- Bab 8 -

50 0 0
                                    

Terlalu banyak banyak kereta yang ada di jalan raya di Penang itu. Mungkin orang balik dari bercuti. Nak mulakan rutin harian balik. Kerana esoknya tahun baru. Jadi mereka bertungkus lumus mencari tempat untuk meluangkan masa bersama keluarga. 

Selama 18 jam juga lah perjalanan mereka. Jalan di situ sesak tambah lagi hujan lebat. Zie hanya mampu tidur sahaja dalam bas. Mana tak nya, dengan ngantuknya tambah lagi penat. Duduk pula bawah pendingin hawa. Manjang tidur jelah.

Tepat pukul 12 malam, masuk tahun baru mereka pun sudah sampai di tempat masing-masing. Ayahnya, Encik Fakhir sudah pun menunggu kepulangan anak sulungnya di tepi longkang untuk membantu Zie mengangkat barang. 

Padahal barangnya 2 beg sahaja tidak lah banyak. Zie masuk ke rumah lalu membuat panggilan Aqil seperti biasa tetapi Aqil masih lagi demamnya. Susah betul kalau dah tidur mati ni haih. Nasib sayang je ni.

Zie mengemas baang dan biliknya yang bersepah itu sebelum dia masuk tidur. Dia terlalu penat. Penat penat pun tak mandi apa semua, malas katanya. Dia tak kisah jika dimuka nya tidak dijaga, dia tahu kalau dia rajin jaga muka nanti memang berseri betul muka.

Zie terjaga dari tidur nya di tengah malam buta. Tiba tiba saja badannya kesejukan. Pada waktu subuh dia mula perasan yang dia pun demam. Habislah kena bebel dengan Aqil nanti! Zie membuka telefon bimbitnya untuk memberitahu kepada Aqil bahawa dia demam.

Aqil pula awal pula bangun pagi yang indah ini sempena tahun baru. Dia menerima mesej dari cinta hatinya dan terus membaca pesanan itu. Seperti biasa Aqil membebel di awal pagi ini. Dia menyuruh Zie pergi ke klinik dan makan ubat agar kesihatannya sembuh seperti sediakala.

' Pergi klinik! Dah cakap dah jaga diri dekat tempat orang. Pakai mask apa semua. Kenapa tak buat. Kan dah demam. Ajak mama pergi klinik sekarang! '

Ish bebel saja orang tua ni!

Zie terpaksa mengambil cuti last minute. Dia betul betul tak larat nak buat kerja apatah lagi nak berdiri lama lama. Karang pengsan pula Zie ni. Zie kalau demam memang degil. Jangan suruh suruh dia makan ubat.

Memang dia taknak dengar. Kalau demam ni dia tidur je manjang. Nanti mengadu sakit kepala. Dia mula mengajak emaknya, Puan Malihah untuk ke klinik. Puan Malihah turutkan saja permintaan anaknya itu. Alang alang dia dah dapat gaji.

Balik sahaja dari klinik, dia terus makan nasi yang dimasak oleh Puan Malihah selepas itu dia tidur. Kepala nya sangat sakit kerana musim panas. Zie kekurangan air dalam badan dan tongsil dia bengkak akibat kurang minum air mineral. Disebabkan itu lah dia boleh demam sama saja seperti Aqil.

3 hari sahaja Zie demam berturut turut dengan suhu 39 darjah celcius. Zie kalau demam, memang panas sangat badannya. Suhu pun sangat tinggi. Pernah juga lah dia dapat suhu 40 darjah celcius kerana kekurangan air dalam badan.

Ayahnya, Encik Fakhir menghantar dia ke klinik dan dia termasuk ke hospital. Doktor perlu masuk kan air dalam badannya dan beberapa botol. Jangan sangka kan antibody kita kuat tak kan dapat sakit ya! 

Sekarang dia sudah dewasa, dia tak perlukan lagi susahkan sesiapa jika dia ada sakit. Dia hanya mampu simpan saja apa dia rasakan. Dia tak mahu orang lain nampak dia sakit. Diajuag ada sakit mental sejak tingkatan 4 lagi.

Dia hadap semua ni sorang sorang. Terkenangkan zaman sekolah nya dahulu. Dia sering dibuli oleh rakan sekelasnya. Dia tak ada kawan rapat untuk dia mengadu masalah. Cikgu di sekolah itu pula hanya menyalahkan Zie sahaja.

Sampai lah orang mengata Zie ni perampas lelaki mahupun perampas kawan. Dia pun tak tahu sama ada lelaki itu berpunya atau tak. Tapi salah lelaki tu juga kerana melayan Zie seperti kekasih. 

Dengan semudah itu lelaki itu memalukan Zie di depan orang ramai. Kawan kelas punya tidak mahu dengar penjelasan Zie. Apa yang terjadi pada diri dia itu hanya lah fitnah semata-mata. 

" Kau ni memang perampas ke? Hidup tu jangan perasan sangat. Jangan suka suka tikam belakang orang. Kau tahu tak Badrul Husni tu siapa punya? Azreena punya. Sebab kau diaorang dah putus! ". Anis beri amaran kepada Zie agar Zie tidak mengganggu hubungan orang lagi.

' aik apa salah aku? Macam macam jadi dekat aku harini. Tambah lagi masalah. Badrul tu cuma minta duit dekat aku je. Tu pun sebab dia ugut. Kenapalah hidup aku macam ni '. Bisik hati Zie. Dia hanya mampu nangis dalam hati saja.

Zie dah taknak ingat tentang yang menyakitkan itu lagi. Dia hanya mahu teruskan hidupnya seperti biasa. Biar lah dua manusia tu nak buat apa pun. Dia malas nak ambil tahu.

Pada keesokan harinya, Zie memulakan rutin harian mereka seperti biasa. 2 bulan sahaja mereka berkenalan. Aqil melamar Zie kerana dia takut di ambil orang. Dia juga takut di kebas seperti masa lalu nya.

Aqil membuat panggilan Zie katanya ingin berjumpa. Ada benda penting dia nak beritahu. Sampai saja di tempat yang ditetapkan, jantung Zie berdebar seakan ingin tercabut. 

" Jom kita kahwin? ". Macam tu je Aqil lamar? Budak ni demam ke? Entah betul ke tidak dia ni. 

" Ha?! Tak rasa cepat sangat ke? Lagi pun kita baru je 2 bulan kenal, tak kan dah nak kahwin "

" Kita boleh kenal kenal masa dah halal nanti. Mak ayah saya dah suruh saya kahwin. Diaorang siap tanya bila nak bawa balik menantu "

" Tapi awak.. ". Tak sempat dia bercakap, Aqil memotong percakapannya.

" Tak ada tapi tapi. Esok saya bawa awak pergi jumpa keluarga saya "

" Tapi saya malu lah. Nak pakai baju apa ni? Saya pakai baju kurung ye? "

" Pakai jelah apa apa pun awak tetap cantik "

Lah kau dah lah ajak kahwin macam tu je. Tu je nak cakap nya? Boleh call kot! Ngomel Zie seorang diri.

Zie terus balik ke rumah dan selongkar almari bajunya untuk mencari baju kurung apa yang sesuai dan cantik. Dia menggosok baju kurung dan tudungnya itu pada malam itu juga. Tak sabar rasanya tapi tu lah jangan lah gagap ya! Buat malu je.

Pada keesokan harinya, dia bangun awal pagi untuk bersiap-siap. Awal betul bangun padahal janji pukul berapa. Yelah tak sabar punya pasal sampai tak boleh tidur. Dia menunggu Aqil mengambil Zie dari rumah ke rumah keluarga Aqil dengan menaiki motor sahaja. 

Maklum lah Aqil tak ada lesen kereta lagi, jadi dia dia terpaksa beranikan diri meminta izin ayahnya, Encik Fakhir untuk membawa anak daranya itu ke rumah keluarganya.



Jodohku Dikenduri!Where stories live. Discover now