Episod 21

34 1 0
                                    

23.30 p.m.

Hening malam berserta hujan yang sederhana lebat membuatkan manusia mudah lena diulit mimpi. Namun tidak pada geng ENHYPEN. Mereka meneruskan perjalanan masing - masing menuju ke gudang lama seperti yang Jake katakan. Mereka berpecah kepada dua buah kereta. Kereta pertama dipandu oleh Niki dan diikuti Sunghoon, manakala kereta kedua dipandu oleh Jay dan diikuti oleh Heeseung dan Jungwon.

Di dalam kereta Niki :

Yah, Niki. Betul ke tindakan kita nak serang Yeji ni? Takut pula aku. Entah - entah dia bersekongkol dengan orang lain. Aku tak nak masuk jail lagi!” rengek si Ice Prince itu. Niki fokus pada pemanduannya tanpa menoleh sedikit pun pada Sunghoon. Mulutnya dikatup rapat untuk menahan amarahnya— memikirkan tentang ugutan Yeji kepadanya dulu.

Takut benar dia kalau Park Chaerin kesayangannya itu mengetahui latar sebenar Niki..

“Kau jangan risau, Hoon. Member yang tolong dia ni ex boyfriend Chae. Kita kena cepat sebelum diaorang seksa Chae aku,” balasnya sambil menggenggam stereng kereta.

Selang beberapa minit, bunyi panggilan dari seseorang memenuhi segenap ruang kereta yang sunyi tanpa suara bagaikan di kawasan perkuburan. Sunghoon memgangkat panggilan tersebut lalu membuka 'loud speaker'

“Woi Niki, kita ada masalah. dalam 200m nanti akan ada roadblock . aku nak kau masuk lorong belah kanan sebelum kau nampak signboard kedai gubah bunga. kau masuk je situ," kata Jake dengan cemas. Ini kalau tidak diberitahu lekas, tak pasal - pasal mision gagal.

“biar betul? Hadeh, rajin betul abang - abang polis tu buat kerja. Baiklah, lepas aku masuk lorong tu takde apa - apa halangan dah kan?" Niki mula membelok ke kanan seperti disuruh Jake. Stereng dibetulkan semula.

“Takde dah. Kau boleh rileks. Nanti nak dekat dengan gudang tu kau parkir tepi. Aku nak uruskan Jay pula ni."

“Okey cun! Thanks Jakeu!"

••

Di dalam kereta Jay :

“Papa ku pulang dari kota, Papa ku belikan kereta, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke hybe building!”

Bunyi nyanyian dari Nyang Jungwon dan Rizzeung membuatkan Jay makin fokus dengan pemanduan. Nasiblah dapat member yang suara merdu, dapatlah jadi halwa telinga walaupun tak buka radio. Kembali pada cerita, sekarang, Jay dan dua kanak - kanak ribina dibelakang sedang mencari rumah Kim Sunoo.

Nama yang agak familiar. Tapi entah dari mana dengarnya, namun mereka hanya mengendahkan perasaan itu. Jongseong melihat peta. Kalau diikutkan maps ini, mereka sudah pun sampai di destinasi. Cumanya Jay masih lagi tercari - cari rumah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar— dihantar oleh Niki tadi.

“Weh, korang rasa kan.. mana satu rumah si Kim Sunoo ni? Nampak macam sama je semua design perumahan di sini.”

“Niki tak bagi nombor rumah ke? Lot berapa? Tiada?” soal Heeseung. “Kalau dia tanya tu maknanya Niki tak bagi lah tu, hyung." Jungwon memakan strawberi dan coklat yang dibawa dari rumah.

“Hm, kalau ikutkan rumah ini macam rumah kat sebelah kita. Kena keluar kereta ke? Malasnyaa..” Jay merenung rumah berwarna kelabu yang sangat kelihatan mewah itu. Lampu di dalam rumah nampak seperti menyala. Mungkin penghuni rumah ni masih berjaga.

“Nak tak nak kena turun juga lah. Kau lah yang pergi Jungwon,” arah ketua mereka. Jungwon beriak terkejut. Hampir sahaja dia tercekik strawberi tersebut. Ehh, kenapa kita pula yang kena?

“Haduh. Kejaplah.. ha, apa nama sepupu Chaerin itu tadi?”

“ Sunoo Kim ”

Jungwon diam sejenak. Macam betul- betul pernah disebut dan didengar nama itu. Tapi dia masih lagi buntu memikir dimana dan bila nama itu muncul atau meniti di bibirnya.

✓ | Dangerous Affection - 𝑵𝒊𝒔𝒉𝒊𝒎𝒖𝒓𝒂 𝑹𝒊𝒌𝒊Where stories live. Discover now