Episode 22

20 1 0
                                    


Bunyi air yang menitik di lantai membuatkan suasana semakin lama semakin menyeramkan. Walau bagaimana situasi sekali pun, geng mafia bergelar Enhypen itu tidak akan gentar dan takut. Jake yang fokus pada komputer, melihat gerak geri rakan - rakannya. Jay dan Jungwon berada di belah kanan dan kiri manakala Heeseung bersama Sunoo dan Sunghoon di belakang.

Niki mara ke hadapan, semangatnya membuak - buak apabila terbayang di fikirannya wajah polos milik si kekasih hati. Pistol dan alat tajam yang lain siap - siap ada pada setiap orang.

Kawasan yang gelap dan suram itu tiba - tiba cerah dengan cahaya spotlight di tengah - tengah. Bunyi terjatuhnya tin minuman menyentakkan semua di situ. Niki dan yang lain memandang ke atas, terserlah susuk tubuh seorang wanita yang sedang menyilangkan tangan ke dada. Sungguh terlihat angkuh.

Wanita itu berdiri dengan yakin di tempat tinggi. Senyumannya menunjukkan bahawa dia berpuas hati dengan kehadiran lelaki - lelaki itu.

“Finally kau dah sampai, Riki. Eh? yang lain pun ada? Wah, wah. Nampaknya permainan akan jadi sengit tak lama lagi..” kata wanita itu sambil terselitnya ketawa kecil. Niki mengepal tangannya. Mata tajamnya menjeling Yeji dengan penuh kebencian.

“Mana Chaerin aku, ha?! Kau letak dia dekat mana!” laungnya. Yeji hanya diam tak berkutik. Jari kirinya dipetik, memberi isyarat kepada Beomgyu untuk membawa keluar Chaerin yang berada di dalam bilik kurungan itu.

Di dalam sisi yang lain, Beomgyu mengangguk tanda faham. Tangan Chaerin direntap kasar. Dia memaksa gadis itu berdiri. Chaerin hanya menurut, tidak pernah membantah. Dia tahu yang Niki sudah pun datang untuk menyelamatkannya.

“Sekarang dah tiba masa untuk bawa kau keluar. Mesti kau tak sabar nak berjumpa dengan dia kan? Maklumlah, sekejap lagi kan ada pertumpahan darah..” Chaerin menutup mata, dia sudah muak dengan kata - kata yang keluar oleh lelaki itu.

“But, before that,” Beomgyu mengambil kain berhampiran. Tangannya mula beraksi untuk menutup mata gadis itu. Pita pelekat di mulutnya dibuka. Dia tidak mahu gadis itu melihat keadaan sekitar, kalau tahu nanti, semestinya dia senang nak larikan diri.

“Kau nak buat apa ni??” soal gadis itu namun pertanyaannya hanya tergantung tanpa sebarang jawapan.

••

Beomgyu keluar dari bilik kurungan tersebut bersama - sama dengan kekasih Niki, dia tersenyum seolah - olah tiada apa yang berlaku.

Dengan arahan Yeji, Beomgyu membuka semula ikatan di mata Chaerin. Pandangan Niki dengannya mula bertaut, serta merta mata si gadis ditakungi air mata yang bila - bila sahaja akan membasahi pipinya.

Niki tidak kuat untuk melihat keadaan Chaerin sekarang. Tangan dan kakinya penuh dengan darah. Mata yang tadi ditutup dengan kain itu membuatkan dia benar - benar terlihat baru diseksa.

Mata mula dialihkan ke arah Sunoo, sepupu lelakinya yang turut serta ingin menyelamatkan dia. Hendak sahaja dia berlari kepada Sunoo lalu memeluk lelaki itu. Kaki dan tangan Chaerin mula terketar - ketar.

“Ha, Chaerin. Tengoklah boyfriend kau tu.. siap bawa geng - geng mafia dia lagi, tak lain tak bukan mesti nak bunuh kau. Betul tak korang?” ujar wanita itu kepada yang lain. Heeseung mula memandang Yeji dengan tajam. Dia ni sudah melampau!

“Hyung, kau boleh pergi selamatkan Chaerin. Bawa dia jauh - jauh dari aku. Aku nak selesaikan dua batak tu seorang diri,”

Heeseung memandang Niki. “Kau sure, Riki?” soalnya, suara rendah namun tegas.

Niki mengangguk perlahan, matanya masih terarah kepada Chaerin yang kelihatan semakin lemah di sisi Beomgyu. Dia tahu yang ini mungkin satu-satunya peluang untuk menyelamatkan gadis itu.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now