- Bab 6 -

59 2 0
                                    

Keesokan harinya, seperti biasa Zie akan pergi ke kerja. Yelah malamnanti dia dah nak bertolak ke sana. Sebelum itu, dia akan membebel terlebih dahulu pada buah hatinya, Mohammad Aqil Faiq.

Zie bekerja hanyalah sekerat hari sahaja. Nak balik petang, takut tak sempat  pula nak kemas barang. Dah lah tak kemas apa-apa lagi ni. Mesti kena bebel dengan Encik Fakhir. Ayahnya excited sungguh anak sulungnya nak pergi ke Thailand. Padahal ini kali kedua Zie pergi ke sana. Puan Malihah pula risau akan anaknya itu. 

Yelah sebelum ni pergi dengan kawan emaknya. Kalini pergi menaiki bas pula. Rombongan Cik Kiah lah katakan. Zie balik ke rumah, dia mengemas beg bagasinya sedikit demi sedikit. Selepas itu, dia menyambung melayani perangai manja Aqil itu.

Mereka berdua video call sampai lah malam. Aqil pula masa ni lah nak keluar jumpa kawannya pun. Dah lah demam. Larat pula ya jumpa kawan. 

Tepat pukul 8 malam, sudah tiba masanya untuk Zie bersiap-siap. Kerana selepas waktu isyak dia akan bertolak, takut lambat pula. Zie memberitahu Aqil bahawa dia dah nak bertolak. Zie memberi pesanan bahawa dia tidak ingin Aqil menangis tanpa dia.

Kalau Zie ada, dia boleh memujuk si Aqil itu. Hati Zie berat nak meninggalkan buah hatinya itu. Sungguh berat! Tak pergi lagi dah rindu.

18 jam juga lah perjalanan Zie bersama sekumpulan rombongan itu dari rumah ke sana. Biasalah nama pun naik bas, mesti banyak berhenti. Nasib baiklah pemandu bas itu tidak cerewet dengan kerenah penumpang.

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di Hatyai, Thailand. Kumpulan rombongan itu mengambil makanan dan mencari tempat duduk masing-masing sambil menikmati suasana yang tenang. Walaupun sini musim panas, tapi tenang sangat.

Tenang sebab dapat keluar, sudah lama Zie tidak keluar mencari ketenangan. Keluarganya pula masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Jadi Zie terpaksa hadap masalahnya sendirian di rumah. Lagipun dia mahu menjaga pandangan dari ajnabi.

Semoga Zie berjaya istiqomah! Dia juga berasa tenang di luar kerana dia terasa dapat bebas dari tekanan. Zie pula tiada orang yang mahu ajak borak dengannya. Tapi dia tidak peduli pun. Malas lah paksa. Siapa nak tegur, tegur lah. Siapa taknak sudah.Boleh je nak jalan sorang-sorang. Lagipun dah 23 tahun dia hidup sorang-sorang.

Hm rindu pula suara Aqil. Entah apa lah dia buat dekat Malaysia. Makan ke tidak. Demam tu dah sihat ke belum. Risau sangat hati Zie ni. Yelah takut nangis dekat negara orang je. Risau punya pasal.

Hati Aqil tidak tenang kerana Zie tiada beri info apa-apa pun. Dia rindu wanita pilihan hatinya itu. Dia meluahkan perasaan rindunya di whatsapp tetapi Zie tidak membalas apa-apa mesej pun dari Aqil. Mungkin buah hatinya sibuk bercuti di negara orang.

Aqil mengambil gambarnya secara dan memberikan kepada Zie kerana dia terlalu rindukan wanita itu. Itu sahaja dia mampu lepaskan rindu. Sampai sahaja di hotel, Zie menunggu giliran untuk mengambil kunci bilik.

Dia menunggu namanya disebut, dengan siapakah dia tidur di satu bilik itu. Malangnya, tiada seorang pun. Dia hanya mampu redha sahaja. tetapi dalam masa yang sama dia takut jika terjadi apa-apa pada dia. Dengan siapakah dia mahu meminta tolong.

Dia masih tidak fasih lagi dengan bahasa di sana. Jadi dia hanya faham sedikit sahaja. Dia hanya mampu tawakal sahaja. Dia naik ke bilik, meletakkan barangnya di atas katil sebelah. Nasib baik lah pintu boleh buka, tak lah dia takut sangat sorang-sorang.

Jiran bilik nya itu menyuruh Zie bersiap-siap untuk turun makan malam. Sebenarnya dia sudah penat, dia ingin berehat hanya mahu tidur je sekarang ini. Tapi bila fikirkan balik, lepas ini mereka tidak keluar ke mana-mana lagi. Dia terpaksa menahan kepenatan demi mengisi perut supaya tidak kosong.

Hujan-hujan ni makan tomyam sedap juga. Tapi dia terlalu kenyang dan terlalu penat. Naik saja di bilik, Zie dan yang lain bermandi-manda bersiap-siap untuk menunaikan solat waktu maghrib.

Zie membuka telefon bimbit Iphone miliknya itu untuk menanyakan khabar keluarga yang tersayang. Tapi waku begini, Encik Fakhir dan Puan Malihah pergi ke masjid menunaikan solat di sana dan menghadiri kelas tajwid.

Sementara itu, Zie membuat panggilan Aqil kerana dia terlalu rindu dengan cinta hatinya. Yelah seharian tak spendtime, sibuk berjalan pula tu. Lagipun di sana Zie perlu menukarkan simkad tetapi dia tidak mahu. Malas nak membazir. Pentingkan orang lain dari diri sendiri dulu.

Aqil pula seperti biasa lepak bersama kawan-kawannya di tempat istimewa mereka. Masing-masing rindukan buah hati. Zie mahu masuk tidur, badan dia terlalu penat. Dia ternampak Aqil expose wajah Zie di status whatsapp miliknya.

Zie terharu. 

" Woi orang sebelah, tidur awal. Esok nak bangun awal. Jangan lupa, bangun pukul 4 pagi ". gurau pula jiran bilik ni.

" Lah awak kenapa awak komen macam tu? Macam tak suka je orang letak muka awak dekat tiktok ". Soal Aqil. Dia risau Zie tidak suka. Sedangkan niat Zie hanya komen dan dia tidak ada idea pun sebenarnya.

Aqil memujuk Zie kerana dia tersalah faham. Zie mendiamkan diri kerana tidak mahu besar pergaduhan. Dia cuba untuk turunkan egonnya. Dia tahu jika dia bersuara nanti hati Aqil akan sakit. Dalam masa yang sama Zie rasa bersalah terhadap Aqil.

Dari situ dia berfikiran negatif. Dia merasakanndiri dia tidak layak untuk sesiapa. Hati Zie semakin tenang, semakin sejuk dengan pujukan Aqil. Dia mula menyalahkan diri sendiri  dan meminta maaf kepada Aqil.

Tepat pukul 4 pagi, Zie bangun dan berisap-siap untuk keluar bersiar-siar kerana hari ini banyak tempat yang mereka perlu pergi. Zie membuka telefon bimbit Iphone miliknya dan tampak notification dari Aqil. Nampaknya buah hatinya itu sedang berusaha memujuk Zie. Dia tak mampu nak merajuk lama-lama, nanti rindu. Zie terus meminta maaf kepada Aqil dan memberi pesanan agar Aqil tahu yang Zie tidak memarahinya lagi.

Masing-masing menunggu di lobi sementara menunggu yang lain turun dari bilik. Zie pula awak pagi dah mengantuk. Tak cukup tidur mungkin. Semua penumpang sudah pun naik ke dalam bas dan mengambil tempatcduduk masing-masing. Mereka bertolak mencari hotel untuk sarapan pagi yang di tempah oleh pembantu pelancongan.

Sampai saja di hotel itu, mereka terus mengambil makanan dan duduk di tempat yang telah disediakan. Terdapat pelbagai makanan yang sedap di situ. Zie pula hanya mengambil nasi lemak sahaja demi telur ayam. Dia terlalu sukakan telur ayam. Pantang saja nampak mesti nak makan telur sampai puas.

Selesai sarapan, mereka terus bertolak ke tempat gajah lebih kurang dalam 1 jam sahaja perjalanan ke sana. Ramai juga yang sanggup menunggu semata-mata nak naik gajah itu.


Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now