𝐄𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝 𝟐 ( edited )

56 3 0
                                    


Suasana di dalam bas sekolah pada pagi ini tidak sama seperti hari - hari sebelumnya. Selalu mesti kedengaran bunyi gelak ketawa pelajar, suara menjerit dan macam - macam ragam lagi. Lain pula pada hari ini. Semua senyap tak mahu membuka mulut.

"Weh Chae, awak nampak tak dua budak yang duduk kat seat paling depan sekali tu? Saya rasa diaorang berdua tulah new student yang Wonhee cerita semalam," Sunoo menjuihkan bibirnya ke arah dua pelajar yang kelihatan seperti pasangan itu. Chaerin hanya mengiakan sahaja.

Kalau ada pelajar baharu sekali pun, tetap tiada sesiapa ingin berkawan dengannya. Nak kata sombong, dia friendly. Takkan disebabkan dia nerd, semua orang benci dia?

"Jauh sangat awak termenung tu, Chae." Tersentak gadis itu dibuatnya. Macam tahu-tahu sahaja dia tengah mengelamun. Sungguh, dia bersyukur kerana sepupunya seorang ini menjadi kawannya tiap susah dan senang.

"Eh, maaf. Saya cuma tengah fikirkan nasib saya je. Entah, rasa macam nak mati awal pun ada."

"Chae, jangan cakap macam tu lagi please? Kalau awak mati awal, siapa yang nak teman saya makan aiskrim mint chocolate tiap kali kelas tamat?" Sunoo mencebik lalu memusingkan sedikit badannya. Mengacah sahaja mahu merajuk.

"Alololo, MinMin kita merajuk lah pula. Awak janganlah nak buat perangai manja awak tu dalam bas ni. Tak pasal - pasal ramai yang nak berkenalan sebab comel sangat,"


Bunyi loceng memenuhi segenap isi kelas termasuklah tempat - tempat yang ada di sekolah itu. Pagar mula ditutup oleh security guard yang setia berada di pintu hadapan bagi memastikan keselamatan pelajar terjaga. Selepas berpisah dengan Sunoo di pintu masuk, Chaerin menghela nafas berat. Masa inilah akan hadirnya tetamu tak diundang.

"Hii Chaerin... Sihat ke harini?" Dengar sahaja suara gadis bernama Yuna itu membuatkan langkahnya terhenti. Inilah dia tetamu yang dimaksudkan tadi.

Geng 3 maut..

Habislah aku.

"Korang nak apa?" balas Chaerin sambil menunduk. Ketiga - tiga gadis itu mentertawakannya. Dah serupa kak ponti cara mereka gelak. Nak cakap pun tak pasal-pasal kena dengan diaorang.

"Alololo, kesiannya dia takut. Takpe, kau kan ada Sunoo oppa. Eh, lupalah girls! Sunoo oppa dia mana ada dekat sini sekarang. Alah, sedihnya."

Chaerin hanya mampu untuk berdiam diri. Kepalanya ditunduk menghadap lantai berwarna putih itu. Sungguh, dia takut ingin melihat muka muka pembulinya itu.

"Dah dah lah tu Yuna. Awak awak, kita ada nak bagi hadiah tau untuk awak harini! Nah, kau ambik semua kerja sekolah kitaorang ni. Buat! Then, kau hantar buku-buku ni dekat meja kitorang tau." arah Aeyoung seraya meletakkan kerja sekolah mereka di tangan Chaerin secara paksa.

"Ish Aeyoung ni, tak baik lah! Lain kali kena tambah dia baru seronok." Pin rambut Chaerin diambil tanpa izin. Gadis itu mengaduh sakit akibat tarikan Ryujin yang agak kasar itu.

Mereka bertiga berlalu pergi setelah membuli Chaerin. Geng 3 maut itu ketawa kemenangan. Namun, apa yang Chae mampu buat hanyalah berdiam diri dan akur sahaja kepada arahan mereka.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now