Cuaca pula panas terik lagi bertambah peluhnya. Zie dan kawannya berjalan-jalan di sekita di situ dan mengambil gambar masing-masing untuk di simpan sebagai kenangan. Lepasni dia tak tahu dia boleh pergi lagi atau tidak. Entah sempat atau tidak, Harap-harap umurnya berpanjangan.
Zie dengan kawannya berjalan menuju ke bas kerana mereka berdua tidak tahan panas terik. Sebelum itu, Zie mengambil gambar bas-bas yang ada di situ. Kenapalah perangai Zie macam ni pelik-pelik je. Katanya dah lama mengidam nak tengok bas banyak banyak.
Dia suka tengok bas banyak banyak. Lpeas juga lah mengidam Zie ni. Kemudian, mereka bertolak ke Songkhla City untuk mencari makanan ringan di sana. Zie dengan kawannya terus menuju ke pantai duyung kerana itulah tempat kegemarannya apabila Zie menjejakkan kaki di sini.
Pembantu pelancong berikan mereka masa selama 2 jam untuk berada di sana. Sedangkan Zie sudah mula penat dan mengantuk. Terlalupanas terik di sini. Selepas itu, mereka berdua mencari makanan untuk mengisi perut yang kosong itu.
" Sekarang dah pukul berapa? "
" Baru pukul 12:30 "
" Buat apa dekat sini lama-lama sampai 2 jam. Dah lah panas ". bebel saja kawannya itu.
Zie pula hanya mampu diam kerana di sedang menikmati makanan. Zie dan kawannya menuju ke bas terlebih awal dari masa yang ditetapkan. Sepatutnya mereka perlu menaiki bas dalam pukul 2 petang. Ini baru pukul 12:30 tengah hari!
Zie ingin duduk di bawah pendingin hawa sambil sementaa menunggu yang lain. Hampir 1 jam jugalah menunggu. Mereka terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Hatyai Food Fest. Tempat kedua kegemaran Zie, kerana baginya di situlah syurga makanan. Fuh sedapnya makan pada waktu begini tambah lagi Coconut Shake.
Tepat pukul 6 petang, mereke perlu balik ke bilik masing-masing. Mereka perlu mengemas barang-barang kerana esoknya mereka berolak ke tanah air, Malaysia.
Tetapi Zie dan beberapa orang lain lagi menyewa kereta untuk pergi ke suatu tempat di mana mereka perlu membeli barang-barang demi keluarga yang tersayang. Zie buntu tidak tahu mahu beli apa untuk keluarganya.
Dalam kepalanya hanya fikir baju T-shirt jersi sahaja. Lagi pun ada tulisan ' Thailand ' atau ' Hatyai ' pada baju itu.
Untuk Zie? Dia tidak membeli untuk diri sendiri. Dia tahu dia dah dewasa. Jadi dia hanya mementingkan orang lain dari diri dia sendiri. Asalkan orang yang dia sayang bahagia pun sudah cukup baginya.
Sudah masuk waktu maghrib, Zie terlepas maghrib nya kerana selepas ini mereka perlu mencari kedai makan yang sememangnya tidak lah jauh di kawasan itu. Datang sana mereka hanya makan saja. Makin naik lah berat badan Zie ni.
Selepas itu, mereka pun sampai di kawasan di sekitar hotel. Zie dan kawannya sambung berjalan membeli-belah di situ. Dia ingin membeli kacang gajus untuk boss kesayangannya. Iyalah, dia bekerja di situ sudah masuk 2 tahun. Ini saja paling lama dia bekerja. Sebelum ini, tak sampai 5 bulan pun dah diberhentikan.
Mereka meletakkan semua kesalahan pada Zie sehinggakan mereka tak nampak salah sendiri. Sekarang semua tempat kerja lama dia menganggur begitu saja. Zie membuat panggilan video call bersama Aqil kerana dia terlalu rindukan buah hatinya.
Yelah seharian dia tidak bertanyakan khabar tentang Aqil sibuk bercuti. Tapi tak lupa Aqil okay!Puas juga lah mencari harga yang murah. Tak jumpa pun. Tak apalah esok saja cari. Mereka berdua naik ke bilik untuk membersihkan diri setelah seharian mereka keluar.
Kisah Aqil? Pada waktu pagi hingga lah petang dia hanya sibuk dengan kerja di bengkel. Kadang-kadang Aqil akan pulang ke rumah pada waktu maghrib. Kerana terlalu ramai pelanggan yang menghantar kereta mereka.
Tidak mengapalah. Semoga penat lelah selama ini menjadi punca rezeki Aqil luas seluas lautan, Aminnn!
Zie membuat panggilan video call dengan Puan Malihah sudah berapa hari dia tak beri info apa-apa pada emaknya itu. Mana tak nya, Wifi dekat hotel tu susah nak dapat. Nak hantar mesej pun susah, nak call pun susah.
Encik Fakhir dan sekeluarga keluar pergi ke rumah kawannya kerana ada buat tahlil bacaan yassin untuk arah suaminya yang telah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas akibat darah terlalu tinggi.
Semoga roh nya di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan orang yang soleh! Semoga keluarga arwah sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan.
Keesokan harinya, seperti biasa Zie bangun pada awal pagi untuk bersiap-siap. Tak sabar nya nak call puas puas dengan buah hati! Rindu sangat dah ni. Zie mengemas beg bagasi nya dan turun ke tingkat bawah.
Sementara itu, dia dan yang lain menunggu pemandu bas datang ke depan hotel supaya senang mereka mahu mengangkat barang yang berat dan banyak itu. Zie hanya mampu simpan barangnya di dalam beg bagasi sahaja. Yelah lagipun dia seorang. Nak angkat banyak banyak, tangan dia ada dua je.
Sebelum itu, dia akan bebel terlebih dahulu kepada Aqil kerana buah hati nya itu tidak sihat lagi. Demam rindu ke tu. Dia risau akan kesihatan Aqil Faiq itu.
Mereka terus bertolak ke suatu tempat untuk sarapan pagi. Zie ternampak kacang gajus yang murah di kebanyakkan kedai di sekitar kawasan itu. Zie terus membeli kacang gajus itu dalam beberapa bungkus. Demi boss kesayangan dan nenek.
Sementara dia berjalan menuju di meja makan, dia membuat panggilan video call emaknya, Puan Malihah. Nak bagitahu anak sulungnya itu dah nak balik dah.
" Kakak dah nak balik dah. Tapi sarapan dulu kejap. Kakak beli kacang gajus ni "
" Oh dah nak balik dah. Ingat kan nak duduk sana ". Sakat ayahnya, Encik Fakhir.
" Eleh ayah tu kakak ajak pergi sini taknak. Buat jelah passport tu ". Sambung Zie.
" Tak apa lah, ayah nak hantar adik kau sekolah lagi. Kakak dah pergi tak apa lah. Thailand je pun "
" Eleh ayah ni. Ada je alasan ". Pasrah je Zie ni.
Zie membuat pesanan nasi kerabu sahaja. Nasi kerabu jelah makanan kegemaran dia. Tambah lagi daging panas dengan ayam goreng, fuh lapar nya!
Selepas itu, mereka bertolak ke tempat cop passport. Nasib baik lah tak ramai hari ini. Mungkin gerak awal kot. Sampai di Penang, mereka berhenti untuk membeli jeruk di kedai Jeruk Madu Pak Ali yang terkenal itu.
Mereka diberi masa lebih kurang 20 minit sahaja kerana perjalanan masih jauh lagi. Zie menanyakan emaknya, Puan Malihah itu mahu beli jeruk atau tidak. Kerana dia tahu adik bongsu nya itu sangat sukakan makanan yang masam.
" Mama, nak jeruk tak? Kakak dekat Penang ni. Depan kedai jeruk ni. Sini jem ma "
" Kakak ada duit tak? "
" Ada RM15 je tu pun duit lebih dekat sana tukar tadi "
" Hm tak payah lah ". Puan Malihah bersimpati dengan anak sulungnya itu.
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.