" Korang kerja apa sebenarnya dekat sini? Kaya betul. Korang memang membesar dekat sini ke? " Bertalu-talu soalan yang diberikan oleh Ilysa Irdina
" Sebenarnya kitaorang ajak datang sini sebab nak bagitahu, kitaorang pun sambung belajar dekat sini. Dah lama dah sebenarnya. Hampir lima tahun juga lah " Ucap Syed Emran
Padahal mereka mempunyai pelbagai rancangan telah dibuat oleh kembar empat itu Syed Eiman, Syed Emran, Bareeq Ridzuan, dan Thareeq Reedzhan
Pada mulanya mereka tak mahu melakukan perancangan yang tidak masuk akal ini. Tetapi mereka dipaksa oleh seseorang. Jadi mereka hanya menjadi orang suruhan sahaja
Jika mereka tidak melakukan perancangan yang telah dibuat oleh lelaki misteri ini, nyawa mereka tergadai. Tambahan lagi, mereka memikirkan maruah kekasih hati mereka Ilysa Imani dan juga Ilysa Irdina dan juga nyawa keluarga kembar empat itu
" Oh yeke! Bagus lah tu, kitaorang nak pergi mana-mana bagitahu korang jelah ye! Takut sesat pula dekat sini hehehe " Ilysa Imani mula bersuara terlompat-lompat badannya sambil bertepuk-tepuk tangan dengan perasaan teruja
" Kau tak pernah pergi luar negara ke? " Soal Bareeq yang lagi tadi diam memerhati gelagat dua kembar itu
" Ha ini pertama kali kitaorang pergi ke luar negara. Sebab tulah kitaorang happy kalau ada orang Malaysia dekat sini, lagi-lagi orang yang kitaorang kenal " Jawab Ilysa Irdina selaku kakak dua kembar itu
Hari demi hari berlalu, Thareeq dan Bareeq mengajak kedua kembar itu pergi ke suatu tempat yang terlalu ramai orang pelik-pelik secara senyap-senyap tanpa Syed Eiman dan Syed Emran tahu pada waktu tengah malam
" Kau bawa kitaorang datang tempat apa ni? " Ujar Ilysa Imani dengan wajah hairan
" Aku nak bawa korang jumpa seseorang " Jawab pula Bareeq
" Siapa? " Sampuk Ilysa Irdina
" Nanti korang akan kenal "
Mereka masuk ke tempat itu bersama-sama. Bareeq dan Thareeq berjalan laju tidak sabar mahu berjumpa dengan seseorang yang dikatakan olehnya tadi itu
Apabila mereka tiba di tempat itu, Ilysa Imani dan Ilysa Irdina turut terkejut apabila seseorang yang mereka perlu berjumpa itu adalah bapa kandung mereka sendiri
" Eh? Papa? " Jerit mereka serentak
" Apa papa buat dekat sini? " Sapa Ilysa Imani
" Surprise! Papa lah lelaki misteri itu. Papa jemput kamu jumpa papa atas sebab nak kamu berdua bekerja dengan papa " Ujar Encik Izzat
" Kerja? Dengan papa? Tempat macam ni? Kerja apa tempat macam ni? " Sampuk Ilysa Irdina pula
" Nanti papa tunjuk kan tempat untuk kamu berdua. Janji pandai layan pelanggan je. Kamu kena layan apa yang mereka nak. Kamu pandai melayan, papa akan bagi ganjaran banyak "
Kembar dua itu mengangguk faham. Sejujurnya mereka keliru pekerjaan apa yang mereka perlu lakukan
Pada keesokan harinya, mereka mula bekerja seperti yang ditetapkan oleh Encik Izzat. Kembar dua itu pun pelik, mengapa mereka perlu berpakaian seksi seperti tiada maruah sebagai seorang wanita
Mereka menuju ke satu bangunan dengan laluan yang sempit malahan terlalu ramai orang yang pelik-pelik atau lebih dikenali lagi ' pondan ' atau lelaki berpakaian seperti perempuan yang ditunjukkan oleh seorang lelaki berkepala botak dan berbadan sasa
" Dik, seratus sejam. Sini lah. Bilik ni masih kosong lagi " Tegur salah seorang lelaki lembut itu
' Apa mahal sangat sejam seratus? ' Bisik hati Ilysa Irdina tatkala membuat wajah tidak berpuas hati
" Cantik betul adik ni. Adik taknak masuk sini? " Tegur lagi lelaki lembut yang lain
" Pelik. Kenapa tak ada pun perempuan dekat sini? Semua macam err " Ucap Ilysa Irdina selamba
Lelaki berbadan sasa itupun tiba-tiba saja berhenti didepan bilik kosong yang telah disediakan oleh bapa kandung mereka, Encik Izzat Ziqri
" Ini bilik untuk kitaorang ke bang? " Soal Ilysa Imani tanpa menunjuk sebarang reaksi
Lelaki berbadan sasa itu mengangguk kepala sahaja tanda dia menjawab persoalan itu
" Ingatkan kitaorang sebagai anak ni dapat lah bilik besar macam dekat istana ke. Rupanya tidak. Ruang sempit macam ni macam mana nak tidur? Tandas untuk mandi ada? Tunjukkan dekat kitaorang boleh tak abang yang kacak? " Sambung lagi Ilysa Imani lalu membuat muka kegelian
' Kacak konon. Botak ada lah ' Bisik hatinya dan jari nya membuat gaya seperti logo Nike di bawah dagunya
" Ada. Jom ikut abang " Arah lelaki berbadan sasa itu membuat gaya jari telunjuk ke depan
Ilysa Imani pun menolak pintu tandas tersebut secara kuat sehingga kan pintu itu terhentak kuat pada dinding
" Semat! Macam pembuli dah kau ni Imani. Kuat betul kau tolak pintu tu " Terbeliak mata Ilysa Irdina apabila kembarnya berkelakuan seperti itu
" Hahahahaha aku tertolak kuat sebenarnya. Tapi kan, kenapa tandas mandi ni sekali dengan tandas buang air? " Tiba-tiba saja ia terdetik memikirkan soalan sebegitu
" Dekat rumah kita kan memang macam tu. Apa yang nak dipeliknya? " Jawab Ilysa Irdina dengan wajah yang penuh dengan kekeliruan
" Memang lah sebab kawasan perumahan kita luas. Sekarang ni, tandas ni terlalu kecil macam tandas kampung. Macam mana kita nak mandi dengan tenang? Lagipun, kau tengok lah depan bilik masing-masing. Tandas untuk berlainan jantina pun tak ada tau! Tak akan lah kita berkongsi. Tak ada selera aku. Aku sanggup tak mandi kalau suasana macam ni " Rungut Ilysa Imani dengan wajah tidak berpuas hati
Memang betul apa yang dikatakan oleh Ilysa Imani itu tadi. Dia mahu membuang air lama-lama ditandas itu pun tidak sempat apatah lagi mandi berlama-lamaan
Silap hari bulan mereka perlu mandi sehari sekali sahaja hanya disebabkan terlalu ramai. Disetiap tingkat itu, hanya ada satu bilik mempunyai dua orang
Bilik pula mempunyai sepuluh sahaja. Tandas pula hanya ada satu sahaja. Disebabkan itu lah Ilysa Imani membebel berpanjangan tadi
Ilysa Irdina tergelak kecil apabila ditunjukkan oleh kembar nya itu ke ruangan hadapan bilik masing-masing
" Tapi kitaorang nak kerja sebagai apa dekat sini bang? Dengan pakaian seksi macam ni, kitaorang kurang faham " Soal Ilysa Irdina pula kepada lelaki berbadan sasa dan berkepala botak itu
" Korang cuma perlu melayan pelanggan yang baik dan dengan penuh lemah lembut. Dan korang cuma mencapaikan target sales lebih daripada yang ditetapkan selama seminggu " Jawab lelaki berbadan sasa itu dengan nada yang lembut
" Kalau tak boleh capai macam mana? Dan harga tu kami perlu minta berapa? " Kedua-dua kembar ini tetap tidak faham dengan penjelasan yang diberikan oleh lelaki itu malah dalam situasi pekerjaan begini. Kerana ini kali pertama mereka bekerja
" Kenapa kitaorang perlu berpakaian seksi macam ni? Kitaorang ada baju kurung je sebab kitaorang sambung belajar dekat kawasan sini" Sambung pula soal Ilysa Imani
" Syarat pertama bekerja dekat sini mestilah berpakaian yang macam korang pakai sekarang ni untuk menarik perhatian pelanggan supaya mereka boleh datang berulang ke sini berulang kali "
" Syarat kedua pula, harga tu korang boleh minta secara bebas. Asalkan korang boleh capai target dalam masa seminggu ini. Tak dapat capai, korang perlu berpindah ditempat yang lagi teruk dari sekarang "
Terbuntang mata kedua-dua kembar itu apabila mendengar tentang pencapaian target sales ini. Agak sukar bagi mereka tambahan lagi mereka masih blur
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.