Pintu kereta BMW M8 Coupe miliknya dibuka untuk si gadis masuk ke dalam perut kereta. Tubuh kecil gadis itu terus memboloskan diri ke dalam tanpa sebarang riak di wajah. Mungkin masih lagi terkejut dengan apa yang baru sahaja terjadi. Harapnya Chaerin masih tidak tahu kebenarannya. Kalau tidak, entah macam mana jadinya nanti.Selepas pintu kereta itu ditutup barulah Niki berlari ke arah pintu pemandu. Enjin kereta mula dihidupkan. Setelah enjin mula panas, pacuan empat roda itu terus meluncur laju ke rumah Chaerin.
Senyap. Hanya bunyi enjin dan radio sahaja menjadi halwa telinga masing-masing. Selalunya pasti ada suara comel yang memenuhi keretanya itu. Namun sekarang, pemilik suara tersebut masih diam tak berkutik.
"Chaerin-ah, kau.. okey?" Soal Niki dengan lembut. Biarlah dia berkasar ketika bertutur dengan orang lain yang seumuran dengannya ataupun dengan kawan baik sahaja. Dengan future wife kita kena baik-baik aja. Tak boleh nak kasar - kasar. Kang ada yang tak kahwin nanti.
"Okey je." Balasnya ringkas. Jari jemari sedari tadi lagi di gerak-gerakkan. Mungkin penyakitnya itu masih menyerang dirinya. Siapa je yang tak terkejut, semuanya jadi serta merta. Tak sempat otak ini hendak memproses.
"Give me your pretty hand, Princess." Arahnya. Chaerin akur sahaja dengan permintaan Niki seraya menghulurkan tangan sebelah kiri. Tangan yang mulus dan putih Chaerin terus dipegang erat oleh teman lelakinya itu.
Sejuk. Nampaknya memang betul lah tekaan Niki tadi. Tangan teman wanitanya dielus-elus perlahan untuk cuba menenangkan hati si gadis. Sesekali, tangan itu dikucup lembut beberapa kali. Chaerin yang terkejut dengan perbuatan Niki terus menarik tangannya semula dengan muka yang cuak. Ish, dia ni. Suka sangat buat orang terkejut macam tu tau!
"A-apa awak buat tadi? Kenapa awak cium tangan kita?" Tergagap dia dibuatnya. Mata memandang Niki sekilas namun riak wajah lelaki itu masih sama. Dingin. Olololo abang Niki kita ni buat - buat cold pula. Tadi kemain romantiknya.
"Oh, kau tak nak bagi aku cium tangan ke? Takpalah, nanti dekat rumah aku cium pipi kau pula," mata dikenyitkan ke arah si gadis. Haih, dah mula lah tu perangai merenyam dia. Tapi kalau dengan kita je takpe. Kalau dengan betina lain, memang perkataan 'arwah' bertambah depan nama perempuan tu.
"Amboi - amboi awak ni. Gedik lebih lah pula. Menyesal tanya tadi." Niki mencebikkan bibirnya kehadapan. Terkekeh - kekeh Chaerin dibuatnya. Fikir hensem ke buat bibir macam tu? Ini kalau tegur comel kang, makin merajuk lah si bakal suami kita ni. Eh?
"Kau ni, aku nak sweet sweet dengan kau sikit pun tak boleh. Kenapa? Nak tunggu kahwin dulu ke baru nak romantik macam tadi? Okey, kau tengok nanti. Aku carry kau lepastu campak kau masuk swimming pool. Nak?"
"Awak ingat disebabkan awak tu tinggi saya tak boleh lari ke ha? Awak jangan main - main. Tahun lepas saya masuk larian 200m tau!"
"Mesti dapat tempat saguhati kan? Maklumlah, mana ada orang pendek menang lumba lari- eh? Nangis ke?"
Air mata air berjurai keluar dilap perlahan. Mukanya yang menjadi kemerahan dek kerana menangis itu membuatkan Niki berasa sebersalah. Tu lah kau Niki, kacau lagi Chaerin yang sememangnya digelar ratu hati tisu ni. Ha, pandai - pandai lah kau pujuk ye, Nishimura Riki.
Muka gelabah yang terpapar di wajah teman lelakinya itu membuatkan si gadis ketawa semula. Air mata yang masih membasahi pipi dilap menggunakan tisu yang kebetulan berada di tepinya. Niki masih terkebil - kebil dengan apa yang berlaku, matanya hanya tertumpu untuk melihat telatah Chaerin yang tiba - tiba berubah emosi sepantas kilat. Tadi nangis, sekarang gelak pula. Lain macam betul Park Chaerin ini ya.
YOU ARE READING
✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊
Fanfiction𝗡𝗶𝘀𝗵𝗶𝗺𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗸𝗶, seorang mafia yang heartless disuruh oleh ahli kumpulannya untuk menyelesaikan lagi satu misi bersama - sama dengan Hwang Yeji, merangkap partner kerjanya. 𝗖𝗵𝗮𝗲𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗸, gadis polos yang selalu disisihkan oleh...