" Saya ajak sayang karang, sayang taknak keluar lah apa lah "
" Okay lah next next. Baby naik motor ni, tiba-tiba ada perempuan cantik ketuk helmet baby. Apa baby buat? "
" Saya buat bodoh jelah. Saya faham siapa cantik tu " Aqil tersengih-sengih
" Siapa? Dah takut lepastu sebut. Perempuan cantik tu orang lah ish! Nak cakap orang tak cantik lah ni? Kit heart "
" Sayang cantik lah. Kalau tak cantik tak ada minat dekat sayang "
Dah bergaduh manja, gaduh besar pula. Aqil seperti biasa berubah menjadi orang yang Zie tidak kenali
" Saya jujur dengan sayang lah eh, semalam bila saya tatap muka cantik sayang ni. Saya punya sakit hati apa semua hilang sebab tengok muka sayang. Dan kasih sayang saya tak pernah pudar. Cuma perangai saya je pelik. Tak pernah layan sayang elok-elok "
" Sakit hati kenapa? "
" Sakit hati lah sayang marah saya apa semua "
" Ni Kak Akma tanya. Datang dataran tak? "
" Tak kot. Tak ada modal lah nak sponsor barang "
" Tak payah. Dah beli barang dah pun. Baby datang je "
" In sha allah cinta kalau tak ada apa-apa halangan saya sampai okay cinta? "
Pada pukul tiga petang, Kak Akma pun sampai di hadapan rumah Aqil untuk mengambil Zie membeli barang-barang
Mereka pergi Mr Diy terlebih dahulu untuk mencari barang hari jadi dan makanan-makanan ringan sempena hari jadi Adira
Sesudah membeli barang tersebut, mereka bergerak ke tempat lain pula untuk mencari air. Panas-panas begini tak ada air tekak kering
Selepas itu baru lah mereka pergi ke dataran dan membuat persiapan mempercantik kan di satu pondok yang terdekat di kawasan perumahan emak Kak Akma
Selama tiga puluh minit menunggu Adira dan Fahd bersiap-siap datang ke pondok dataran. Sudah lah panas begini nasib lah ada angin sedikit
Zie pula sempat menyorok di suatu pokok besar. Rupa-rupanya Fahd dan Adira lalu menggunakan laluan lain supaya tidak terkantoi
Zie membuka lagu hari jadi sebelah tangan nya pula merekodkan video membuat kejutan pada Adira dan mata Adira telah ditutup oleh Fahd sejak dari rumah lagi dengan berbaju dress
Zie dan Kak Akma menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengan kuat
" Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Adira. Happy birthday to you. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Cahaya Adira. Allah selamatkan kamu "
Mereka menepuk tangan serentak. Selepas itu, mereka duduk untuk menikmati suasana yang tenang itu sambil makan makanan yang dibeli tadi
Kak Akma memberikan hadiah kepada Adira diikuti dengan Zie juga. Kak Akma beri sehelai baju. Zie pula beri minyak wangi sahaja
Selepas habis meraikan hari jadi Adira, mereka pun naik kereta menuju ke pasar malam yang berdekatan di kawasan itu
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Acak# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.