Hari yang seperti dijanjikan oleh Aqil membawa isterinya ke pantai. Aqil pun mengajak kawan-kawannya pergi ke sana juga
Tak syok lah pergi berdua je. Demi mahu membahagiakan isteri tercinta punya pasal kerana Aqil tahu sikap kawan-kawannya itu bagaimana
Sesampai sahaja di pantai tersebut, Zie berlari seperti kanak-kanak riang kerana tidak sabar melihat pemandangan di laut dan sunset kegemarannya
" Wah tenang nya " Dia menghirup udara yang segar lalu dia termenung
" Mana bini kau Qil? " Soal Fizi, kawannya yang baru sahaja tiba di pantai tersebut
" Tu ha dia dah pergi dulu "
" Kau pergi lah teman dia, Qil. Mesti dia tengah sedih. Kau dengar je luahan hati dia. Kita sebagai lelaki diciptakan untuk memimpin wanita, bukan perosak wanita. Walaupun kita kekurangan ilmu agama, kalau boleh kita perlu sematakan wanita "
" Aku tak tahu apa yang korang tengah hadapi sekarang. Wanita ni tak selalu jadi kuat depan orang ramai "
" Akan ada masa diaorang lemah juga. Sebab tenaga kekuatan yang digunakan oleh mereka sehabis baik "
" Wanita ni lemah. Hati mereka lembut, selembut tisu. Akan ada masa diaorang menangis juga. Jadi kita sebagai lelaki, buat diaorang rasa selesa. Bukan tambahkan tangisan dan rasa sakit pada diaorang "
" Buat hati mereka dipujuk dengan kata-kata pujukan kita. Aku percaya kau boleh jadi suami dan ayah yang baik suatu hati nanti "
" Kebahagiaan Zie cuma kau seorang je. Rumah tangga kalau tak ada pergaduhan tu mustahil lah. Setiap hubungan tu akan ada pergaduhan "
" Pergaduhan ni kita boleh kenal dan belajar cara mengetahui sikap pasangan kita. Kalau boleh bawa lah berbincang elok-elok "
" Tak salah kalau dua-dua nak ego. Tapi salah seorang tu mesti jadi air. Aku rasa kau mesti faham apa aku maksudkan ni. Goodluck Qil! " Panjang berjela Hafizi memberikan nasihat itu tadi
Aqil terdiam akan kata-kata yang Hafizi berikan tadi. Benar apa yang dikatakan. Hanya dia sahaja yang tahu kesakitan dan kesedihan yang isterinya lalui
Dia sudah pun mencuba untuk sentiasa ada disisi isterinya. Tetapi disebabkan mereka baru sahaja berkahwin, jadi mereka perlu belajar lebih dalam tentang agama dan alam perkahwinan ini
Habis saja mendengar nasihat itu, Aqil melangkah ke tepi laut dan berdiri bersebelahan dengan Zie
"Sayang fikir apa tu? Jauh termenung "
Zie menggosok pada bahagian dada nya kerana terkejut
" Tak fikir apa pun. Cuma nak lepaskan stress je dekat sini. Lepaskan stress dekat laut tu sunnah Nabi tau "
" Kalau dengan cara tu sayang nak lepaskan stress bagitahu saya ya. Jangan diam je. Saya boleh bawakan sayang dekat sini "
" In sha Allah Aqil. Tapi taknak lah selalu. Taknak menyusahkan sesiapa "
" Mana ada menyusahkan pun. Untuk bini saya, sanggup tau buat apa sahaja "
" Baby " Panggil Zie dengan suara mendatar sambil menikmati angin di pantai tersebut
" Haah "
" Jangan tinggalkan orang tau "
" Ye sayang. Saya janji tak akan tinggalkan sayang "
" Terima kasih sebab selalu ada dengan orang. Terima kasih sebab terima kekurangan orang yang ada sakit mental ni. Jujur, kebahagiaan orang hanya ada pada awak je Aqil. Orang nak minta maaf sebab selalu menyusahkan awak, baby. Nanti saya dah pergi jauh, tak ada lagi perempuan yang susahkan awak dah "
" Kenapa sayang cakap macam tu pula? Jangan merepek lah. Jom lah, diaorang nak gerak tu nak cari kedai makan " Aqil sengaja mahu menukar topik agar isterinya itu tidak bercakap yang bukan-bukan
Setelah berlamaan mereka membuat drama korea di situ, mereka pun bergerak ke tempat tiba tadi. Zie rasa bersalah pula susahkan kawan-kawan Aqil demi menemani nya ke sini
Sedangkan hanya untuk menenangkan diri sahaja. Tapi tak apa lah, sekali sekala je. Lepasni dia berniat untuk pergi berseorangan sahaja jika dia mempunyai lesen kereta kemudian hari
" Terima kasih weh sanggup datang sini dengan panas terik ni teman aku release tension. Rasa bersalah pula "
" Rilek lah Zie. Suami kau kawan kitaorang. Kau pun kawan kitaorang. Kalau Aqil ada masalah, kitaorang boleh tolong. Macam tu juga dengan kau. Ada masalah kitaorang boleh tolong apa yang mampu " Ucap Hafizi yang sedang duduk santai di atas motornya
" Betul weh! Setakat pergi pantai ni apa lah sangat. Jangan risau lah. Anggap je kitaorang ni macam family kau " Sambung pula si Hazeeq Iman
" Hm yelah. Nanti aku dah dapat kerja baru, aku belanja korang makan eh "
" Boleh! Boleh sangat Zie! " Teruja pula si Hazeeq ini apabila orang mahu belanja makan. Apa salahnya, bukan selalu dapat makan free
" Jom lah kita gerak "
Sekumpulan itu pun bergerak mencari kedai makan yang berdekatan. Hari ni terlalu ramai ya yang berada di setiap kedai makan
Mungkin mereka bercuti bersama keluarga. Mereka sudah pun di suatu kedai makan. Mereka terus turun dari motor lalu melangkah kan kaki masuk ke kedai makan tersebut dan mencari tempat duduk
Sungguh ramai pada hari ini ya. Pelayan itu terus mendekati ke meja apabila ke semua nya sudah mengambil tempat duduk masing-masing lalu pelayan itu pun mengambil pesanan daripada mereka
" Ya bang, nak order apa? "
" Saya nak teh ' o ' ais. Milo ais satu. Lepastu makan saya nak mee udang dengan kuetiau udang " Ujar Zie dan menghadiahkan senyuman yang manis kepada pelayan itu
" Saya pun nak milo ais,makan kuetiau basah " Sampuk satu suara yang kuat di kejauhan dari pelayan tersebut
" Saya nak air sirap limau, makan mee goreng udang mamak special "
" Bukan main lagi kau Hazeeq. Dah mamak nak special ada udang pula tu "
Apabial sudah selesai membuat pesanan, masing-masing mengambil telefon bimbit untuk scroll aplikasi Tiktok sementara menunggu makanan dan minuman sampai
" Baby " Zie menoleh ke sebelah kiri gegendang telinga Aqil untuk berbisik
Aqil mengangguk kepala sahaja
" Orang nak cari kerja baru lah. Tapi orang naik bas tau. Baby kerja je jangan ambil cuti pula. Siap baby kalau ambil cuti! " Awal-awal dia dah bagi amaran
" Iya sayang. Nak cari dekat mana? "
" Tak tahu lagi "
Aqil mengangguk sekali lagi tanda dia bersetuju
" Doakan orang dapat kerja baru okay? "
" In sha Allah Aminn sayang. Semoga dipermudahkan segala urusan! "
" Goodboy lah baby ni. Terima kasih sebab support orang. Sayang baby! "
Macam nak bodek sesuatu saja si Zie ni. Aqil hanya menggeleng kepala sahaj melihat kerenah isteri nya
" Ish awak tak sayang lah tu " Dia terus menyilangkan tangan dan memuncungkan bibir
" Hahaha Ya Allah sayang. Saya sayang awak juga " Aqil tergelak kecil. Comel je manja
Zie pun membuka reaksi wajah tidak berpuas hati. Aqil pula mencubit pipi gebu isteri nya itu
" Aduh! Sakit lah! " Dia mengusapkan pipi yang berona merah itu
" Nikmat betul cubit pipi isteri ni " Semakin kuat suara nya semakin tak mahu lepas lah si Aqil Faiq ni
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.