" Terima kasih mak sebab terima Iqa dalam keluarga ni. Iqa risau jadi apa-apa dekat mak dan keluarga ni nanti. Kalau Iqa ada kekurangan, Iqa minta maaf awal-awal ya mak "
" Dah mak. Iqa perlu rehat. Dia tengah sakit ni. Nanti dia emosi pula " Kata Aqil
" Sekarang sayang baring je dekat sini " Aqil menepuk-nepuk bantal itu untuk menyuruh Zie tidur dan berehat
" Orang taknak tidur lah awak. Kalau paksa tidur pun tetap tak boleh juga. Biar jelah, nak duduk depan rumah sekejap boleh? Nak termenung je "
" Nak saya teman tak? Sayang tak payah cakap apa-apa pun tak apa. Saya teman je "
" Ye teman lah kalau awak nak "
Lalu mereka pun keluar dari rumah itu, mereka duduk di depan sahaja sambil melihat langit dan menikmati angin yang santai
" Bila lah orang ni nak sihat. Dah tak larat nak kawal emosi macam ni hari demi hari. Kalau awak ada masa nanti, kita pergi pantai nak? Orang teringin "
" Boleh sayang. Sayang bagitahu je nak pergi bila? Saya akan bawakan "
Zie pun terdiam. Dia menyambung termenungnya lagi.
" Kenapa sayang nak pergi pantai? Sayang suka pantai ke? "
" Suka sangat. Sebab pantai tu tenang sangat umpama dia tak ada masalah satu pun. Dengar ombak. Kalau boleh nak lepaskan semua masalah dekat pantai "
" Kita pergi esok nak? "
" Awak tak cuti ke esok? "
" Esok saya cuti lagi. Saya ambil cuti lama sikit sebab sayang demam haritu "
" Oh boleh. Kita naik motor jelah. Saya boleh hirup angin "
" Hirup angin?! Sayang ingat sup ayam ke nak hirup-hirup ni? Suka hati awak lah sayang, asalkan sayang bahagia "
Sudah masuk waktu Maghrib, Zie dan Aqil masuk ke rumah bersiap-siap untuk solat berjemaah. Selesai sahaja solat, mereka berdua menuju ke arah meja makan untuk menjamu selera
Aqil menyedokkan nasi ke dalam satu pinggan sahaja. Dia perlu menyuap isterinya kerana dia tahu isterinya itu tak akan makan pada waktu emosi dia begini.
" Bismillah, makan banyak-banyak tau sayang. Biar segar badan tu harini. Mesti sayang penat kan harini? Lepas Isyak kita tidur ya sayang? "
" Awal nya nak tidur. Tak ada rasa nak tidur lah hm "
" Mana boleh macam tu sayang. Nanti sakit tu lagi teruk kalau kita layan. Jangan risau saya dodoikan awak macam biasa "
Dengar sahaja perkataan ' dodoi ' itu Zie terus mengangguk kepala laju. Alahai manja betul isteri Aqil ni
" Tapi sebelum tidur orang nak solat sunat dulu boleh? Kakau awak taknak jemaah tak apa. Orang boleh solat sendiri "
" Baik sayang "
Selesai makan, Zie mengemas dan menyusun mangkuk-mangkuk lauk yang berada di atas meja makan itu.
Dia mengelap segala kotoran yang tertumpah. Lalu dia pergi ke dapur untuk mencari kakak iparnya.
" Kak, nak pinjam bilik boleh? Iqa nak solat sunat sekejap. Nak ambil feel hehehe "
" Boleh boleh. Solat jelah, jangan minta izin okay? "
" Terima kasih kak "
Dia pun pergi ke tandas untuk mengambil wudhuk sekali lagi. Dia was-was jika dia terkentut secara halus
Lalu dia membuat solat sunat taubat seperti biasa sebelum tidur. Dengan cara ini saja dia boleh tenangkan hati
Selesai solat sunat, dia menadah tangan untuk berdoa.
" Ya Allah yang Maha Pengampun. Aku memohon ampun dariMu. Ampunkanlah segala dosaku walau sebesar zarah "
" Aku mohon sucikanlah hatiku ini dari segala kekotoran dan dosa-dosa yang lalu. Hapuskan dosa besar dan dosa kecilku "
" Izinkanlah aku untuk membuat mereka orang di sekeliling ku bahagia. Aku ingin sembunyikan rasa sakitku "
" Kurniakanlah aku kekuatan untuk aku harungi segala cabaran. Aku tidak ingin mereka tahu tentang kesusahanku, deritaku dan kesakitanku "
" Biarlah mereka tahu aku ini sentiasa sihat walfiat. Aku tak mampu susahkan orang yang aku sayang dan orang yang aku cinta "
" Aku mohon kau jagalah dan lindungilah setiap langkah mereka dari segala kejahatan dan apa-apa yang akan terjadi kepada mereka "
" Jika pada tahun ini Engkau mahu mengambil nyawaku, berilah aku keizinan dan peluang untuk mencari amalan dan pahala "
" Aku ingin mati dalam husnul khotimah. Bimbing lah aku untuk menuju ke syurgaMu. Izinkan aku untuk mencari keberkatan dah keredhaan dariMu Ya Allah. Izinkanlah aku untuk mengejar cintaMu yang suci "
" Aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau telah memberi aku penyakit ini. Aku ingin mencari ketenangan di dalam dakapan Mu "
" Peluklah aku hingga hatiku bisa merasa tenang dan damai. Hilangkanlah tangisku sehingga aku bisa merasa sabar dan ikhlas "
" Sibuk kan lah aku dengan kebaikan agar aku bisa melupakan hal-hal dunia. Aku mohon ampun dariMu Ya Allah "
Sebut sahaja memohon keampunan, Zie menangis sepuas-sepuasnya. Kerana tangisan itu membuat dia jadi lebih tenang.
Habis saja berdoa, dia melipat telekung dan sejadah dan menyangkut di ampaian yang disediakan.
Zie keluar dari bilik itu terus mencari Aqil di merata tempat. Rupanya dia berada di depan halaman rumah. Apa lah yang dia buat
" Baaa! Hah terkejut! "
" Sayang ni "
" Awak buat apa dekat luar ni?
" Saja nak ambil angin nak tengok bintang sekali. Sayang dah habis solat ke? Nak tidur tak? "
" Awal lagi lah my love "
" Habistu nak buat apa ni? Kita masuk dalam lah, dah malam ni nanti sayang sakit "
" Okay jom. Tapi nak tengok tv lah sambil baring "
" Ye meh sini baring meh bucuk bucuk. Nak tengok cerita apa? Saya tukar "
" Biar jelah, jangan tukar nanti mak nak tengok pula "
Aqil duduk di tepi isterinya, Zie pula baring membelakangi Aqil. Sambil mereka menonton cerita, Aqil menepuk bahu isterinya dengan lembut.
Dia mendodoikan Zie dengan berzikir supaya isterinya mudah untuk tidur lena
Dia mendekati wajahnya kepada Zie untuk tengok sama ada isterinya sudah tidur ke belum
" Dah tidur dah bini aku ni "
Aqil terus mencium dahi isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Selepas itu dia menyambung tepuk bahu isterinya sehingga lah tangan dia kepenatan.
Dalam dia dodoikan isterinya, matanya sudah layu. Sudah berapa kali dia menguap, mengantuk punya pasal.
Akhir sekali, dia pun turut tertidur dan baring bsersebelahan dengan Zie. Tangan dia tetap tidak lepas menepuk bahu Zie agar isterinya tidak terjaga dari tidurnya
Keesokan paginya, Zie bangun di awal pagi kerana ingin bersiap-siap solat waktu Subuh. Walaupun dia takut emosi, dia tetap paksa diri untuk sempurnakan yang wajib
Zie rasa bersalah mengejutkan suaminya itu. Dia takut berdosa pula jika tidak mengajaknya untuk solat.
Nak taknak dia perlu kejut juga. Kalau dibiarkan saja, dia takut dia menjadi isteri yang derhaka.
Dia ingin menjadi bidadari syurga Aqil. Dia ingin taat dengan suaminya. Dan dia juga ingin menjadi isteri yang mithali.
Selesai sahaja solat berjemaah, Zie menuju ke dapur untuk mengambil penyapu sampah. Dia ingin sibukkan diri supaya sakit dia itu tidak menyerangnya lagi
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.