Setelah 3 hari Zie demam panas berturut turut, Aqil membuat keputusan untuk tidur dirumah keluarganya pula.
Baru je kahwin dah demam ye! Nasib lah 3 hari je bini aku demam. Kalau seminggu, mana maunya aku nak cuti seminggu ni. Dah tentu tanpa gaji.
Aqil dan Zie mengemas baju dan meletak kan baju baju itu ke dalam beg bagasi. Selepas itu, mereka terus bersiap siap untuk ke rumah keluarga Aqil pula.
" Kakak pergi dulu. Mama jangan nakal nakal hehe ". Dia mencubit pipi Puan Malihah sambil tersengih.
" Kau tu ha jangan nakal. Mama pula. Jadi isteri yang baik ye kakak. Jaga makan pakai laki kau tu. Jangan mengada sangat ". Bebel Puan Malihah.
Dia terus mengangkat beg bagasi itu masuk ke dalam kereta tempat duduk penumpang di belakang. Aqil meminjam kereta Puan Malihah terlebih dahulu kerana ada banyak barang yang dia perlu bawa.
Jika dia bawa ke semua barang itu menaiki motor, habis lah nanti. Silap hari bulan, tayar tu pancit.
" Lah sayang, baru masuk kereta dah mengantuk ke? ". Aqil melihat wajah Zie yang dari tadi menguap.
" Tak cukup tidur lah. Malam tadi tersedar. Pastu tidur tak sampai 5 minit dah bangun. Apa pasal entah badan ni ".
" Lah pastu ada selera nak makan tak? "
" Tak ada. Dah makan pastu loya, tapi tak muntah pun. Sekarang ni rasa nak termenung je. Tak tahu kenapa "
" Sakit sayang nak attack lah tu. Kalau benda tu datang, bagitahu saya ye sayang. Jangan pendam pula "
Zie diam membisu. Dia takut nak bercakap apa apa. Takut emosi nya datang tiba tiba. Dia juga takut dia termarah pada Aqil nanti jadi lebih baik dia diam buat sementara waktu.
Perasaannya sekarang ingin jauhkan diri dari semua orang agar semua tidak sakit dengan kata katanya nanti. Tapi disebabkan dia dah kahwin, dia kena ikut cakap suami.
Sesampai di rumah keluarga Aqil, Zie dan Aqil mengangkat barang bersama sama dan terus masuk ke rumah itu.
" Dah sampai pun menantu mak ni. Lepasni kalau nak apa apa ambil je. Jangan malu malu. Nak masak apa apa, masak je. Pandai masak tak? "
Zie menggeleng kepala tanda dia tak pandai masak. Dia hanya pandai sikit sikit saja.
" Oh tak apa, mak boleh ajarkan. Belajar perlahan lahan. Tapi Iqa dengan Aqil tidur dekat ruang tamu ni boleh? Tak apa ke? Sebab Aqil ni memang tak ada bilik sendiri "
" Tak apa mak, okay je. Lagipun bilik tu kakak guna kan? "
" Kalau macam tu, Iqa letak je barang tu dekat bilik yang ni ". Beliau menunding jari telunjuk ke arah bilik kakak sulung Aqil.
Lalu Zie pun meletak kan ke semua barang barang di bilik itu. Dia ingin keluar tapi takut jika mak martuanya kata apa pula.
" Awak, petang nanti kita ronda ronda nak? Naik motor awak. Orang nak healing "
Dia membisik ke telinga Aqil supaya mak mertuanya tidak dengar perbualan mereka. Aqil pun mengangguk kepala tanda dia setuju dengan cadangan itu.
" Tapi sayang nak ronda mana? Sini tak ada apa sangat yang boleh buat sayang tenang "
" Tak apa, ronda je mana mana. Kalau nak tengok sawah tu, jauh sangat. Nanti kita balik malam, lalu tempat gelap. Risau pula "
" Hm yelah. Kalau tak ada apa apa harini, kita
pergi ye sayang "Aqil mengusap kepala Zie.
Pada petang itu, Zie mengejut Aqil yang dari tadi tidur, mungkin dia kepenatan menjaga isterinya siang hingga malam.
" Awak, bangun lah. Awak dah janji kan nak bawa ronda ronda? "
Dia menggoyangkan badan Aqil, lalu dia menarik telinga Aqil agar dia tersedar dari tidurnya.
Susah betul ye si Aqil ni kalau dah tidur mati. Biasa lah anak bongsu kan. Susah sikit nak kejut. Kiamat pun tak sedar lagi haih.
" Awak nak orang cium ke baru bangun ni? "
Aqil terus buka mata dan terus bangun. Terbeliak matanya mendengar ayat itu. Sakit jantung woi! Malu lah nak buat depan mak ni.
" Ha tahu takut. Jom lah. Orang rasa nak nangis ni. Tak tahan dah ". Dia menarik tangan Aqil untuk bangun dari duduknya.
" Lah kenapa nak nangis ni? Siapa buat sayang? "
" Ish jom lah! "
" Kejap, nak bagitahu mak dulu. Nanti mak risau "
Zie terus keluar dari rumah itu untuk mengalirkan air mata nya dari tadi dia menahan sebak. Aqil pula pergi ke dapur untum memberitahu emaknya yang mereka mahu keluar berjalan jalan.
Dah macam drama tv3 pula baru kahwin, kena ronda kampung. Tapi ni bukan nak tengok pemandangan.
Aqil bergegas keluar dari rumah itu, lalu dia melihat wajahnya isterinya yang membasahi air mata.
" Aduh sayang kenapa ni? Saya buat salah ke sampai awak nangis ni? "
" Jom lah, nanti orang cerita ". Tersekat sekat suara si Zie.
Aqil pun start enjin motornya lalu dia bertolak meronda ronda dan mencari tempat untuk mereka meluahkan perasaan.
Dia tahu di mana tempat dia perlu pergi. Tempatnya di dataran. Dia tak mampu lagi nak bawa isterinya ke pantai.
Sesampai di dataran, Aqil menarik tangan Zie untuk duduk di suatu pondok yang berdekatan.
" Okay sayang. Duduk sini. Sini ada angin sedap sikit nak tenang. Sekarang kenapa awak tiba tiba nangis? Sakit awak datang ke? ".
Dia menatap mata hazel coklat Zie yang penuh kerisauan.
" Ye "
" Dah berapa lama dia datang? "
" Dari kita sampai rumah mak tadi dia datang "
" Lah, kenapa sayang tak bagitahu saya? Kan saya dah cakap jangan pendam. Pastu malam tadi kenapa awak tak kejut saya? Dah tahu kan awak tak boleh tidur malam "
" Taknak kacau awak tidur "
" Mana ada kacau sayang oi! Kejut jelah. Saya boleh teman awak seharian. Apa apa kena bagitahu. Tak kan sayang nak pendam sorang sorang pula hish! "
" Dah sayang jangan nangis. Ke tak puas lagi nak nangis? Kalau tak puas, sayang nangis lah dulu. Biar saya teman "
Air mata Zie semakin mengering kerana dia sudahpun banyak menangis di atas motor tadi sementara mereka dalam perjalanan.
Aqil tahu saja isterinya menangis tadi, disebabkan itulah dia mahu cepat cepat sampai supaya dia boleh mendengar tangisan isterinya itu.
" Okay sekarang sayang tarik nafas dalam dalam lepastu jangan lepas "
" Ish kalau tak lepas mati lah orang ni ". Berkerut dahi Zie apabila mendengat ayat itu.
" Gurau je sayang. Macam tak tahu saya ni suka sakat awak hehe jangan marah. Nanti cepat tua "
" Sayang taknak cerita apa apa? "
" Nak cerita apa? "
" Apa apa je "
" Tak ada apa pun, cuma penat. Penat hadap sakit ni. Tapi nak buat macam mana, Allah yang bagi. Kena redha, kuat tak kuat tu entah lah tengok keadaan. Kadang rasa dah penat nak teruskan hidup. Rasa nak mati je. Kalau mati tak fikir dah, nak hadap sakit ni lagi. Tapi bila bangun esok pagi, oh aku masih hidup. Aku kena hadap lagi benda sama "
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.