Episod 9 ( edited )

56 4 0
                                    

"Kenapa kau tak jumpa dengan aku semalam? Kau pergi mana sampai sanggup sidai aku sampai ke malam?"

Suara itu membuatkan Chaerin terketar-ketar ketakutan. Tapi salahnya juga kerana tidak menepati janji. Tapi kalau dituruti janji semalam itu, sudah pastinya perkara buruk sahaja yang berlaku. Lagi pula, tiada satu faedah pun kalau mereka berdua berjumpa. Tambah menyakitkan hati ada lah.

"Aku dah cakap kan.. aku tak ingat pun pasal tu. Kalau aku ingat aku takkan sidai lah kau dekat sana. Tulah, siapa suruh tunggu." Chaerin cuba menyelamatkan dirinya dengan menipu. Tak tahu sama ada taktik itu berjaya atau tidak. Kalau tidak berjaya, dia redha dengan apa yang akan terjadi selepas ini.

"Kau tak payah nak tipu lah Chaerin! Aku tahu kau spend time dengan jantan tu kan semalam?! Amboi, siap bawa banyak anak patung bagai. Tu yang kau kata lupa?" Beomgyu menaikkan suaranya. Nasib tiada siapa yang dengar. Jika ada yang dengar pun, lagi baik. Bolehlah dia terus berkahwin dengan gadis ini.

Mereka berdua sekarang berada di kelas yang kosong. Semasa Chaerin dalam perjalanan hendak ke perpustakaan tadi, sempat Beomgyu menarik tangannya ke sini secara paksa walaupun sudah ditentang kuat oleh Chaerin.

"Jantan mana pulak kau ni? Kau tak payah lah nak buat buat cerita. Aku ada kat rumah je semalam. Malam tu baru aku teringat pasal kau."

Beomgyu mengusutkan rambutnya. Dah tahu bertanya pula. Ni kalau aku tunjuk bukti ni apa reaction dia eh?

Tiba-tiba dia mengeluarkan telefon pintar miliknya dari poket. Album gambar dibuka lalu skrin itu dihalakan di hadapan wajah polosnya itu.

"Ni apa Park Chaerin? Kau tak payah lah nak reka cerita. Kau tak takut ke dengan aku? Tak serik serik lagi dengan dulu? Ke kau nak merasa lagi?!" Beomgyu mula mengungkit-ungkit isu dia bersama Chaerin sewaktu menjadi kekasih dahulu.

Beomgyu selalu memukul dan bercakap kasar pada Chaerin selepas dia menjalinkan hubungan cinta dengan Aeyoung tanpa pengetahuan Chae.

Chaerin sedaya upaya untuk tutup segala luka-luka yang ditinggalkan oleh kekasihnya terhadap Sunoo. Atas alasan tidak mahu cinta hatinya itu ditahan polis.

"Aku ingat. Siapa je tak ingat benda benda macam tu. Takut? Aku tak takut dengan kau, Gyu. Maybe dulu aku selalu akur je dengan arahan kau. But now, I won't! I say again, I won't! "

Beomgyu berjalan menghampiri Chaerin. Gadis itu mengundur sedikit demi sedikit lalu terlanggar dinding.

"Kau nak buat apa ni! Kau jangan sampai aku jerit eh?"

Tanpa menghiraukan ugutannya. Beomgyu menanyakan soalan yang agak susah untuk dijawab

"Kau sayang aku lagi kan? I know it babe."

Berubah drastik nada Beomgyu. Macam
psycho pula.

"Kepala hotak kau. Jantan macam kau ni elok lempar aje dekat sungai je biar mati kejung dekat dalam tu. Barulah takde keturunan jijik macam kau lagi kat dunia ni!"

Tak semena-mena dia dihadiahkan penampar di pipi mulusnya. Berbekas kesan tamparan itu bukan sahaja di kulitnya malah di hatinya yang sudah lama terluka itu.

Sekujur tubuh Chaerin jatuh ke tanah akibat ditampar hebat oleh lelaki dayus tersebut. Air matanya mula jatuh ke lantai

Beomgyu melangkah keluar meninggalkannya. Sebelum itu, dia mengugut Chaerin untuk tak beritahu siapa siapa tentang hal tadi.

Sunoo-ya.. tolong Chae.. Chae takut...

Riki.. tolong saya please..

Riki.. datanglah cari saya..

Matanya perlahan-lahan tertutup. Tiada sesiapa ke yang mahu menyelamatkan gadis malang ini? Sudahlah dia baru sahaja dilayan dingin dengan rakan sendiri. Tiba-tiba datang lagi satu masalah. Apa yang membuatkan semua orang melayan dia seperti ini?

Pintu kelas itu dikuak dari luar. Terpampang riak wajah terkejut pada wajah perempuan yang mencecah usia 40an itu.

Tak lain dan tidak bukan, Ahjumma Yoon. Seorang jururawat sekolah yang amat dikenali oleh Chaerin. Wanita itu dengan berhati hati mengejutkan Chae yang pengsan itu. Kuat sangat tamparan Beomgyu sampai gadis itu boleh pengsan.

Ahjumma Yoon mengangkat tubuh gadis itu. Chaerin hanya separa sedar.

"Ni ahjumma Yoon, sayang. Meh, ahjumma bawak awak pergi bilik rawatan,"


••

Chaerin Pov :

"Beomgyu start kacau kamu lagi sekali ke? Ahjumma nampak dia baru keluar dari kelas kosong tu tadi. Tu yang ahjumma jumpa kamu. " Ujar Ahjumma Yoon. Seakan akan emak yang amat risau akan anaknya.

Ahjumma Yoon memang rapat sangat dengan aku. Dialah yang tolong rawat luka luka aku masa aku jadi kekasih Beomgyu.

Bodoh.

Memang bodoh aku dulu. Sanggup terluka demi orang tersayang. Tapi sekarang, aku akan pastikan hal itu tidak berulang lagi.

"Nampak gayanya macam tu lah ahjumma. Dia tu memang takkan lepaskan Rin sesaat pun. Nak nak pulak masa dia kata nak jumpa Rin semalam. Tapi tulah, Rin tak pergi pun jumpa dia. Maybe sebab tulah kot dia marah sangat," terangku panjang lebar.

Ahjumma Yoon mengusap lembut rambutku. Secara tidak sengaja, butir mutiara perlahan-lahan membasahi pipi mulusku.

"Shh.. jangan nangis Rin. Mak tak nak tengok kamu nangis macam ni buat kali kedua. Mak tahu kamu kuat orangnya."

Terbuntang mataku pabila mendengar ahjumma Yoon mengelarkan dirinya sebagai 'mak'.

"K-kenapa ahjumma gelar diri ahjumma macam tu?" Tersedu sedan aku bertanya. Nampaknya aku terlalu lebih layankan emosi.

"Apa kata Rin tukar je gelaran ahjumma jadi mak, boleh?" Tutur wanita itu lembut.

Makin menjadi jadi tangisan aku. Alhamdulillah. Dapat juga aku merasa kasih sayang seorang ibu.

Kami berdua berpelukan. Seakan akan kami berdua sahaja di dunia ini. Tanpa disedari, perlahan lahan rasa takut ku berlalu pergi.

••

"Kau tak nak pergi sekolah ke harini Chae?" Soal Sunoo. Selalunya dialah yang selalu bangun awal pagi. Lain pula dia pada hari ini. Tak sihat ke?

"Aku tak sedap badan la. Rasa macam nak demam. Nanti kau tolong inform dekat guru kelas aku tau?" Pinta Chaerim. Tak larat dia hendak ke sekolah selepas apa yang terjadi semalam. Kejadian itu cukup membuatkan traumanya yang kian menghilang kembali semula.

"Kalau kau tak larat sangat, kau pergi la klinik ambik ubat. Apa apa call aku tau." Sunoo menutup pintu biliknya rapat. Sekarang, bolehlah dia merehatkan mindanya.

"Okey, kau take care tau? On the way balik tu jangan lupa singgah kedai roti. Kau belikan roti favourite aku banyak-banyak!"

"Okey, sayang. Aku pergi dulu."

Terkejut dia apabila gelaran 'sayang' terpacul keluar dari mulut sepupu lelakinya itu. Sengaja lah tu nak suruh orang delulu. Tak baikk.

Selimut yang menutupi seluruh badan itu ditarik lagi. Rasa sejuk seakan mencengkam tulang semakin menghilang dek kerana suam dari selimut.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now