- Bab 9 -

52 0 0
                                    

Sampai saja di rumah Aqil, Zie segan silu mahu masuk ke rumah itu. 

" Jom lah masuk. Tak payah malu. Diaorang okay lah "

" Ni bukan masalah malu ke tak. Ni masalah takut nak jumpa ". Mana tak takut nya, dia tak ada keyakinan diri untuk menjadi bakal isteri Aqil.

" Jom lah masuk. Saya ada, jangan risau "

Mereka berdua terus masuk dengan memberi salam.

" Assalammualaikum ". Perlahan saja suara Zie memberi salam.

" Waalaikumussalam, ha sampai pun. Sini duduk. Jumpa juga akhirnya bakal isteri Aqil ni. Cantik pula tu, ayu je ". Kemain sakan kakaknya memuji. Puji ke perli ni.

" Eh mana ada kak, biasa je ni ". Tersengih sengih saja si Zie sampai lesung pipit pun keluar. Comel je!

" Cantik memang cantik kak, kuat mengada ni ". Sakat Aqil. Mesti lah nangis, nama pun sayang ish!

" Ni nama siapa? Tinggal dekat mana? Mak ayah ada lagi? Umur berapa? Kerja ke belajar? ". Allahuakbar, bertubi-tubi soalannya. Emak Aqil yang datang dari dapur terus bertanyakan soalan seperti polis.

" Nama saya Puteri Nur Haziqah "

" Panjang betul nama. Nak panggil apa ni? ". sampuk satu suara garau. Abang kedua Aqil. Aqil pula anak bongsu dari 5 adik beradik.

" Panggil Nurul jelah. Muka pun nampak ayu ". Sambung kakaknya yang kedua pula.

" Tak kisah nak panggil apa pun ". Jawab Zie sambil memberikan senyuman yang manis.

" Ni tinggal dekat mana ni? ". Soal emaknya lagi.

" Saya tinggal dekat Batu Kikir je cik ". Sopan betul Zie menjawab.

" Nurul kerja apa?"

" Saya kerja biasa je cik. Kerja dekat kawasan rumah juga "

" Umur dah berapa ni? Nampak macam muda je ni "

" Tahun ni saya dah masuk 23 tahun dah cik "

" Oh yeke, tak sambung belajar lah ni? "

" Tak, lepas saya habis SPM memang nak terus kerja. Dah tak minat nak belajar "

" Tolong mak lah ni ye? "

" Ikutkan macam tu lah "

 " Mari lah duduk sini, acik tak masak apa pun. Ada kuih dengan mi goreng je ni "

" Tak apa lah, saya okay je mana mana pun tak kisah ". Zie dari duduk atas sofa terus bangun menuju ke meja makan.

Sambil mereka sedang makan, kakaknya menanyakan satu soalan yang buat Zie malu untuk jawab.

" Dah lama ke kenal Aqil ni? "

" Baru je kak. Baru 2 bulan kenal "

" Aqil ni katanya tak sabar nak kahwin. Takut kena kebas lagi. Dia kata dah jumpa bakal menantu acik. Itu yang acik suruh datang tu bawa Nurul sekali "

Alahai Aqil ni, gatal dah ke nak kahwin sangat! 

" Macam man boleh kenal Aqil? "

" Kenal dekat kenduri je mak. Adik yang tengok dia dari jauh. Dengan muka comel nya ". Ish malunya! Kenapa lah kau bagitahu ni!

" Maaf lah, rumah acik ni tak besar mana. Rumah biasa biasa je. Takut Nurul tak selesa je "

" Eh okay je saya selesa dah ni. Tak kisah pun. Asalkan ada tempat berlindung ". Sejujurnya, Zie pernah merasa hidup susah dia masih kecil lagi. Teringat pula kisah lama bersama keluarganya. Rumah mereka duduk itu mempunyai satu bilik dan satu bilik air sahaja. 

Mak dan ayah Zie terpaksa tidur di ruang tamu demi anak-anak kesayangannya. Pada waktu itu, mereka tidak ada televisyen pun. Hidup mereka betul betul susah. 

Zie memang benar benar tidak kisah jika dia hidup susah bersama bakal suaminya. Dia sudah terbiasa. Jika dia terpaksa tidur di atas karpet yang nipis pun, dia masih boleh tidur lena. Nak buat macam mana, kadang kadang tidur atas tilam yang empuk pun boleh sakit badan ni kan pula tidur atas lantai.

Selepas rancak mereka berborak, Zie meminta diri untk balik ke rumah kerana dia terima mesej dari emaknya suruh balik cepat.

Selepas beberapa bulan kemudian, lagi berapa hari je lagi tarikh nikah mereka semakin dekat. Zie bercadang untuk bernikah di tarikh hari jadinya pada bulan Julai. Nasib baik lah keluarga dua dua belah pihak tidak cerewet.

Zie tidak sabar mahu menjadi isteri seorang lelaki bernama Mohammad Aqil Faiq. Dia tidak menyangka jodohnya hanya kenal dari kenduri perkahwinan Fahd dan Adira. Semuanya sudah tertulis oleh Allah SWT.

Aqil pula nervous kerana dia tiada keyakinan mahu beri akad takut juga lupa nama bakal isteri nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan!

Tentang keluarga Fahd dan Adira pula, Zie tidak berhubung lagi sehingga sekarang kerana mereka mempunyai salah persefahaman. Itupun sebab benda kecil sahaja mereka bergaduh. Kak Akma pula terasa mengalahkan budak tadika hanya disebabkan Zie tidak melayaninya seperti biasa.

Hati Zie sudah terluka oleh kata kata Kak Akma. Dia dihina macam mana Akid pernah buat dulu. Mana Zie tak geram, sepatutnya Kak Akma perlu faham cara bekerja Zie macam mana. Bukan nak minta izin dulu nak call. Kalau buatnya kena marah dengan boss macam mana? Nama saja sudah kahwin bertahun, tapi macam baru kahwin.

Macam lah si Zie tu tiada kerja lain dia mahu buat. Bukannya duduk saja goyang kaki. Mahu layan pelanggan lagi. Jadi Zie buat keputusan untuk tak berhubung lagi. Dia masih teringat dengan kata kata Kak Akma.

' Akak menyesal kenal kau. Kau betina yang tak reti bersyukur. Kau depression ke apa, tu masalah kau. Aku taknak ambil tahu ' 

 Dia ingat sakit mental ni boleh buat main main ke?! Dia sakit pun aku punya lah risau. Wah tak ada adab betul kata kata ni! 

Dia malas ingat lagi. Dia tak suka orang tak pernah ngaku salah sendiri dan tak pernah minta maaf. Umur saja dah 30 lebih, tapi perangai macam 3 tahun. Disebabkan itulah dia malas mahu berhubung lagi. Maklum lah orang dah menyesal kenal kita.

Zie termenung seketika pada barang hantaran yang ada pada di biliknya. 

" Boleh ke tak aku jadi isteri Aqil ni? Boleh ke aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Aku dengan sakit lagi. Kalau aku terlepas emosi dekat Aqil macam mana? Aku jadi isteri derhaka ke? Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini untuk menjadi isteri yang solehah "

Dia takut jika sakit nya mula serang dia tanpa dia sedari. Lagi lagi dengan anxiety attack, bukan senang dia nak kawal. 

Dia takut dia tak taat dengan suaminya. Lama dia termenung, sudah masuk waktu isyak. Esok hari akad nikahnya. Dia perlu menunaikan waktu solat isyak. Selepas solat, dia ingin bergelak tawa dengan keluarganya pada hari terakhir. 

Encik Fakhir membelikan makanan kegemaran Zie, char kuew teow. 


Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now