"Lama kau pergi sana. Ada apa sampai Jungwon tak menyempat nak bincang lepas balik sekolah?"
"Takde apalah, Jungwon hyung just tanya aku pasal progress mission kita tu. Biasalah, ketua mesti kena risau dekat anak buah kan." Balas Ni-Ki selepas melabuhkan duduk di atas kerusi bersebelahan Yeji. Tak keruan gadis itu jadinya, kerusi yang dibuat duduk lelaki tersebut terlampau dekat dengan dirinya. Ini kalau ada someone nak jadi orang tengah pun, tak muat.
"Then, kau bagitahu apa dekat diaorang? Tulah, kan aku dah cakap percepatkan aje prosesnya. Ni tak, nak tunggu itu ini lah apa lah." Bebel Yeji tak ubah seperti makcik-makcik. Patutlah si Ni-ki ni asyik tak dengar cakap dia. Kaki mengomel betul. Tak macam Chaerin, lembut aja tutur kata. Ada lah juga time time membebel, tapi tak selalu.
"Aku cakap bagi dulu kitaorang masa sebulan untuk habiskan Chaerin. Sebab Chaerin ni dia susah sikit nak percaya orang.
Plus dia tu asyik kena tikam belakang. So susah sikit nak bagi dia percaya bulat-bulat."
"Apa maksud kau? Bukan ke dia tu senang je nak kena tipu dengan kita?" Soal Yeji lagi. Kali ini, matanya tepat memerhati Chaerin dari jauh. Nampaknya dia sedang leka dengan buku. Jadinya senang sedikit untuk membahas dengan Ni-ki.
"Masa aku jaga dia dekat hospital tu, aku ada tanya dia. Dia anggap tak kita ni macam kawan baik dia. Kau tahu dia balas apa? Dia cakap anggap kawan je. Tak rapat sebab takut," bohongnya.
Yeji menganggukkan kepala tanda faham. Nampak gayanya, dia perlu cepat-cepat bertindak untuk habiskan riwayat hidup Chaerin Park. Nak tunggu sebulan? Dengan kesabaran senipis tisu, memang tak boleh nak tunggu tempoh selama itu.
Baginya selagi Chaerin masih hidup, selagi tu Ni-ki akan melayannya dengan layanan yang tidak memuaskan. Sebab apa? Sebab dia tahu yang kemungkinan besar si Ni-ki jatuh cinta dengan gadis itu.
Benci betul dia pada gadis polos bernama Chaerin.
"Jauh termenung. Kerja tu nak suruh siapa buat? Hantu? Kot ye pun nak mengelamun, tunggu nanti balik. Boleh kau mengelamun dengan Sunghoon." Tersentak Yeji apabila Ni-ki menegurnya. Nasib sahaja tak melatah. Kesian Sunghoon yang lena tidur kat penthouse tu. Mentang-mentanglah member kuat zoning out, boleh pula dia membahan.
"Ish, aku nak buatlah ni. Sekejap lah, aku nak pergi tandas dulu. Kau buat lah dulu kerja kau."
"Yelah tu, dahlah. Baik kau pergi sebelum terburai kat situ."
Setelah Yeji sudah tidak kelihatan. Barulah Ni-ki bingkas bangun dari kerusi lalu melabuhkan duduk di sebelah Chaerin. Terhinjut sedikit bahu gadis itu apabila melihat wajah lelaki dingin tersebut. Kenapa pula mamat ni tiba-tiba nak duduk sebelah kita?
Sudahlah dalam fikiran masih terngiang-ngiang lagi sweet moment di hospital tempoh hari. Dah macam cerita Hindustan pula jadinya.
Main carry carry, lepas tu kejar mengejar. Sampaikan nurse yang kebetulan nak check kita, terus terbatal niat.
Romantik kan? Kau ada? Takde kan? Dasar single. *Author pun single, hm.
YOU ARE READING
✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊
Fanfiction𝗡𝗶𝘀𝗵𝗶𝗺𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗸𝗶, seorang mafia yang heartless disuruh oleh ahli kumpulannya untuk menyelesaikan lagi satu misi bersama - sama dengan Hwang Yeji, merangkap partner kerjanya. 𝗖𝗵𝗮𝗲𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗸, gadis polos yang selalu disisihkan oleh...