Mata dibuka perlahan - lahan. Cahaya lampu yang malap itu membuatkan hatinya terasa berdebar. "Kat mana ni?" Soalnya pada diri sendiri.
Keadaan sekitar diperhati, namun apa yang kelihatan cuma tin minuman dan plastik - plastik yang bertaburan di lantai. Bau busuk dan lembap memenuhi ruang, menambah rasa terasing dalam diri Chaerin.
"Wah wah, dah bangun adik manis kita ni."
Susuk tubuh lelaki itu perlahan - lahan mendekatinya. Chaerin hanya menggulingkan matanya ke atas apabila susuk Beomgyu mula kelihatan.
Haih, dalam dunia ni asyik jumpa muka dia aja. Memang dekat Korea ni dah tiada muka lain agaknya.
"Kau lagi rupanya.. aduh, kenapa lah kau still tak berambus dalam hidup aku?" soalnya dengan berani. Entah datang dari mana pula keberaniannya ini. Selalunya tak macam ni.
"Alamak, dia dah pandai menjawab pulak..."
"Lepas tu takkan aku nak berdiam diri je dekat sini? Kau ingat aku lemah macam dulu ke, Gyu?" ujar Chaerin dengan nada tinggi. Selama ini tidak pernah dia meninggikan suara pada Beomgyu semasa mereka masih bersama.
"Kau yang dulu dengan kau yang sekarang tak pernah berubah. Kau still Chaerin yang pernah merayu supaya aku tak tinggalkan kau,"
Chaerin mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak hendak dia melihat wajah lelaki itu. Entah kenapa apabila Beomgyu berkata sedemikian, hatinya seakan terjentik.
"Chaerin, kau jangan mudah tertipu dengan ayat manis dia tu. Kau kena ingat, jantan tak guna ni lah yang fitnah kau macam macam!" katanya di dalam hati.
"Sayang.. i'm sorry atas semua salah I dulu. I tau I salah. I tak sepatutnya tinggalkan you untuk Aeyoung. Aeyoung tu penipu sayang.. dia tipu I.. I sakit.." Beomgyu mendekati Chaerin. Lalu kepalanya dilentokkan di atas peha gadis itu.
Chaerin tersentak dengan perbuatan Beomgyu sekali gus kenangan lama bersama lelaki itu bermain di fikiran.
"Beomgyu, stop it. Tak guna kau duduk atas peha aku ni. Kau kan ada Aeyoung? Cukuplah apa yang kau buat dekat aku dulu. Kau ingat sesenang tu je untuk aku maafkan kau? No way.."
Beomgyu mengalihkan kepalanya dari peha Chaerin. "I tau.. tapi sekurang kurangnya bagi I one more chance? I janji I takkan ulang kesilapan lama tu."
"Tak payah lah, Gyu. Dulu, aku memang dah bagi kau banyak peluang untuk berubah. Tapi apa kau buat? Kau just hancurkan segalanya. Kau ingat tak sakit ke? Aku pun sakit, Choi Beomgyu.."
"I mintak maaf.. I tak patutnya siakan gadis sebaik you. Masa tu I tak pernah hargai apa yang I ada.. I mintak maaf, Chae. Please get back with me? Kita betulkan semula apa yang musnah tu.. can we?"
Chaerin hanya mendiamkan diri. Mencari jalan untuk menjawab tanpa mengguris hati lelaki dihadapannya ini. Tapi, kalau dilayan jadi lain pula.
Orang kata, tak baik bagi fake hope dekat sesiapa sekali pun.
"Beomgyu, I'm sorry.. I can't. Lagipun aku dah ada masa depan aku sendiri. Aku akan kahwin dengan Riki."
Lelaki tersebut diam membatu tatkala mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis itu. Masa depan? Masa depan kau sebenarnya ada dekat depan mata kau, bukan yang lain!
Amarahnya mula naik. Beomgyu berdiri lalu menghadiahkan satu smirk pada Chaerin.
"Eh perempuan, kau dengar sini," Beomgyu mencengkam ( ? ) dagu Chaerin lalu membuatkan gadis itu memandang wajahnya. "..kau tu bekas aku. Once kau dah jadi milik aku, selama - lamanya kau takkan dapat lari dari aku, tau."
YOU ARE READING
✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊
Fanfiction𝗡𝗶𝘀𝗵𝗶𝗺𝘂𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗸𝗶, seorang mafia yang heartless disuruh oleh ahli kumpulannya untuk menyelesaikan lagi satu misi bersama - sama dengan Hwang Yeji, merangkap partner kerjanya. 𝗖𝗵𝗮𝗲𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗸, gadis polos yang selalu disisihkan oleh...