- Bab 10 -

57 0 0
                                    

Sewaktu di meja makan, Zie berborak dengan keluarganya.

" Terima kasih ayah! ". Jarang dia nak berterima kasih pada Encik Fakhir ni.

" Nanti kakak dah nak kahwin, tak dapat dah ayah nak belikan macam macam ". Sayu saja suara Encik Fakhir. Sunyi betul tak dengar gelak tawa anak sulung itu nya nanti.

" Ayah, mama adik adik kakak dua orang ni. Kakak ada benda nak cakap ni. Kakak nak minta ampun dan maaf dekat mama ayah, dekat adik adik. Kalau kakak buat salah selama ni. Kakak nak minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Doakan kakak semoga jadi isteri Aqil yang baik dan solehah ". Sedih nya nak tinggal keluarga tercinta ni.

" Mama dengan ayah sentiasa doakan untuk anak anak "

" Semoga kakak boleh jadi isteri yang baik dan solehah ye kakak ". Sambung pula Encik Fakhir.

" Kalau mama ayah rindu kakak, call jelah. Kakak ada je "

" In sha Allah "

Mereka makan bersama sama yang dibelikan oleh Encik Fakhir tadi.

Keesokan harinya, hari kebahagiaan Zie pun tiba. Dah lama dia menantikan hari kebahagiaan ini sepanjang dia hidup. Dia memakai baju kurung serba putih, wajahnya pula berseri-seri. Aura pengantin baru kan.

Ini kali kedua dia memakai make up di wajahnya. Tetap tak ada keyakinan pada diri sendiri. Dia dan keluarganya menuju ke masjid kerana mereka akan bernikah di situ sahaja, tambahan pula hari ini hari Jumaat.

Selepas solat Jumaat mereka akan bersanding. Walaupun lambat tapi tidak mengapa. Dia menghormati dan mengutamakan yang wajib terlebih dahulu. Tok Kadi menyalami Aqil untuk memulakan akad tersebut.

" Dah bersedia? ". Soal Tok Kadi itu kepada Aqil. Aqil hanya mengangguk kepala sahaja tanda dia sudah bersedia.

" Kamu dah bersedia nak jadi isteri?". Sambung nya pula bertanyakan kepada Zie.

" Mari kita mulakan. Mohammad Aqil Faiq?"

" Ya saya "

" Akan nikahkan akan dikau dengan Puteri Nur Haziqah binti Muhammad Fakhir dengan mas kahwin RM200 tunai "

Aqil menarik nafas dalam dalam lalu menghembuskannya.

" Saya terima nikahnya Puteri Nur Haziqah binti Muhammad Fakhir dengan mas kahwin RM20o0 tunai ". Fuh lega hanya sekali lafaz sahaja! Alhamdulillah.

" Sah? ". Soal Tok Kadi itu kepada saksi dan yang lain. Encik Fakhir pula telah meleraikan air matanya kerana dia sudah melepaskan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Aqil, menantu dia.

" Sah! ". Jawab saksi saksi itu.

" Alhamdulillah "

" Dah boleh sarungkan cincin dekat jari isteri kamu "

Aqil pun menoleh ke belakang untuk mencari isterinya. Aku dah ada isteri?! Rasa macam mimpi pula! Dia mendekati Zie untuk menyarungkan cincin dan mencium dahi isterinya itu. Ketika itu, Zie teringat dengan kata kata Aqil pada beberapa hari yang lalu.

Ketika itu, mereka bergaduh kerana Zie kurang perhatian daripada Aqil. Aqil pula leka melepak dengan kawan-kawannya. Yelah dah nak kahwin nanti tak boleh nak keluar hari hari. Zie hanya mahu berbincang dengan Aqil sahaja. Aqil bukan sengaja tidak membaca telefon nya.

' Awak manjang sebut penat tambah lagi letak noktah sekali. Ingat saya tak fikir ke apa yang awak cakap dulu jangan sampai setiap mesej tu awak hantar noktah tu tanda awak dah penat dengan saya '

' Sebab saya teringat. Saya teringat apa awak cakap. Nampak je sayamacam tak sayang awak tapi awak tahu ke dalam pelusuk hati saya ni siapa je ada? '

' Saya dah tutup lah hati saya ni dekat perempuan lain kecuali awak. Saya tak pandang pun. Sebab saya dah jumpa bakal isteri iaitu awak! '

' Jangan tengok saya mesej awak macam tak sayang ke apa, fikir saya dah berubah. Tapi saya sikit pun tak berubah '

Teringat saja bakal isteri Zie menjadi terharu, sebab dia lah wanita yang dipilih oleh Aqil Faiq. Zie hanya percaya kata kata selepas lafaz akad nikah sahaja. Selain daripada itu, semuanya kata kata manis mulut lelaki sahaja.

Sebelum itu, Aqil menyalami ayahnya dan ayah mertuanya terlebuh dahulu baru lah dia menyarungkan cincin. Jantung dia berdebar pabila mendekati isterinya yang cantik itu. Dia tergoda tak pernah nampak isterinya secantik ini.

Zie sudah bersedia meluruskan kelima lima jari nya itu. Aku dah jadi isteri Aqil Faiq!

Aqil menyarungkan cincin pada jari Zie lalu dia mencium dahi isterinya. Dua dua masih malu. Takut nak sentuh. Takut dosa padahal dah sah. Aiyo comel je dua ketul ni!

" Saya sayang awak sampai syurga ". Zie berbisik di telinga Aqil. Ish naik pula bulu roma Aqil. Nak goda aku lah tu. Tak sabar ke nak masuk bilik!

Zie meminta juru gambar itu mengambil gambar mereka di sekitar disitu sebelum masuk waktu solat Jumaat. Mereka perlu cepat. Selesai ambil gambar, mereka kesemuanya pulang ke rumah untuk berehat sementara dan mengemas apa yang patut untuk majlis bersanding Aqil dan Zie nanti.

Zie dan Aqil terus masuk ke bilik, manakala Zie mencari baju melayu yang sudah digosok olehnya semalaman. Dia mengemaskan pada bahagian bahu Aqil supaya nampak lebih kacak dan bergaya.

Nampak kacak pula Aqil memakai baju melayu hitam ini. Makin sayang ni! Nasib dah kahwin.

Habis saja solat Jumaat, Aqil pergi ke suatu tempat untuk bersiap-siap memakai baju pengantin yang bertemakan kuning diraja. Pada mulanya, Aqil taknak tema sebegini. Akan tetapi, Zie memilih tema ini kerana mereka berdua dilahirkan di Negeri Sembilan.

Aqil terpaksa ikut sahaja cadangan isterinya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aqil terpaksa ikut sahaja cadangan isterinya itu. Lagi pun nampak handsome apa! Zie hanya mampu tersengih saja jika dia teringat peristiwa ketika mereka di butik pengantin.

" Kita pakai baju tema ni nak? Kita kan lahir dekat sini "

" Ish taknak! Warna lain lah. Warna lain punya banyak dekat butik ni, kuning juga awak nak ".

" Ala, awak sayang saya kan? Kita kan lahir dekat Negeri Sembilan. Kena banggakan negeri lahir kita "

" Awak ni dah kenapa. Ya Allah, warna lain lah pleaseeeeee ". Aqil membuat muaka comel membodek supaya bakal isterinya ikut cadangannya dan tidak memilih warna itu.

" Ala awak tak sayang saya ye? Tak apa lah. Saya sayang orang lain. Awak duduk situ diam diam ". Pura pura merajuk, saja nak tengok reaksi si Aqil ni.

" Tapi kan ish yelah yelah. Kita ambil warna ni. Ish pandai eh main ugut ugut amboi biasa dia tu ".

" Comel lah awak ni. Ni nak sayang ni hehe ".

Mereka pun sudah bersiap memakai baju pengantin. Sama cantik, sama padan. Sesuai sangat dua ketul ni! Mereka bertolak ke tempat mereka perlu bersanding iaitu dewan. Sungguh ramai di dalam dewan itu. Mereka tak sangka seramai ini yang hadir hari kebahagiaan mereka. Makin nampak berseri wajah mereka pabila mereka tersenyum melihat tetamu yang hadir.

Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now