- Bab 27 -

46 0 0
                                    

Sedang mereka rancak bergelak ketawa, ayah Aqil pula tiba-tiba sahaja menegur tentang pekerjaan Aqil

" Kenapa berhenti kerja adik? " Soal Encik Saadi kepada Aqil. Beliau memanggil Aqil sebagai ' adik ' kerana Aqil adalah anak bongsu di dalam adik-beradik nya itu

" Mana lah adik tahu abah. Gaji siput je " Jawab Aqil dengan nada yang lembut

" Adik pergi ambil kemahiran gunting rambut. Dari dulu abah dah pesan, ambil kemahiran gunting rambut. Adik taknak dengar "

Aqil hanya diam membisu. Isteri nya pula tak mahu masuk campur hal keluarga mereka. Jika dia menyampuk lain jadinya

Zie pun tertidur lama sangat menunggu mereks bertengkar disebabkan hal kecil sahaja. Bukan apa, Aqil tidak minat dengan kemahiran itu. Dia takut jika modal nya semakin merosot dan tidak ada pelanggan

Aqil pun pergi ke ruang tamu untuk mencari kelibat isteri nya. Kepala nya serabut, hanya isterinya saja lah tempat dia mencari ketenangan

" Bangun lah sayang. Serabut lah kepala saya ni "

Zie dengan mata mamai nya cuba untuk bangun sedaya upaya. Aduh sudah lah mengantuk dikejut nya pula si Aqil ini

" Ni kakak-kakak pula batu api. Macam mana saya nak bersemangat kerja tempat lain. Tak akan sampai mati saya kerja bengkel "

" Sedangkan saya tak selesa kerja situ. Walaupun boss baik ke apa kalau saya tak selesa macam mana? " Sambung luahannya lagi

" Sayang pun satu. Bangun lah cepat! Tolong lah bangun. Serabut ni "

Mata Zie kuyu sahaja besar tak besar dia membuka mata itu. Dengan badan nya digoncangkan oleh Aqil pula tu

" Baby cakap lah dekat abah kenapa berhenti. Nak buat macam mana, boss suruh. Tak akan nak paksa. Kerja lain kan ada "

" Jangan serabut-serabut okay? Cuba cakap kenapa tak selesa "

Aqil hanya diam membisu

Setelah selesai mereka berbincang, Zie menerima satu pesanan mesej daripada kawan baikya, Ilysa Imani dan Ilysa Irdina

Mereka berdua itu kembar seiras. Kadang-kadang Zie keliru mana satu kakak dan mana satu adik. Tiada satu tanda apa-apa pun boleh membezakan antara mereka berdua

Sudah lah nama mereka hampir sama. Kadang-kadang keluar bersama pun memakai pakaian yang sama

" Jom lepak tempat biasa weh. Kau balik pukul berapa esok? "

" Aku tak pasti lagi. Macam biasa weh ambil aku tapi dekat tempat kerja. Nanti aku bagitahu pukul berapa aku balik "

" Okay. Kau bukan dah tidur ke masa macam ni? "

" Suami aku kejut ada masalah sikit tadi. Dia dah goncangkan badan aku terus segar mata ni "

" Hahahahaha ada saja lah suami kau ni "

" Nak buat macam mana? Nasib sayang je tau. Kalau tak sayang lama dah aku gigit telinga dia. Geram! "

Puas Zie melepaskan kegeraman pada Ilysa Irdina itu tadi dia terus meletak kan telefon bimbit nya itu di tepi bantal

Manakala Aqil termenung ke arah dinding di hadapan nya seperti hilang bini. Padahal isteri nya ada di depan mata sahaja

Tepat pukul enam petang, Zie menunggu kawannya di tempat kerja sambil itu dia menyiapkan ke semua kerja-kerja terlebih dahulu

Setelah semua kerja-kerja itu selesai, dia duduk di hadapan kedai tersebut sementara menunggu mereka tiba

Tiba di satu kedai makan di tepi tasik berdekatan dengan kawasan perumahan kembar itu

Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now