- Bab 12 -

44 0 0
                                    

Para tetamu yang berada di dalam dewan itu pun merasa bahagia melihat pengantin perempuan dilayani seperti seorang puteri.

Beruntung Zie dapat lelaki yang sanggup buat apa saja demi orang tercinta. Semua para tetamu itu pun terus menepuk tangan tanda menghargai nyanyian Aqil Faiq tadi.

Aqil memberikan ucapan istimewa buat isyerinya.

" Sayang, saya tahu apa yang kita hadapi selama ini sukar bagi kita. Tapi kita dah berjaya harungi bersama sama "

" Saya bersyukur dan hargai sebab Allah dah temukan kita dengan perjalanan yang indah. Walaupun jodoh kita dekat kenduri hari itu, saya tetap nak ber terima kasih dekat awak sayang "

" Sebab awak hadir dalam waktu yang tepat. Saya nak awak tahu betapa sayang nya saya pada awak. Saya taknak hilang awak sayang. Saya taknak awak berubah hati "

" Saya akan cuba cari cara macam mana nak bahagiakan awak. Saya tahu banyak benda awak pendam selama ni. Kalau awak nampak saya gagal, tolong. Tolong lah tegur saya sayang "

" Kadang saya tak sedar buat silap. Saya taknak awak diam. Saya taknak awak pendam. Saya tahu masa akan datang saya akan buat awak nangis disebabkan kata kata saya "

" Awak nak nangis, awak nangis lah. Kalau boleh, awak menangis lah depan saya. Saya boleh lapkan air mata awak yang berharga tu "

" Terima kasih sayang sebab awak jadi wanita yang hebat. Saya bangga dengan awak sayang. Tak kan ada perempuan lain dalam hati saya selain awak sayang "

" Saya nak buat awak sentiasa tersenyum bukan menangis sayang. Saya suka tengok senyuman awak yang manis tu "

" Saya tahu ayat ni agak cliche sikit hehe. Saya akan cuba jadi suami yang terbaik untuk awak. Tolong jangan buat saya rasa gagal jadi suami yang baik "

" Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk kita. I Love You Cinta! Itu saja saya nak cakap hehe bye! "

Para tetamu pun tergelak dan terharu mendengar kata kata Aqil tadi. Mereka menepuk tangan tanda mereka bahagia.

" Untung nya lah isteri dia dapat suami macam tu. Kalau aku pun nak! Mana lah jodoh aku ni tak sampai sampai. Sesat agaknya ". Kata seorang perempuan yang terasa single.

Aqil dan Zie naik ke pelamin semula untuk duduk supaya para tetamu senang mengambil gambar beramai ramai.

Penat betul mereka harini. Jadi raja sehari. Malam nanti kena lah basuh kuali apa semua.

Habis saja majlis itu, mereka pun bertungkus lumus untuk balik ke rumah kerana mereka terlambat solat asar.

Sekarang tepat pukul 6 petang. Mereka bermandi mandian dengan pantas. Selepas sahaja mereka selesai mandi, Zie dan Aqil bersiap siap untuk solat asar secara berjemaah.

Tidak lama kemudian, Zie menyalami tangan suaminya. Aqil pula mencium dahi isterinya.

Aqil dan Zie terpaksa tinggal di rumah keluarga Zie terlebih dahulu untuk beberapa hari kerana mereka tidak membeli apa apa sebiji rumah pun.

Selepas itu baru lah mereka tinggal di rumah keluarga Aqil pula. Lagi pun Zie tidak kisah jika tempat kerjanya jauh. Hanya 35 minit sahaja dari rumah.

Selepas selesai solat isyak, mereka hanya duduk di ruang tamu untuk berborak mesra dengan keluarga.

" Aqil jangan lah malu malu. Kalau nak makan apa apa, ambil je. Tak pun bagitahu je. Nanti mama masak kan ". Puan Malihah pun bersuara sambil menonton drama Rindu Kasih.

Aqil hanya mengangguk tanda dia setuju. Dia merasa malu, dia merasa dia masih orang luar. Takut lah jika dia mahu buat apa apa. Keluarga isterinya mengata tentangnya pula.

" Kakak tidur dulu ye. Kakak penat ni ". Zie yang hanya dari tadi menguap sehingga penat terus masuk ke bilik.

Dia berbaring di atas katil yang empuk itu, Baru saja dia mahu tidur. Ada pula yang menyentuh badannya. Dia terlupa dia ada suami.

" Ish awak ni terkejut orang. Bagi lah salam dulu. Nasib tak melatah tau. Buat malu je ". Ngomel Zie.

" Awak melatah pun comel ". Aqil mencubit pipi isteri nya yang gebu itu.

" Ish sakit lah! Dah orang nak tidur. Awak nak tidur tak? "

" Nak, tapi sayang tu boleh tidur tak harini? "

" Kenapa awak tanya? "

" Kalau tak boleh tidur bagitahu, saya teman "

" Tak apa lah, orang paksa je. Lagi pun badan penat sangat ni "

Lalu Aqil pun mengusap kening Zie sambil berzikir sampai lah isterinya tidur nyenyak. Dia menukar nukar tempat. Kejap usap kening, kejap usap rambut, kejap tepuk bahu.

Comel je dia tidur sambil peluk teddy bear. Ni dari dulu tak jahit lagi. Makin besar pula koyak nya.

Aqil pun terus baring kerana isterinya pun sudah tidur dengan lena.

" Saya sayang awak tau ". Bisik di telinga Zie perlahan lahan.

Pada pagi keesokan harinya, Zie tersedar di awal pagi kerana badan nya tidak selesa. Tiba tiba saja dia kesejukan. Dia meletak kan tapak tangan nya ke dahi.

Ha sudah! demam pula. Nasib bukan malam pertama.

Dia mengejut suaminya untuk bangun dan memberitahu bahawa dia tidak sihat. Tiba tiba saja dia menangis. Dia hanya mahukan suaminya di sisi.

" Awak bangun. Orang demam "

Nak bermanja lah katakan. Aqil bangun dari tempat tidur lalu dia meletak kan tapak tangan nya ke dahi.

" Mak ai panas nya sayang. Dah makan ubat "

" Mama tak masak lagi. Semua baru bangun "

" Kenapa sayang nangis pula ni? "

" Tak ada apa ". Alahai nangis sedih sangat. Padahal ada suami dekat depan mata.

" Kalau macam tu sayang duduk sini diam diam. Saya keluar sekejap belikan sarapan. Kejap je tau. Jangan nangis okay? Saya sayang awak tau ".

Aqil pun bergegas keluar dari rumah itu membeli sarapan secepat mungkin menaiki motor miliknya.

Dia hanya membeli nasi lemak dan roti canai kesukaan Zie. Selepas itu, dia terus balik ke rumah takut isterinya menangis lagi.

Sampai di rumah, dia meletak kan sarapan itu ke atas meja. Puan Malihah pula baru saja keluar dari bilik tidurnya. Dia melihat di atas meja ada makanan yang terlalu banyak.

" Banyak nya. Siapa nak makan banyak banyak ni? ". Soal Puan Malihah kepada Aqil.

" Tak apa makan je mama. Saja je beli banyak banyak "

" Tak payah membazir lah Aqil. Kakak mana? Tak bangun lagi ke? "

" Ada tu ha awal pagi lagi dia dah bangun. Dia demam tu "

" Lah suruh dia keluar sarapan dulu pastu makan ubat ". Sambil itu Puan Malihah menyediakan makanan yang dibelikan tadi ke dalam pinggan.

Aqil hanya diamkan diri. Dia pun terus masuk ke bilik dan mmemanggil isterinya itu untuk sarapan pagi. Dia ternampak Zie menangis teresak esak seorang diri dalam biliknya.

Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now