Episod 23

24 2 0
                                    

Heeseung, Jay, dan Jungwon berusaha keras menahan Yeji yang terus ketawa sambil melemparkan kata-kata sinis. “Akhirnya, mampus juga jantan tu! HAHAHAHA!”

Jay menekup mulutnya, terpana dengan sikap Yeji yang tidak berperikemanusiaan. Sementara itu, Sunghoon mendekati Beomgyu yang terbaring lemah di lantai, memeriksa nadinya dengan penuh cemas. “Jay, tolong aku. Kita kena bawa dia keluar,” arah Sunghoon, suaranya serak.

Heeseung dan Jungwon masih menahan Yeji yang memberontak, cuba melepaskan diri. Mata Yeji terpandangkan sebuah alat kawalan jauh di lantai. Dengan satu tendangan, dia menekan butang pada alat kawalan tersebut.

“Alat kawalan tu keluarkan api!” Jeritan Jake dari alat komunikasi menyentakkan mereka semua. Namun, terlambat – api mula menyala dari setiap sudut, dengan cepat membakar warehouse itu.

“Keluar! Cepat keluar sekarang!” laung Heeseung. Sunghoon dan Jay terus mengheret tubuh Beomgyu keluar. Heeseung dan Jungwon memaksa Yeji, namun Yeji masih ketawa di sebalik asap yang menyesakkan. Sunoo pula memeluk Chaerin yang tak sedarkan diri.

“Chaerin! Bangunlah! Jangan buat aku risau!” Sunoo menggoncang tubuh kecil sepupunya, namun gadis itu masih tidak bergerak. Nafasnya semakin tersekat-sekat, api mula melahap ruang di sekitar mereka.

“Sunghoon! Niki macam mana?” jerit Sunoo sambil memandang Sunghoon yang datang menghampiri.

“Kau bawa Chaerin keluar dulu, aku cuba angkat Niki!” Sunghoon berusaha menarik tubuh kaku Niki, namun asap dan kepanasan menghalang pergerakannya. “Palli, Sunoo! Aku akan keluar selepas ni!”

Dengan berat hati, Sunoo berlari keluar sambil mendukung Chaerin, menahan sebak di dada. Di luar, Jay berteriak, “Mana Sunghoon dan Niki?!”

“Sunghoon suruh aku dengan Chaerin keluar dulu.. katanya dia nak cuba bawa Niki.. nanti dia keluar.. kot,” Sunoo meletakkan Chaerin secara berhati - hati di atas tanah. Kepalanya dilentokkan di atas peha Sunoo.

“Sunghoon!” laung Heeseung dan yang lain. Menunggu sahaja panggilan mereka disahut.

Beberapa detik berlalu, namun Sunghoon dan Niki masih belum muncul. Bangunan itu dijilat api sepenuhnya, dan yang lain hanya mampu melihat dengan perasaan hiba dan ketakutan.

 Bangunan itu dijilat api sepenuhnya, dan yang lain hanya mampu melihat dengan perasaan hiba dan ketakutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Asap tebal memenuhi langit malam. Chaerin yang baru tersedar, melihat keadaan sekeliling dengan mata yang terbelalak. Tubuhnya menggigil saat menyaksikan kejadian tragis di hadapannya – Yeji dan Beomgyu ditahan dan dikurung dalam kereta supaya tidak melarikan diri, sementara Niki dan Sunghoon masih berada di dalam bangunan yang sedang dijilat api.

“N-Niki..?” kata gadis itu dengan suara yang serak. Air mata sudah lagi tidak keluar dari alat penglihatannya itu akibat kerana terlalu kerap menangis. Yang lain memandang Chaerin dengan sayu.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now