Tangannya yang memegang telefon bimbit milik nya itu mengangkat ke atas sedikit supaya internet itu lebih laju
Ini bukan lebih laju, ini lebih perlahan malah internet nya dituliskan " no service " dalam skrin telefon itu
" Aku bosan lah! Berapa lama lagi aku kena duduk sini?! Kenapa papa buat aku macam ni? Sanggup kan papa? Papa tak sayang aku ke? "
Dia bersandar pada dinding dan matanya meratapi ke tingkap di bahagian paling tinggi
" Haih. Tingkap tu pun tinggi sangat. Nak panjat pun tak ada guna. Hanya matahari yang menyinari hidup aku supaya aku boleh teruskan hidup "
" Tapi aku tak ada semangat nak hidup kalau kena kurung macam ni setiap hari. Aku tak sangka ada bapak kandung yang kejam macam ni "
Dia melihat jam di telefon bimbit yang di pegang pada tangannya menunjukkan sudah pukul dua petang
Dia ingin mengambil wudhuk tapi tidak tahu bagaimana dan dia pun bangun lalu membuka tingkap kecil pada bahagian pintu besi dan menjerit sekuat hati
" Tolong! Ada sesiapa tak?! "
" Lama lama macam ni, kering tekak aku woi! "
" Aaaaaaaaaaaaa! "
" Hah puas pun jerit "
Lelaki berbadan sasa berkepala botak itu pun cepat cepat lari mendekati Ilysa Imani untuk melihat apa yang telah terjadi
" Kau nak apa ni jerit jerit? " Kata lelaki itu
" Abang yang handsome. Nak minta tolong boleh? " Dia mengetap bibir apabila menanyakan soalan sebegitu dengan penuh ketakutan. Takut diamarahi lagi
" Tolong apa " Jawab lelaki berbadan sasa itu dengan hairan. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja memuji. Nak bodek lah tu
" Tolong isikan air paip dalam botol boleh? " Dia meminta pertolongan dengan wajah tidak bersalah
" Kalau boleh, air yang bersih tau. Terima kasih abang handsome! " sambung nya lagi
Lelaki berbadan sasa berkepala botak itupun menuju ke tandas dengan pantas. Dia bukan sahaja membuat senyuman sinis malah dia mempunyai niat yang kurang baik
Lelaki itu kembali ke bilik rahsia semula dimana Ilysa Imani dikurung oleh bapanya. Tangan nya menghulurkan botol besar yang berisi air berwarna hijau lembut seperti air tebu
Ilysa Imani pun mengambil botol itu dan membuka penutup botol. Setelah dia membuka, bau air itu tersangat lah busuk. Bau nya seperti air longkang mahupun air loji
" Dah tak ada apa-apa dah kan? Aku pergi dulu " Ujar lelaki itu pamit pergi
" Sampai hati abang khianat saya. Saya dah minta tolong lembut je. Air apa yang abang bagi dekat saya ni? Kenapa busuk sangat? Saya nak abang tukar air yang bersih "
" Air tu air longkang. Aku ambil air longkang pun sebab aku ingatkan kau nak mandi dalam ni. Aku saja nak kenakan kau "
" Kau ni banyak songeh lah budak. Guna jelah air yang tu. Aku ada banyak kerja nak kena buat ni " Tegas lelaki itu. Rimas dibuat nya pelbagai alasan yang diberi oleh gadis remaja itu
" Abang ni Islam kan? "
" Ya, aku Islam. Kenapa? Nampak macam bukan Isam ke? "
" Kalau abang Islam, mesti abang pernah belajar cara nak ambil wudhuk"
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.