Episod 13

66 1 2
                                    

"Si budak Chaerin tu tak datang lagi ke harini? Kata nak datang," kata Ni-ki kepada gadis berambut perang di sebelah itu. Si dia hanya mengangkat bahu. Kalau ikutkan apa yang si anak Park tu mesej, dia memang akan hadir ke sekolah pada hari ini. Entah apa pula masalah yang dihadapi.

"Weyh, kau tak rasa ke Beomgyu ada kaitan dengan kes si Chaerin tak datang ni? Sebab kau pernah ada cakap dengan aku yang Beomgyu tu pernah jadi boyfriend Chae," Yeji memandang ke arahnya dengan riak muka seakan bertanya 'dah kenapa kau nak kesah sangat pasal minah tu?'

"Aku bukan apa, lagipun kalau dia banyak hari tak datang ni aku takut makin delay kita punya mission. Kalau Jungwon dengan Heeseung hyung dah bising macam mana kan?" Sengaja Ni-ki menyembunyikan perasaannya terhadap Chaerin. Sejujurnya, dia risau akan kesihatan dan keselamatan gadis polos itu. Lama kelamaan rasanya macam nak batalkan sahaja misi untuk membunuh dan menyeksa dia.

"Betul jugak apa cakap kau tu. Ah, ginilah. Kita start mission untuk bunuh dia tu minggu depan. Sebelum dia ambil exam, baik kita seksa dia dulu. Dua tiga hari kemudian baru bunuh," kejam. Itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Ni-ki walaupun setakat di dalam hati sahaja. Macam mana dia nak bagitahu Chaerin tentang perkara ni? Patutkah dia memberi tahu hal sebenar sebelum terlambat?

"Oi, kot ye pun berangan janganlah stop berjalan tu. Aku ni dah naik malas nak guna kaki aku ni. Kereta mahal elok elok ada kau cakap tak payah guna. Batak punya olang!" Rungut Yeji. Haish, nampak sangat ke dia tengah mengelamun tadi?

"Nak senang, kau potong je terus kaki kau tu. Dah kau tak nak pakai sangat kan? Ha, kau bagi anjing kau rasa kaki kau yang takde isi sangat tu. Aku chaw luh, pape rojer!" Terus Ni-ki berlari menuju ke arah pagar sekolah. Tahulah kaki tu panjang, tak payahlah nak acah acah jadi atlet lari pagi-pagi macam ni. Burung yang syok berterbangan dekat langit tu pun elok elok nak terbang, terberak.

**
Kakinya yang panjang itu dari tadi lagi digedik - gedikkan. Pen di tangan mengetuk berkali - kali di kepala. Sekarang dia sedang berada di dalam perpustakaan sendirian. Sepatutnya, Ni-ki ada disebelah buat menemani tapi entah kenapa tiba - tiba dia mempamitkan diri untuk ke tandas. Fikirannya serabut memikirkan tentang si dia. Ke mana pula lelaki dingin itu pergi? Sudah dekat setengah jam, susuk tubuh yang tinggi galah itu masih tidak kelihatan. Sembelit ke?

Sudah! Dia dah tak tahan lagi untuk menunggu kehadiran lelaki itu. Dia bingkas bangun dari duduknya lalu keluar dari perpustakaan sekolah. Destinasi yang ingin dituju sekarang adalah tandas lelaki.

Sesampainya dia di sana. Keadaan sekeliling diperhati. Takut - takut ada orang nampak apa yang ingin dilakukan oleh gadis berambut perang tersebut. Tak pasal-pasal masuk buletin sekolah. Tanpa aba - aba, dia terus melangkah masuk ke dalam tandas itu.

"Ni-ki! Riki! Yah, Nishimura Riki!" Satu persatu pintu diketuk dan ditendang namun tiada satu pun yang menampakkan susuk tubuh tegap dan tinggi itu. Rambutnya dikusutkan sedikit. Air mata tiba - tiba tumpah dari tubir matanya. Kenapa? Dia risau akan keadaan cinta hatinya itu.

Tiba - tiba satu mesej masuk membuatkan bahu Yeji terhinjut. Serta merta telefon itu diambil dari poket blazer. Matanya terbuntang tatkala membaca isi mesej berserta gambar yang dihantar oleh Jungwon, penolong ketua mafia mereka.

Makin teresak esak tangis Yeji apabila melihat gambar Ni-ki dan Chaerin berpelukan di atas katil hospital. Sungguh, dia tak pernah menyangkakan perkara itu akan terjadi.

Yang Jungwon
| 📷 Photo

Yang Jungwon
| Member kau ni dah angau bercinta ke macam mana? Berpelukan bagai. Eww, ni ke heartless mafia yang kitorang kenal?

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now