𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝 𝟏 ( edited )

80 2 0
                                    

"Chaerin, bangun la dah lambat ni"

Suara Sunoo itu bergema menerpa telinga gadis yang sedang dibuai mimpi itu. Pintu diketuk beberapa kali namun tiada jawapan. Ini mesti berjaga malam sebab tonton k-drama kegemaran. Pintu diketuk sekali lagi tetapi kali ini lebih dasyat. Hampir tercabut jugalah pintu itu dibuatnya. Namun, hasilnya masih sama. Kalau pintu bilik ni boleh bercakap, dah lama agaknya membebel.

"Awak ni kan memang susah sangat ke nak bangun?" Sunoo mengurut-ngurut dahinya, apa nak jadi lah dengan anak dara ni sorang. Ini kalau bakal suami nampak memang terus cancel nak masuk meminang!

"Nampaknya terpaksa la kena buat macamni" dengan keluhan berat, Sunoo cuba cara yang terakhir untuk mengejutkan sepupu perempuannya yang masih lena tidur di katil empuknya. Kalau tak menjadi juga alamatnya kena kejut pakai bom lepas ni.

"OI PEKAK KE SENAH?! AKU KATA BANGUN BANGUN LAH! TU PUN PAYAH KE?! BANGUN BANGUN CEPAT!" Menjerit sambil mengetuk pintu memang suatu combo terbaik untuk mengejutkan rimau eh orang yang sedang tidur.

Kuat betul jeritan Sunoo oppa kita, tanjat sis! Peti suara Sunoo dibetulkan, serak suara kita dik non.

"Aduh dah mula dah dia punya perangai.. ini kalau aku tak bangun lagi memang kena jirus pakai air," bisik Chaerin sendiri. Kaki diatur masuk ke bilik air, tuala yang tersangkut elok menggunakan hanger di almari dicapai. Terus dia masuk ke kamar mandi walaupun masih dalam keadaan mamai.

Setelah selesai membersihkan diri. Chaerin mengambil tempat duduk di kerusi yang berada di hadapan meja solek itu. Bermulalah skincare routine hariannya bagi menjaga kulit miliknya yang putih bak salju itu. Baju seragam sekolah yang bersih dan telah digosok pada malam semalam dipakai Chaerin. Tangan asyik membetulkan rambut panjangnya yang serabai itu. Biasalah baru lepas mandi kan?

Nasib sahaja tak terlalu basah rambutnya. Kalau tidak, makin lambat lagilah dia untuk turun ke bawah. Makin lambat makin panjang bebelan si Sunoo.

Beg sekolah dicapai dan digalas di bahu. Kakinya terus menuruni anak tangga secara berhati - hati. Tiba - tiba bau seakan-akan hangit itu menusuk hidungnya. Siapa pula yang bakar sampah pagi pagi hari ni? Takkan lah..

"Oi Sunoo! Hang buat apa tu?! Habih la dapuq aku bersepah teqhok nanti."

"Hehe, saya try buat pancake ni ha. Tapi tulah, nampak gayanya jadi burncake nyah," pinggan yang dibuat letak lempeng itu diletak di atas kaunter meja. Dada diurut seketika. Bukan apa, risau takut - takut ada benda terbakar tadi.

"Takpelah weh, saya takde selera lah nak makan. Awak jelah yang makan eh?" Kata Chaerin. Sunoo menggeleng - gelengkan kepalanya. "Tak boleh! Awak kena makan jugak. Kalau nanti kena gastrik macam mana? Awak tu bukannya boleh tahan kalau dah lapar sangat. Kalau tak nak makan sekali pun, nah ambil susu ni. Minum," segelas susu suam disua pada gadis itu. Daripada kita kena dengar Sunoo berleter baik kita turutkan aje.

"Nah, awak habiskan lah lagi yang tinggal separuh tu. Kita dah kenyang." Kasut hitam diambil dari rak kasut. Disarungnya ke kaki yang sederhana saiznya itu setelah memakai stokin. Ikatan rambut dibetulkan sedikit. Tak nak lah nanti tengah jalan tiba - tiba melorot kan?

"Kim Sunoo? Jomlah gerak. Bas kita dah sampai tu."

"Habistu dapur ni siapa yang nak kemas? Hantu?"

"Lepas balik nanti awak kemas lah. Jom cepat. Kalau pakcik bas tu marah nanti jangan nak kaitkan saya sekali. Saya tak nak terlibat sama," Chaerin berura - ura mahu meninggalkan Sunoo. Laju Sunoo mencabut apron yang dipakai olehnya. Tisu diambil untuk mengelap tepung yang melekat di muka dan bajunya.

••

"Oi, Yeji! Cepatlah. Kau nak suruh aku tunggu berapa lama lagi? Kau tunggu pagar sekolah tutup dulu ke macam mana ni?" Bebelnya dari tingkat bawah. Perempuan kalau bersiap pergi sekolah pun memang ambil masa yang lama ke? Penat seh.

"Ish, sabarlah! Kita kan new student. So, no hal lah kalau datang lewat pun," balas Yeji seraya menuruni anak tangga yang tidak terkira banyaknya itu. Rantai dileher dibetulkan sambil berjalan menuju ke arah Ni-ki.

"Aku rasa destinasi kita lepas ni, sekolah. Bukan kelab malam. Yang kau berantai, bergelang apa semua ni dah kenapa? Nak bagi cikgu disiplin dekat sana rampas lepas tu kantoi?" Pandangan tajam dari lelaki dingin itu membuatkan Yeji terpaku. Suka sangat dia apabila Ni-ki memandangnya sebegitu.

"Yelah, yelah. Aku tak pakai. So, let's go? " Yeji merangkuk lengan sasa milik Ni-ki itu sambil menuju ke arah bas sekolah yang dari tadi sampai di hadapan penthouse mereka.

"Eww, memang kena naik bas buruk ni ke, Riki? Not my level! "

"Kau naik sebelum bayonet aku melayang dekat muka kau yang tak tahu malu tu,"

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now