tidur dengan berpelukan buku mewarna
" Sampai tertidur sayang ni mewarna " Dia terus mengambil buku dari pelukan Zie itu dan meletak kan di tepi nya sahaja lalu dia mencium pipi isteri nya dengan penuh kasih sayang
" Mesti sayang nak bermanja kan? Saya minta maaf ye sayang sebab tak ada dengan sayang hari ni "
Sudah masuk dua minggu Aqil berubah. Semakin lama semakin lain sikap nya. Hari-hari mereka bergaduh disebabkan hal yang sama
Aqil tak mampu nak buat apa-apa. Dia hanya tahu minta maaf sahaja. Dia tahu salah diri nya sebab luka kan hati orang yang dia cintai
" Sayang. saya rindu sayang. Nak peluk sayang "
" Orang dah buat keputusan. Taknak paksa awak dah. Awak nak buat apa buat lah. Taknak kongkong dah. Orang sedar orang bukan isteri yang baik. Awak boleh hidup tanpa orang "
" No! Tak boleh. Malam-malam saya tak boleh tidur tak ada sayang dekat sebelah "
" Awak cakap awak sayangkan hubungan kita.
Kalau sayang perbaiki lah. Kenapa minta maaf tanpa usaha? "" Saya tak tahu kenapa perangai saya macam ni. Saya minta maaf sebab perangai saya macam ni. Saya sayangkan sayang "
" Tapi awak tu. Tak bagi orang pendam. Orang dah luah, awak pula kata ajak gaduh "
" Dua puluh empat jam gaduh, saya pun koyak lah sayang. Kalau dulu saya tak kisah sangat nak gaduh hari-hari "
Mana tak gaduh nya, ni semua sebab salah faham sahaja. Zie hanya nak meluah apa dia rasa tentang Aqil
Aqil pula bagi alasan yang sama, cakap dia tak pernah berubah pun. Memang lah bagi dia, dia sayangkan isteri nya
" Orang nak cari kerja baru lepas raya ni lah baby. Tapi tak ada confident nak kerja kedai makan "
" Kedai makan dekat mana? "
" Dekat kolam tu "
" Kolam tu no no no. Babap kang banyak lelaki lah sayang "
" Susah lah nak cari yang tak ada lelaki "
" Tak kisah lah ada lelaki ke tak. Asalkan jangan terlalu ramai lelaki. Macam kolam tu semua lelaki tak ada perempuan "
" Baby jelous ke tu? Tapi tu lah orang dah berjaya menawan hati baby. Minta nombor bagai sampai termimpi "
" Sayang! Dah bye malu! " Lelaki pun nak malu ke?
" Sok sampai bilo-bilo jangan nak bogek bonar faham tak? Den tahu sayang bogek bonar siap den tibai dan malaih nak layan mo sayang " Aqil kan biasa lah suka mengugut
" Apo pula den bega? Ekau lah bega "
" Malam ni den nak keluar "
" Den dah koba! Den dah koba! Mulo-mulo yo ekau suruh kongkong bagai. Dah lamo ni main keluar yo " Balas Zie dengan nada geram
" Kongkong ko apo ko den totap keluar juga "
" Tahu tak bini Fahd masuk hospital? "
" Sebab dah ada anak " Tiba-tiba je si Aqil ni gelak tak tentu pasal
" Ekau ni kang ado yang kono ni kang. Orang tanya, dia tanya balik asal " Nak menangis rasa nya
" Den tak tahu dan den tak ambil tahu pasal dio. Sebab den maleh nak ambil tahu "
" Buek po maleh pula? "
" Apo jadah den nak ambil tahu den bukan family eh " Aqil menjeling Zie sekilas
" Tadi tengok story Instagram dia. Nak nangis rasa nya "
" Sayang yo bonak ambil tahu hal diaorang lagi walaupun diaorang dah sakitkan hati sayang "
" Yelah dah anggap macam kakak "
" Poie mati lah deh apo den nak hairan kan kalau akak ko apo ko "
" Alak ekau goram bonar. Ekau tak kono den yang kono "
" Den sakit hati lah pasal dio dah sakitkan hati isteri den "
Sudah puas bergaduh di ruang tamu, tidak lama kemudian mereka diam seketika. Penat pula bergaduh guna mulut
" Pakcik ku sayang. Saya ingin bertanyakan beberapa soalan "
" Iye makcik. Mahu tanya apa tu? "
" Bayangkan baby pergi satu pasaraya ni, apa yang baby beli? "
" Tak tahu. Sebab saya tak pernah pergi pasaraya seorang-seorang "
" Salah! "
" Kenapa? "
" Sepatutnya baby ajak orang pergi sama-sama sekali. Okay lah next "
" Baby nak keluar kedai dah, apa benda pertama yang baby akan buat? "
" Start motor keluar " Aqil mengetap kan gigi nya
" Salah! Baby balik rumah dulu ambil orang lepastu kita pergi sama-sama "
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.