" Cinta, jom lah sarapan. Ada roti canai tu. Awak suka kan? Roti canai cicah susu "
Zie tetap meneruskan nangis nya.
" Lah kenapa cinta nangis ni? ". Aqil risau takur ada buat silap terhadap isteri nya.
" Mana awak pergi? ". Teresak esak Zie menangis takut suaminya tinggalkan dia.
" Saya beli sarapan je sayang. Sekejap je, tak sampai sejam pun ".
Dia diam seketika. Dia memandang ke dinding. Merajuk lah katakan.
" Aik sayang. Apa salah saya lagi kali ni? ". Dia menarik pipi Zie supaya wajah itu berpaling ke arah matanya.
" Dah penat ke? Kalau dah penat tak apa lah "
" Penat apa sayang? Cuba bagitahu. Kenapa ni? Tolong lah "
" Tu cakap macam tu, dah penat lah tu "
" Saya minta maaf kalau saya ada buat salah. Saya terfikir apa salah saya buat. Saya minta maaf. Saya taknak hilang awak sayang ". Puas dia memujuk isteri dia yang manja itu.
" Awak ". Panggil Zie.
" Kalau awak tawar hati macam mana? "
Bini aku ni dah kenapa? Baru je kahwin, dah tawar hati pula tiba tiba.
" Tak sayang tak. Jangan tanya pasal tu. Saya taknak benda ni terjadi. Saya minta maaf sayang ".
" Orang taknak pun ego. Taknak pun merajuk hari hari ". Jujur Zie sedang berasa bersalah terhadap suaminya.
Dia merasa sedemikian kerana dia menangis secara tiba tiba hanya disebabkan suaminya itu membeli sarapan sahaja.
Biasa lah emosi orang demam ni memang macam ni. Nak orang tersayang sentiasa dekat sisi kita. Hati nya pula sensitif.
" Sayang nak ego, sayang ego lah. Tapi jangan ego selalu. Jangan selalu bagi saya overthinking. Saya ni kuat overthinking sayang. Saya minta maaf sayang. Saya taknak kita gaduh lagi "
" Tapi awak kena janji "
" Janji apa sayang? "
" Jangan pendam ". Zie tak suka orang yang dia sayang pendam masalah sorang sorang. Kalau boleh dia nak tolong apa dia mampu. Atau dia nak hadapi masalah tu sama sama.
" Iye sayang. Saya tak pendam. Kalau saya pendam pun, saya tak kan larat nak pendam sorang sorang. Saya akan cerita juga dekat sayang "
Pada waktu itu, Zie hanya terfikir sampai bila dia nak berterusan seperti ini. Dia takur Aqil akan penat dengan sikapnya.
Tapi apa dia boleh buat? Dia kurang kasih sayang dari Encik Fakhir dan arwah adiknya.
" Awak tak penat ke dengan perangai orang? Selalu merajuk pastu buat awak sakit hati "
" Sayang, jangan lah cakap macam tu. Saya sikit pun tak terasa sakit hati "
" Yeke? Kenapa macam tu? "
" Sebab saya punya rasa sayang tu lagi tinggi dari sakit hati. Saya jenis sayang buat saya sakit hati lepas tu sayang manja balik terus hilang sakit hati tu ". Aqil berharap ini saja dia mampu memujuk isteri tercinta.
Haih manja sungguh lah isteri Aqil Faiq ni!
" Dah sayang. Jangan nangis. Saya tak sampai hati tengok awak nangis sebab saya sayang. Awak tak sihat kan? Jom kita sarapan dulu lepastu makan ubat ". Aqil mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya itu.
" Hm okay ". Dia terus bangun dari katil itu dengan bermalas malasan.
" Hah keluar pun pengantin baru ni. Ingatkan nak makan dalam bilik ". Gurau Encik Fakhir.
" Tak lah ayah. Kakak ni manja betul. Pagi pagi dah suruh tadah air hujan. Banjir pula tu ". Aqil sengaja sakat Zie supaya isterinya itu tidak menangis lagi.
" Aqil, kamu kerja tak harini? ". Puan Malihah bertanya yang lagi tadi dia hanya diam saja.
" Kerja kot. Kalau isteri Aqil ni demam lagi, Aqil cuti jelah "
" Tak payah lah cuti. Biar jelah. Dia tidur je manjang kalau demam "
" Yeke? Tadi bukan main manja lagi dengan Aqil " Sambung sakat lagi si Aqil ni. Ada pula peperangan dunia ni.
Ish malu lah aku! Dah lah tak pernah manja dengan mama ayah ni.
Sejurus selepas mereka sarapan, Zie pun makan ubat lalu dia pergi berehat di dalam bilik nya. Kalau dah mula tidur ni, memang sampai petang lah jawab nya.
Alasan nya ubat ni mengantuk. Itu lah kerenah si Zie ni. Dia tak larat nak pergi mana mana. Tambah lagi dia tak larat nak berborak dengan sesiapa.
Macam tu sekali eh?
Aqil pun masuk ke bilik. Risau pula isterinya itu tak boleh tidur.
" Sayang boleh tidur tak? "
" Boleh. Tengah mengantuk ni. Kenapa? "
" Tak ada apa. Kalau tak boleh tidur, saya dodoikan "
" Boleh je. Awak nak tidur sekali ke? "
" Tak lah. Saya nak duduk depan. Tidur sekali mama cakap apa pula "
" Okay lah. Orang tidur dulu "
Aqil keluar dari bilik itu, dan pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersama adik iparnya.
Dia malu dan buntu. Apa yang patut dia nak buat dekat rumah ni? Isteri dia tidur disebabkan tidak sihat.
Kalau tidur sekali, karang mama dia cakap apa pula. Nak kemas rumah ni, tapi dah kemas. Kemas bilik? Tak ada yang bersepah pun dalam bilik ni.
Nak kemas baju? Boleh je, tapi nanti nak balik rumah mak pula. Argh! Aku buntu. Sayang kenapa awak demam masa macam ni. Kalau awak ada mesti awak bagi idea.
Tolong mama masak untuk tengah hari? Tolong potong boleh lah. Tolong masak tak pandai hehehe. Okay lah tolong potong. Asalkan belajar kan?
Aqil terus menuju ke dapur untuk melihat apa yang patut dia tolong. Puan Malihah menyuruhnya masak bubur untuk Zie.
Selalunya kalau Zie demam memang dia akan bubur sahaja. Tekak dia terlalu pahit untuk menelan makanan dan minuman.
Nak telan air kosong pun dia tak boleh, takut muntah balik je. Aqil mengambil periuk di dalam almari itu lalu dia masuk kan beras dalam 1 cawan sahaja ke dalam periuk itu.
Dia membersihkan beras itu dengan air sebanyak 3 kali. Selepas itu, mengukur paras air menggunakan air agar tidak terlalu berlebihan.
Dia letak kan periuk itu ke atas dapur gas kemudian dia memetik api dengan menggunakan pemetik api.
Aqil mencari topik untuk berborak dengan Puan Malihah. Encik Fakhir pula awal pagi sudah pergi ke kebun. Dah pencen memang macam ni.
" Mama, dengar cerita mama pernah accident betul ke? "
" Betul. Mana tahu ni? "
" Kakak bagitahu dekat Aqil haritu. Macam mana boleh accident? "
" Masa tu mama dengan ayah nak pergi Sekinchan dengan kawan kawan. Naik motor RS masa tu "
Aqil memasang telinga, mendengar cerita sebenar apa yang telah terjadi pada kedua orang tua itu.
" Lepas mama dengan ayah dekat hujung tepi dah. Ada satu kereta putih ni dari belakang nak masuk simpang terus langgar macam tu je "
" Pastu dia lari ke? "
" Dia tak lari. Dia berhenti sekejap. Mama sempat ambil gambar kad pengenalan dia. Nombor plat kereta pun mama sempat. Dia perempuan, India "
YOU ARE READING
Jodohku Dikenduri!
Random# nak morning awal awal, mungkin cerita ni korang tak kan faham. mungkin korang rasa bosan pada awalnya. maaf banyak kali edit sebab nak baiki apa yang salaj. maaf kalau tatabahasa tak betul and kurang faham.