Episod 10

63 3 0
                                    

"Sunoo.. semalam kau dah bagitau ke cikgu kelas aku pasal kenapa aku tak datang semalam?" Soalku lemah.

Badan aku masih lagi lemah selepas daripada insiden itu. Mungkin dah lama tak merasa kena tampar agaknya. Tu yang sampai demam.

"Dah, kau jangan risau.. btw, kawan kau yang ajak keluar hari tu nama dia Ni-ki kan?" Tersedak air yang aku minum selepas dengar nama lelaki itu keluar dari mulutnya.

Sunoo kenal dia ke?

"Kau kenal ke?" Aku cuba menahan diri aku daripada blushing walaupun aku dah rasa pipi aku ni membahang.

"Taklah, tadi dia datang tanya aku asal kau tak datang. Nampak risau betul dia aku tengok" balas Sunoo. Biskut yang diletak di dalam pinggan dimakannya.

Oh, lupa nak cakap. Sekarang ni, aku dengan Sunoo ada dekat couch di ruang tamu. Kitorang cuddle kat sini selalu. Tapi cuddle berbatas lah.

Lagipun aku kesejukan. Yelah demam kan. Sambil tengok drama My Demon sambil cuddle.

"Tsk, seriuslah mamat dingin tu boleh risau? Semalam bukan main dingin dengan aku. Agaknya keturunan freezer kot" tak ku sangka kata-kata itu terkeluar sendiri.

Aku menutup mulutku. Alamak, habislah kalau Sunoo marah Riki sebab layan aku dingin.

"Alah, lelaki masa mula mula kenal memang macam tu.. dingin.. bila dah kenal haa.. mulalah perangai manja dia"

Nasiblah dia tak marah. Kalau tak habislah Riki renggang dengan aku.

Ting!

_______

@nishimuraarizzki
| Kau dah okay ke? Aku ingat nak ajak kau keluar

______

Takku sangka, orang yang aku dari tadi menunggu mesej darinya. Akhirnya, muncul juga notifikasi darinya.

@chareinpark
| Aku demam la weh.. kau datang rumah aku jelah

@nishimuraarizzki
| Amboi, dah tukar panggilan eh?

@chareinpark
| Entah.. rasa macam rapat pulak kalau guna aku kau ni..

@nishimuraarizzki
| Kalau macam tu aku pun lagi selesa.. tapi, tak ganggu kau ke kalau aku nak datang rumah kau?

@chareinpark
| Jum lah .. datang rumah aku. Lagipun aku dengan sepupu aku je kat rumah ni.. ajak Yeji sekali kalau rajin

@nishimuraarizzki
| Takyah lah. Aku jumpa kau esok kat sekolah .. kau boleh datang ke besok?

@chareinpark
| Maybe yes .. tengok la dulu..
Seen

_____

Senyuman aku makin melebar. Memang betul lah cakap Sunoo. Dia caring pasal aku. Dia ada suka aku ke? Selalunya dingin bak kata Yeji.

"Ha ha.. ni mesti Niki kau yang chat kan?" Tegur Sunoo sambil mencuri curi tengok chat kami.

"Eh eh kau ni .. curi curi tengok pulak. Tangan aku ni sihat lagi tau nak tumbuk orang" kataku.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now