Tepat pada waktu malam, sudah tiba masa nya untuk mereka balik ke rumah masing-masing. Hari pun sudah lewat. Terlalu lama mereka healing di Port Dickson itu
Esok mereka perlu bangun awal pagi untuk bekerja. Apabila sudah sampai di rumah, Zie dan Aqil mengatur langkah masuk ke dalam rumah dengan memulakan bacaan ' Bismillah ' dan ayat Qursi
Selepas itu, mereka membersihkan diri secara bergilir-gilir. Seperti biasa, Zie menunaikan solat sunat Taubat terlebih dahulu sebelum tidur
Aqil hanya tersenyum manis tatkala melihat segala amalan ibadah yang dilakukan oleh Zie
Apabila sudah selesai, Zie melipat telekung dan sejadah serta menyangkut di ampaian yang terletak di bahagian ruang belakang berhampiran dengan ruang dapur
Zie menuju ke ruang tamu bersiap-siap untuk tidur. Badan nya mula terasa kepenatan akibat menangis dan berfikir terlalu banyak
Kesihatan mental nya semakin terjejas. Dia pula tiada masa untuk berjumpa dengan doktor. Tak ada masa atau malas mahu berjumpa dengan doktor?
Biasa lah kan Zie ni degil dan keras kepala orang nya. Puas sudah Aqil menasihati dan menyuruhnya berjumpa dengan doktor
Tetapi alasan nya tetap sama. Malas dan tiada masa. Sibuk dengan kerja kata nya. Sejak sudah berkahwin ini, asyik berkepit saja dengan suami
Macam lah Aqil tu lari. Biasa lah orang di lamun memang begini
Zie mula berbaring di atas tilam itu dan mengiring ke kanan
" Sedap nya baring! " Sambil bercakap sambil menguap. Risau masuk lalat pula nanti
Aqil yang datang dari entah mana terus muncul dan menepuk bahu Zie sehingga lah dia terkejut beruk
" Baby! "
" Terkejut lah ish! "
Aqil hanya tergelak kecil
Lalu Aqil pun berbaring bersebelahan dengan Zie sambil tangan nya menepuk bahu nya seperti biasa
Keesokan hari nya, Aqil bangun dari tidur nya bersiap-siap untuk pergi ke kerja selepas waktu Subuh
Zie pula pergi ke kerja pada pukul sepuluh pagi. Dia perlu bekerja sehingga dia mendapat gaji
Dan gaji itu dia akan digunakan untuk mencari kerja baharu nanti
Zie disuruh oleh Aqil untuk membuat laporan polis tentang bekas kekasih nya, Akid Firdaus kerana mengugut menikam keluarga nya
Akan tetapi Zie pula degil. Alasan nya esok, esok pun tak akan pernah habis
Zie telah menerima pesanan dari Akid
' Kau tak payah semak-semak lah. Kau tak suka tu kau boleh buang je. Hidup tu jangan menyusahkan orang boleh tak? Kau dengan jantan tu boleh pergi mampus '
' Jangan kacau family orang lah. Kau nak aku kacau family kau pula ke? Jangan macam pukimak sangat '
Balik sahaja dari bengkel, Aqil ternampak isterinya sedang menangis seorang diri di depan rumah
" Hah dah kenapa pula ni sayang? Kenapa nangis? "
Zie menunjuk kan pesanan mesej itu kepada Aqil lalu Aqil membaca nya turut berasa geram dan sakit hati dengan kata-kata Akid
" Saya dah cakap pergi buat report polis. Sayang kata nak buat lepas balik Thailand kan? Saya tahu sayang kena buat esok okay? Tak payah layan orang macam tu. Kenapa sayang nak mesej dia lagi? "
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.