- Bab 1 -

257 4 0
                                    

Zie tergerak hati ingin mengajak kawan lelaki yang baru dia kenal itu ke pantai Port Dickson kerana lelaki itu sudah lama mengajak Zie keluar bersama-sama. Zie membuka telefon bimbit Iphone miliknya untuk  memberitahu kepada lelaki tersebut.

" Jom kita pergi Port Dickson nak tak? Nak tengok sunset " Ajak Zie selamba. 

" Pukul berapa? Naik apa? Hari apa? " bertalu-talu soalan Akid, dah macam polis dah.

" Harini lah, tapi tunggu saya balik kerja kejap lagi. Awak ambil saya dekat Terminal One Seremban boleh? " 

" Boleh. Nanti apa-apa bagitahu " Akid ikutkan sahaja cadangan Zie itu. 

Balik dari tempat kerja, Zie meminta izin kepada ayahnya, Encik Fakhir untuk keluar bersama dengan Akid.

" Ayah, kalau kakak nak pergi Port Dickson boleh tak? "

" Dengan siapa? Lelaki ke perempuan? Naik apa? " soalan yang sama bertubi-tubi Encik Fakhir berikan seperti Akid tadi.

" Dengan kawan lah. Ada lelaki tapi ramai-ramai. Kakak suruh dia ambilkan kakak dekat terminal je. Dia duduk seremban "

" Suruh dia minta izin ayah dulu baru ayah percaya " Zie terus sahaja membuka telefon bimbitnya untuk memberitahu Akid supaya dia minta izin pada ayah Zie.

Tiba sahaja di pantai Port Dickson pada waktu malam, Zie agak sedih sebab tak dapat tengok pemandangan kegemarannya iaitu sunset dan laut. Dia suka sangat antara dua tu kerana baginya dia boleh hilangkan segala masalah. Lagipun melepaskan stress di pantai ialah salah satu sunnah Nabi Saw dan boleh dapat pahala kerana melihat pemandangan dari ciptaan-Nya.

Zie, Akid dan lagi 3 orang manusia tidak dia kenalinya itu menghadiri ke suatu event kereta myvi. Zie pula tertanya-tanya siapa lagi 3 orang ni? Dia hanya berfikir itu hanyalah kawan Akid sahaja. Tetapi jika kawan, kenapa Akid seorang saja yang memakai kereta lain bukan kereta myvi? Dia malas ambil tahu, buat sakit kepala saja.

Tidak lama kemudian, mereka bergerak ke rumah Akidnyang tidak lah jauh dari Port Dickson itu. Mereka bercadang untuk membincangkan tentang perkahwinan mereka. Siapa pula yang nak kahwin ni? Sebenarnya Fahd dan Adira, Fahd pula saudara kepada Akid. Lagi sorang  pula adik perempuan Akid, Nurin. 

Zie terasa janggal disebabkan dia baru saja mengenali keluarga itu.Dia dan Akid baru sahaja berkenalan antara satu sama lain dalam beberapa hari yang lepas dilaman media Telegram. Seusai sahaja mereka berbincang, Fahd pun menjemput Zie hadiri ke majlis bersanding perkahwinan mereka. 

" Kau datang lah nanti majlis kahwin kitaorang, atau kau nak jadi pengapit? " selamba Fahd, tapi memang betul pun dia nak ambil Zie sebagai pengapit.

Nurin memakai kasut tumit tinggi yang bersaiz 4 inci kerana dia mahu mencuba mana tahu dia boleh jadi pengapit. Fuh terlalu tinggi! Padahal ketinggiannya berukuran 145cm sahaja!

" Nurin, nanti kau pakai lah kasut ni jadi pengapit ".

" Nanti kau kahwin, kau suruh awek kau pakai kasut ni. Ingat tak sakit pakai lama-lama? "

Jangan pelik lah kenapa nama Zie nampak macam lelaki. Sebenarnya ramai je yang menganggap sedemikian. Nampak je kasar perangai macam lelaki tapi sebenarnya hati dia lembut sangat.

" Dah lah jom balik, karang mak ayah kau risau pula. Dah lewat ni " Fahd bersuara.

" Tak payah balik, duduk je sini " Akid yang dari tadi diam mula bersuara. Gurau pun agak lah! 

" Tak payah lah, dia anak dara. Suka hati je kau nak buat macam tu " marah Fahd, betul lah tu. Kalau jadi apa-apa siapa yang susah?

Dalam perjalanan mereka balik, Zie dapat satu notification dari ayahnya, Encik Fakhir. ' Mesti nak tanya bila nak balik ni ' bisik hati Zie. Dia pun membuka telefon bimbit Iphone miliknya itu.

" Kakak bila nak balik? Dah lambat ni. Esok nak kerja "

" Kakak nak balik dah ni ayah. Ayah tidur lah dulu "

" Mama dengan ayah ni risau tahu tak! tegas Encik Fakhir.

Mana tak tegas, Encik Fakhir merupakan bekas tentera yang berjawat-jawatan sebagai Pegawai Waran 2. Sekarang dia pencen dan hanya berkebun saja di kampung halaman. Zie bangga mempunyai ayah seperti Encik Fakhir itu kerana dia telah membuktikan yang dia boleh berjaya. Pelbagai cacian dan hinaan yang ayahnya dapat. Encik Fakhir terlalu bersabar tapi itu sudah cukup buat dia bahagia mempunyai keluarga yang kecil yang sentiasa mengambil berat tentangnya. 

Sampai sahaja di depan rumahnya, Zie mengunci pagar kerana itu rutin harian keluarga mereka agar terselamat dari segala yang mungkin akan berlaku. Masuk sahaja rumah, Zie berasa tenang kerana mak dan ayahnya sudah tidur. 

Dia membersihkan diri terlebih dahulu dan selepas itu dia membuat solat sunat taubat agar dia nyenyak untuk tidur. Zie berbaring di atas katil yang empuk lalu dia mendengar surah Al-Mulk serta zikir penenang hati. Dia berbuat demikian kerana dia takut untuk tidur malam. 

Dia takut jika dalam kesedapan tidur di tengah malam, anxiety attack nya mula datang. Dia berasa tenang mendengar ayat suci Al-Quran. Itulah rutin hariannya. Alhamdulillah lena betul dia tidur ye. Mana tak nya, dah ada wudhuk dulu sebelum tidur. Dia merasakan Allah SWT melindunginya ketika dia sedang beristirehat. Allah Maha Penyayang.

Pada keesokan harinya, Zie mulakan kerja rutin hariannya seperti biasa. Balik dari kerja, Zie akan meluangkan waktu bersama kawan lelakinya iaitu Tengku Hafiz, Irwan Zakwan, Muhammad Firdaus Iskandar, Wan Muhammad Nu'man dalam call. 

Sehingga lah Akid balik kerja, Akid membuat panggilan kepada Zie kerana itu lah rutin harian mereka. Yelah rumah jauh, nak  keluar pun tak boleh. Padahal satu negeri je. Zie ni anak strict parents. Apa apa sahaja kena minta izin. 

" Weh, aku gerak dulu tau. Nanti kita call lagi okay? " pujuk Zie dia tahu kawannya akan merajuk. 

" Boyfriend call lah tu. Zie dah sombong dah. Mana nak kawan kita ". Pasrah saja Tengku Hafiz ni.

" Itulah tu. Orang lain pun ada partner juga. Tapi tak lah sampai taknak tegur. Tak apa lah Zie kitaorang ni siapa je kan? ". Sambung pula Irwan Zakwan. Lah merajuk pula dua ekor ni. Manja pula, sikit-sikit nak merajuk. Macam perempuan. Dia punya merajuk tu mengalahkan perempuan!

Firdaus dan Nu'man hanya mampu terdiam dan tergelak sahaja malas mahu melayan. Siapa yang perempuan sebenarnya ni?! 

Zie menamatkan panggilan mereka dia malas mahu bergaduh dengan Akid. Dengan dua ekor tu merajuk je memanjang. Haih nasib sayang je punya pasal. 

Akid pula tersakiti nak pujuk Zie tapi macam nak marah. Aik macam mana tu?


Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now