- Bab 11 -

42 1 0
                                    

Sebelum mereka masuk ke dalam dewan, pengacara majlis memberikan ucapan supaya para tetamu yang hadir itu menikmati makanan dengan berselera.

" Assalammualaikum dan selamat petang kepada tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat yang baru sahaja hadir bersama-sama dengan kami di ruang udara ketika ini "

" Jadi terima kasih untuk ucapkan kepada selaku wakil pihak tuan rumah yang masih menemani "

" Jadi apa pun yang anda masih bersama kami di ruang udara sekarang ini di majlis persandingan walimatulurus pasangan mempelai Puteri Nur Haziqah dan pasangannya Mohammad Aqil Faiq pada hari ini Jumaat 14 Julai 2021 yang bertempat di Dewan Orang Ramai Batu Kikir Negeri Sembilan "

" Batu Kikir jambatan bosi. Masak lomak cili padi ". Menyempat lagi pengacara majlis itu bergurau ye.

Aqil dan Zie berarak dari tempat mereka tiba dengan menaiki kereta tadi dan terus berjalan perlahan-lahan menuju ke dalam dewan tersebut.

Zie memeluk tangan Aqil supaya dia tidak terjatuh kerana dia memakai kasut tinggi bersaiz 5 inci itu diringi dengan beberapa orang pemain kompang.

Dengar sahaja bunyi kompang itu, pengacara majlis itu tadi mengambil mikrofon dan memberitahu bahawa pengantin sudah pun tiba.

" Dan kami mempersilakan pasangan pengantin kepada dua mempelai Puteri Nur Haziqah dan pasangannya Mohammad Aqil Faiq itu masuk ke dalam dewan yang diringi dengan lagu " Pengantin Baru " serta selawat Nabi SAW yang dimainkan oleh pemain kompang "

Selamat pengantin baru,
selamat berbahagia.
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan,
Semoga berkekalan.

Mereka hampir tiba di pelamin oleh mereka sendiri. Mereka berjalan menaiki tangga itu dengan perlahan-lahan.

Zie bersusah payah mengangkat kain lebihan yang labuh itu supaya dia senang menaiki ke pelamin itu tambahan pula dia memakai kasut tumit tinggi yang dibantu oleh pengapitnya sendiri.

Mereka terus duduk di atas kerusi di pelaminan itu. Sementara itu, Aqil memandang wajah sisi Zie. Dia tersenyum melihat isteri sendiri berada di sebelahnya.

Macam tak sangka dia akan jadi suami kepada Puteri Nur Haziqah. Yang hanya mengenali dikenduri kahwin sahaja.

Dalam masa yang sama, dia takut dia gagal menjadi suami yang baik untuk seorang puteri. Lagi lagi isteri nya itu mempunyai sakit mental.

Dia tidak tahu mengawal emosi isterinya itu. Dia takut jika dia memujuk tidak kena dengan cara isterinya itu. Takut juga makin teruk emosi nya nanti.

Dia takut isteri nya sedang emosi, gagal nyamankan hati isteri sendiri. Dan dia takut jadi suami yang dayus. Takut jika isteri nya sedang emosi, dia tertinggikan suara.

Tapi manusia tak lari dari kesilapan, tetap ada saja buat silap.

' Tak sangka kan aku dah jadi suami. Tak sangka aku boleh sampai tahap macam ni. Tak sangka aku sebahagia ini. Semoga aku mampu pikul tanggungjawab sebagai seorang suami '

' Dan menjadi suami yang mithali. Aku akan cuba tak sakitkan hati isteri aku sendiri. Aku akan cuba buat dia bahagia macam yang dia nak. '

' Aku akan cuba belikan dia apa apa walaupun dia tak minta apa apa. Aku akan cuba buat dia sentiasa tersenyum '. Bisik hati Aqil.

Selepas itu giliran Zie pula memandang wajah sisi suaminya. Nampak handsome lah awak ni! Dia hanya tersenyum melihat wajah suaminya itu.

Senyuman itu sangat lah manis. Hari hari dia jatuh cinta dengan senyuman Aqil Faiq. Semoga senyuman itu sentiasa diukir.

Dan tak pernah berubah kemanisannya begitu juga dengan kasih sayang yang Aqil beri tak kan pernah pudar.

Niat Zie hanya ingin menjadi bidadari syurga untuk seorang lelaki yang bernama Aqil Faiq. Semoga mereka kekal hingga ke Jannah!

" Kepada para keluarga serta adik beradik belah lelaki sila naik ke pentas untuk sesi mengambil gambar bersama keluarga "

Mereka terus naik ke pelamin beramai ramai dan menyusun kedudukan agar gambar itu kelihatan cantik. Mereka memberikan senyuman kepada jurugambar serta mengucapkan " Selamat Pengantin Baru " kerana juru gambar itu ingin mengambil video sekali untuk mereka.

" Sekarang giliran pada para keluarga belah perempuan sila naik ke pentas untuk sesi mengambil gambar ". Sambung pula pengacars majlis itu.

Encik Fakhir dan Puan Malihah menunjuk kan jari telunjuk nya ke para pengantin dan memberikan senyuman yang indah.

Adik nya yang dua orang itu hanya duduk tersipu membuat gaya ' peace ' sahaja. Nampak comel lah katakan.

Selesai sahaja mereka mengambil gambar, mereka pun turun dari pelamin itu dengan perlahan-lahan untuk menuju ke meja makan.

Yelah perut pun dah lapar ni, dari pagi lagi tak makan apa apa. Pelbagai lauk pauk yang berada di atas meja itu. Sungguh meriah sekali!

Puan Malihah duduk di sebelah Zie sambil mencedok kan nasi dan lauk untuk yang lain. Manakala, kakak Aqil pula menuang air berperisa ' sunquick ' itu ke dalam cawan masing masing.

Selesai sahaja makan, Aqil terus bangun dari kerusi itu dan menuju ke pengacara majlis dan menyuruhnya membuka lagu kegemarannya.

Dia mengambil mikrofon itu lalu dia menyanyikan lagu itu dengan seikhlas hati. Dia menyanyikan lagu itu untuk memberitahu bahawa dia sangat menyayangi dan mencintai isteri nya sepenuh hati.

" Sayang, kita pernah dengar lagu ni sama sama kan? Jadi saya nak nyanyikan untuk awak di depan orang ramai biar orang tahu saya sayang awak sangat sangat. Biar orang tahu awak wanita yang hebat ". Berdebar jantung Aqil ketika mengatakan seperti itu.

Pengacara majlis mula membuka lagu kegemarannya itu iaitu ' Penjaga Hati ' yang dinyanyikan oleh Nadhif Basalamah.

Tak sadar ku tlah temukan,
Temukan wanita rupawan yang sadarkan,
Dia seorang, tiada lain tiada bukan,
Hanya dia.

Dia buat ku nyaman,
Dalam hangat pelukan,
Dia perasa yang mengerti yang ku rasakan,
Hanya dia.

Kan kuarangi tujuh laut Samudera,
Kan ku daki Pergunungan Himalaya,
Apa pun kan ku lakukan tuk dirimu sayang,
Oh penjaga hati.

Kau dan aku sempurna,
Semoga ada cara tuk terus bersama,
Selalu ku tunggu, tak mau berlalu,
Kau dan aku.

Kan ku arungi tujuh laut Samudera,
Kan ku daki Pergunungan Himalaya,
Apa pun kan ku lakukan tuk dirimu sayang,
Oh penjaga hatiku, ho-uh.

Kan ku arungi tujuh laut Samudera,
Kan ku daki Pergunungan Himalaya,
Apa pun kan ku lakukan tuk dirimu sayang,
Oh penjaga hatiku, ho-uh ho-uh.

Karna bersamamu semua terasa indah,
Gundah gulana hatiku telah hancur sirna,
Janjiku takkan ku lepas,
Wahai kau bidadari ku dari syurga

Tuk selamanya
Tuk selamanya
Tuk selamanya

Zie mendengarnya turut terharu dalam tak sedar dia menangis. Air mata nya laju mengalir di pipi. Kerana lirik nya begitu istimewa.

Dia dapat merasakan Aqil benar benar ikhlas menyayangi Zie sepenuh hati. Dia pun juga rasa begitu. Dia sentiasa sayangkan suaminya.

Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now